Gadis tanggung malu didakwa terlibat lakon filem lucah
Oh! Krai Utara
Seorang gadis terpaksa menanggung malu apabila seorang kenalannya memberitahu dia pernah terlibat dalam rakaman video lucah yang diterima melalui telefon bimbit kenalannya itu di Kampung Becah Tok Kama, di sini.
Gadis terbabit, Norkamisah Mat Yaacob, 19, kini tinggal bersama ibunya, Asiah Mamat, 40 setelah bapanya meninggal sejak dia berusia tiga tahun lagi.
“Saya trauma apabila menerima berita terbabit daripada seorang kenalan, Ismail Deraman tiga hari lalu, ketika saya sedang berniaga di kedai kopi di kawasan kampung.
“Dia mengatakan seorang gadis mirip saya melakukan perhubungan seks bersama seorang lelaki yang tidak dikenali dalam rakaman video itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, rakaman terbabit diperolehi dari rakan Ismail, yang dikenali sebagai Alias yang berasal dari Kampung Rawa, Bechah Laut.
“Apa yang lebih memalukan rakaman video ini sudah tersebar hampir ke seluruh kampung ini dan Kampung Bechah Laut.
“Saya amat tertekan dengan situasi ini kerana setiap kali saya keluar berjalan di kawasan kampung, masyarakat memandang seorang terhadap saya,” katanya.
Sehingga hari ini (semalam), Norkamisah tidak lagi menjalankan perniagaan dan terus menutup kedai kopi akibat insiden yang memalukannya ini.
Norkamisah berkata, selepas menerima berita terbabit, dia terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah pada 8 Februari lalu untuk menuntut keadilan atas kes terbabit.
“Saya sedih dan malu kerana kini saya dan keluarga seperti dipulaukan akibat rakaman video itu.
“Saya boleh buktikan yang saya tidak terlibat dan gadis dalam rakaman itu bukan saya kerana saya ada tanda lahir di bahagian leher manakala gadis dalam rakaman itu tiada tanda lahir itu,” katanya.
Sementara itu, menurut ibu Kamisah, Asiah, dia amat terkejut ketika menerima berita terbabit.
“Makcik hampir pengsan apabila menerima berita terbabit dari anak bongsu makcik ni, tuhan sahaja yang tahu betapa malunya keluarga kami di atas penyebaran berita ini.
“Apa pun makcik harap jika ada insan yang tidak puas hati dengan anak makcik, tampilah ke hadapan dan tidak melakukan perkara seumpama ini yang mengaibkan individu dan menjatuhkan maruah,” katanya.
Menurutnya, Kamisah juga tidak mempunyai musuh kerana dia tidak mempunyai ramai kawan dan di antara kenalan lelaki juga dia hanya berkawan biasa dan tidak pernah mempunyai hubungan sebagai kekasih.
“Harapan makcik agar keadilan dapat ditegakkan dalam kes anak makcik yang teraniayai ini. Jika ada pihak yang tidak puas hati tampillah dan jangan melakukan perkara seperti ini yang boleh mengaibkan orang lain,” katanya.sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan