Tegas Nizar: Sidang DUN Perak tetap diadakan Rabu ini

Oh! Krai Utara

Share

PETALING JAYA: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan tetap diadakan Rabu ini walaupun disifatkan sebagai tidak sah oleh Speaker diiktiraf Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Sidang DUN Perak akan diadakan seperti yang telah ditetapkan dan sebagaimana notis yang telah dikeluarkan sebelum ini," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Jelas Nizar, sidang DUN akan tetap diteruskan sebagimana telah dimaklumkan oleh V. Sivakumar "selaku Speaker yang sah" dalam notisnya.

"Sivakumar merupakan Speaker yang sah. (Datuk) Ganesan bukan Speaker," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang.

Oleh itu kata Nizar, Ganesan tidak boleh menghalang mana-mana ADUN daripada menghadiri sidang kali ini.

Ketika ditanya kemungkinan akan ada usaha menghalang sidang yang dimaksudkan itu sebagaimana pernah disaksikan 3 Mac lalu, Nizar memberitahu, usaha sedang diambil oleh Sivakumar untuk mengelakkan suasana sedemikian.lagi di sini

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...