PRK Permatang Pasir :Ku Li kecewa pemilihan Rohaizat

Oh! Krai Utara

Share

Tengku Razalegh menyatakan kekecewaan beliau terhadap pemilihan Rohaizat sebagai calon BN di Permatang Pasir. Beliau telah meluahkan kekecewaan tersebut melalui postingnya yang terbaru di laman blog pribadi beliau http://razaleigh.com/. "Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang. Rohaizat Othman dibatalkan lesen guamannya kerana di kaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guamannya. Pada 7 mac 2008 majlis peguam telah pun membatalkan lesen peguam Rohaizat dan rayuan beliau ke Mahkamah Tinggi juga telah ditolak pada 12 Ogos yang lepas. Tengku Razaleigh mempersoalkan adakah UMNO kekurangan calon sehingga terpaksa meletakkan calon yang mempunyai masalah seperti itu.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai. "Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya. Tengku Razaleigh berkata, jujur adalah syarat yang paling minimum dan sepatutnya Rohaizat tidak boleh di pilih sekiranya dipertimbangkan syarat ini. "Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka. "Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya. Tengku Razaleigh juga menganggap UMNO menonjolkan kod moral yang berbeza dengan orang lain apabila memilih Rohaizat yang mempunyai masalah pribadi

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...