Home
>
Politik
> PRK Permatang Pasir : BN Tidak Pernah Berbohong Kepada Pengundi
Share
BUKIT MERTAJAM [8.34 pm] - Barisan Nasional (BN) akan memberi penjelasan berdasarkan fakta kepada pengundi mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang ketika berkempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, kata
Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana berkata, BN tidak akan berbohong kepada pengundi semata-mata untuk meraih sokongan.
"Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong. Kita memberikan kenyataan berdasar fakta yang betul kerana kita mahu memberikan peluang kepada pengundi membuat penilaian yang tepat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Muhyiddin berkata, pengundi di Permatang Pasir dapat membuat pilihan bijak berdasarkan segala pembaharuan yang telah diusahakan untuk rakyat selepas
Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.
"Saya berpendapat dalam situasi selepas sahaja pilihan raya kecil Manik Urai dan langkah-langkah yang ambil oleh Perdana Menteri untuk pembaharuan dan perubahan kepada negara, angin ini sudah mula meniup dan saya kira sampai ke Permatang Pasir," katanya.-pahangdaily
0 ulasan:
Catat Ulasan