Muqaddimah Kitab (Ilmu & Ulama')
Oh! Krai Utara
Ulama adalah orang yang paling mulia di sisi Allah. Kenapa orang yang mulia di sisi Allah sanggup dipandang hina oleh masyarakat dan sebahagian orang. Al-Quran boleh iktiraf ulama tapi kenapa pula kita tidak boleh dan tetap2 sahaja hina mereka. Maka disebabkan itulah kitab ini diperkenalkan kerana ingin mengumpul kembali hadith2 yang mencetitakan tentang kedududkan seorang ulama. Ini kerana kita lihat hari ini orang lebih memandang tinggi kepada atlet, seniman namun tidak kepada ulama. Memang kita perlu kepada jawatan, memang kita perlu kepada duit tapi jangan sampai kita merendah-rendahkan ilmu kita. Pesanan ini khas ditujukan kepada ulama2 yang mengejar keduniaan dalam kehidupan mereka seolah-olah tidak yakin akan rezeki Allah. Kenapa masyarakat sudah hilang keyakinan untuk membiayai kita ke Mesir, boleh jadi kerana kita yang membuatkan mereka hilang kepercayaan kepada kita. Maka, kita perlu bertanggungjawab. Ini adalah kerana perwatakan dari lepasan Azhar yang tidak seperti Azhar dahulu sehingga mereka tidak pandang tinggi lagi kepada golongan Azhar.
Oleh itu, kita kena tanamkan niat kita terlebih dahulu dalam diri kita, jangan jadi seperti orang yang aktif dan kuat berpersatuan di sini(Mesir), namun pudar bila kembali kepada masyarakat. Tapi ada sahaja mereka yang tidak aktif di sini tapi aktif setelah kembali ke Malaysia. Inilah yang kita mahukan. Mengenai ulama yang sanggup menjual ilmu semata-mata untuk dapat dunia, kita kata kepada mereka, kenapa perlu takut kepada makhluk sehingga kita tinggalkan prinsip. Hidup biar berprinsip. Rezeki di tangan Allah, sedangkan semut ada rezeki, kambing ada rezeki, inikan pula kita makhluk Allah yang paling mulia. Manakan tidak, kambing tidak mengabdikan diri kepada Allah, tapi kita mengabdikan diri kepada Allah, kita solat, kita puasa, kita haji, tapi kambing tidak. Pernah kita lihat kambing pergi umrah beramai-ramai. Tidak pernah, tapi mereka ada sahaja rezeki, jadi kenapa kita perlu takut. Kita kena yakin kepada Allah, segala urusan telah diatur oleh Allah. Pernah seorang ulama yang pakai kerusi roda, dia minum air zam2, kemudian niat agar sembuh sakit belakang(lumpuh) dengan penuh yakin, kemudian sembuh serta-merta dan terus pulih dan boleh berjalan seperti biasa. Inilah bila hubungan kita baik dengan Allah s.w.t.
Ulama dahulu sangat kuat berzikir kepada Allah. Seorang ulama yang bernama Maulana Zubaid, merupakan ketua ulama’ Syura di India, beliau beristighfar kepada Allah sebanyak 70, 000 kali. Cuba bandingkan dengan kita, boleh jadi 7 kali sahaja..
Akhirnya, kenapa kita bermain tidak pernah cukup, sedangkan zikir dengan memadai sahaja. Pernah Maulana Ilyas ditanya oleh Maulana Saad, apakah posisi yang membuatkan kita hampir dengan Allah? Beliau menjawab: “bila kamu mahu ke masjid, tiba2 ada panggilan orang ternama seperti Sultan Agung kamu tetap sahaja pergi dan terus ke masjid.
0 ulasan:
Catat Ulasan