Ahmad Said yakin kemelut politik di Terengganu akan selesai?

Oh! Krai Utara

Share

MB Terengganu yakin kemelut politik selesai KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yakin kemelut politik di Terengganu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi berdasarkan sokongan majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap beliau sekarang. Katanya, hubungan beliau dengan wakil-wakil rakyat BN semakin baik dan keadaan itu dapat dilihat dengan kehadiran mereka pada persidangan dua hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, yang berakhir hari ini. “Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju,” katanya kepada pemberita selepas persidangan dewan hari ini. Ditanya mengenai sikap wakil-wakil BN yang berdiam diri tanpa mengambil bahagian dalam perbahasan, seolah-olah membuat protes secara senyap terhadap beliau, Ahmad berkata: "Kita nak buat macam mana?" “Saya bukan ada remote control yang boleh kawal keluar suara dan sebagainya macam nak buat jalut bercakap. Jadi biarlah rakyat menilai sendiri mereka,” katanya. Ahmad tidak menafikan masih ada 'tiga atau empat' wakil rakyat BN yang enggan memberikan kerjasama kepada beliau untuk memimpin negeri itu serta sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu. Katanya, beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan wakil-wakil rakyat yang terlibat bagi menyelesaikan kemelut politik dalaman UMNO itu. "Tetapi ada yang berkeras lagi kerana ini melibatkan perasaan masing-masing, kita tengoklah macam mana nanti," katanya.-Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...