Kelantan Tuntut Kerajaan Malaysia Jelas Royalti Minyak Bernilai Satu Bilion

Oh! Krai Utara

Share Kerajaan negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu. Katanya, menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion, lapor Bernama. Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco hari ini, Husam berkata, Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu. Menurutnya, adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebih-lebih lagi kerajaan pusat kini memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang mengutamakan rakyat. Sementara itu, di Kuala Lumpur, ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata pakatan pembangkang akan memainkan isu royalti minyak itu dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai. "Sekiranya negeri-negeri yang lain ini mendapat royalti petroleum, mengapa tidak Kelantan...sekiranya Najib benar-benar ikhlas, saya cadangkan beliau membayar kembali royalti petroleum hak Kelantan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen. The PAS state government in Kelantan is to claim RM1 billion from the federal government in oil royalty arrears from 2004 when Kelantan reportedly became an oil producer.

State Economic Planning, Finance and Welfare Committee chairman Datuk Husam Musa said today's meeting of the state executive council decided that Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat write to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on the matter.

He said a report circulated by the Prime Minister's Department to state government officers estimated that Kelantan produced RM2.5 billion worth of petroleum annually.

Kelantan became an oil producer in 2004 and, by right, should receive royalty like the other oil-producing states of Sabah, Sarawak and Terengganu, he told reporters after the state executive council meeting.

In KUALA LUMPUR, Machang Member of Parliament Saifuddin Nasution Ismail, of Parti Keadilan Rakyat (PKR), questioned why Kelantan was not being paid oil royalty when the other oil-producing states were getting theirs.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...