Home
>
Nasional,
Politik
> Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Phua dibuang Dewan Rakyat - sehari
Share
MP DAP PJ Utara dibuang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Phua dibuang Dewan Rakyat - sehari - tengah hari tadi kerana mengingkari arahan Timbalan Speaker Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar agar duduk ketika perbahasan. Arahan itu dibuat oleh Wan Junaidi beberapa minit sebelum sidang Dewan Rakyat berhenti untuk rehat pukul 1 tengah hari tadi. "Saya tidak tahu apa kesalahan saya hingga saya dibuang dari Dewan... saya hanya berdiri untuk minta laluan celah (Ahli Parlimen-BN) Pasir Salak (Datuk Tajuddin Abdul Rahman)," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen. "Beliau (Timbalan Speaker) minta saya keluar, saya keluar lah," katanya. Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berharap Wan Junaidi akan menarik balik keputusan bagi membolehkan Phua mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sebelah petang nanti. Wan Junaidi mendakwa Phua bertindak tidak mengikut aturan mesyuarat. Kejadian berlaku ketika sidang membahaskan usul pembahagian semula peruntukan bagi beberapa kementerian ekoran penyusunan Kabinet baru-baru ini. Usul itu dibahaskan sejak semalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan