Edisi Kisah Cinta: Bingkisan hati Anwar Ibrahim dari penjara kepada Azizah jadi rebutan pembida! Dalam hati ada taman jugak...he3
Oh! Krai Utara
SHAH ALAM 29 Sept: Surat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam penjara kepada Datuk Seri Wan Dr Azizah yang dilelong untuk mengutip dana pilihan raya, menyentuh perasaan banyak pihak.Apatah lagi, Wan Azizah yang naik ke pentas utama kemudian membaca semula surat itu hingga menitiskan air mata.“Masa saya serahkan (surat) pun menitis air mata. Maaf ya sebab mengungkap kembali detik-detik ketika Anwar dalam penjara,” kata Presiden KEADILAN itu.Antara petikan surat itu yang dibaca penuh perasaan ialah: “Azizah darling, tolong berhati-hati ketika membawa makanan.”“Kalau kami bawa makanan, kena sembunyi-sembunyi, kalau kita bagi cekodok, terpenyek, tak apa,” katanya.Beliau berkata demikian ketika melelong surat itu di Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Stadium Tertutup Melawati di sini, malam tadi.Selain bertanya keadaan anak-anak, Wan Azizah berkata, Anwar juga memintanya berbincang dengan Khalid Jaafar dan Zunar bagi menangkis serangan propaganda media kawalan Umno.Selepas membacakan surat itu, beliau menyerahkan surat yang disimpan dalam bingkai khas kepada pembelinya dengan nilai RM50,000, Datuk Lajim Ukin.“Inilah secebis hidup kami yang dikongsi bersama,” katanya.Pada majlis sama, lukisan kartun Zunar yang menggambarkan kuasa rakyat ke Putrajaya pula menerima bidaan paling tinggi iaitu RM32,000Lelongan itu bermula RM3,000 hingga dibida kepada RM30,000 tetapi pembelinya – atas semangat perjuangan – kemudian menaikkan kepada RM32,000.Pelbagai barangan peribadi milik lapan pimpinan Pakatan turut dilelong, antaranya pen milik Lim Guan Eng bernilai RM23,000 yang dibeli oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.Pen itu memiliki nilai sentimental kerana digunakan Setiausaha Agung DAP itu untuk menulis surat kepada isteri dan rakannya, ketika di Penjara Kajang.Ketiga tertinggi ialah lelongan gambar milik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dengan nilai RM17,000.Selain itu, foto graduasi Senator Negara, Dr Syed Husin Ali di Universiti Malaya pada 1951 dilelong RM15,000.Barangan peribadi milik Mursidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh, dilelong dengan nilai RM12,000.Ia ialah poster filem berjudul Singh is King dan gambar asli Nik Aziz yang dirakam pada 27 September lalu.Barangan peribadi milik bekas Timbalan Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor turut dilelong iaitu plak dan gambarnya dengan nilai RM11,000.Teddy bear milik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan,Selangor, Teresa Kok pula dilelong RM10,000.Pada majlis itu, hasil lelongan ialah RM182,000 manakala kutipan derma pula RM19,508. ~kd

Edisi Terbaek: 65 juta dollar untuk lelaki yang sanggup takluk hati puteri lesbian jutawan hong kong,
Oh! Krai Utara
Jutawan Hongkong, Cecil Chao, menawarkan wang sebesar 65 juta dollar AS kepada lelaki bujang yang boleh merebut hati puterinya yang lesbian.Harian South China Morning Post edisi Rabu (26/9/2012), sebagaimana dikutip kantor berita AFP, melaporkan, tawaran "pernikahan berhadiah" ini setelah Chao gagal mengubah "selera" puterinya, Gigi, yang awal tahun ini menikahi sesama perempuan yang selama tujuh tahun ini menjadi pasangannya di Perancis."Saya tidak peduli lelaki ini kaya atau miskin. Yang penting bahawa dia murah hati dan baik," ujar Chao (76), sebagaimana dikutip harian South China Morning Post."Gigi adalah wanita dengan talented yang baik dan cantik. Dia sangat taat pada orang tua, murah hati, dan senang membantu," ujar Chao.Chao juga menampik apa yang dikatakannya sebagai "berita bohong" bahawa Gigi yang kini berusia 33 tahun telah menikah di luar negeri dengan pasangan sesama jenis. Chao menilai Gigi masih lajang.Chao yang juga pemilik perusahaan properti Cheuk Nang, yang terdaftar di bursa saham setempat, sejauh ini belum boleh dikonfirmasi soal penawaran ini. Pernikahan sesama jenis kelamin tidak diakui di Hongkong. Kota yang konservatif secara sosial ini menilai hubungan sesama jenis sebagai tindakan kriminal.Chao merupakan tokoh dan banyak dikenal dalam lingkaran sosial di Hongkong. Dia kerapkali tampil di muka umum dan berbagai event dengan pacarnya yang relatif sangat muda. Dia pernah dilaporkan mengklaim dirinya pernah mempunyai hubungan intim dengan sekitar 10,000 perempuan. sumber
Penjaga gawang terbaik malaysia pun sokong tuntutan royalti kelantan....lu musthapa bila lagi! Atau nak jadi kera sumbang?
Oh! Krai Utara
Sebelum itu.. buat yang masih tertanya-tanya apabendanya 'R' ni?..'R' ialah Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai “R”merupakan gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengabungkan lebih 58 buah ngo di Negeri Kelantan dengan berberapa tujuan iaitu:~ Menuntut Royalti Minyak Diberikan Kepada Kerajaan Negeri Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perjanjian Antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975.~ Menuntut Hak Pendaratan Minyak & Gas yang Dikeluarkan Dalam dan Luar Perairan Negeri Kelantan ke Negeri Kelantan sepertimana Titah DYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V pada Disember 2012 dan pada PLAK ROYALTI yang Ditandatangani oleh Baginda sendiri pada 5 Jun 2012 yang lalu.~ Membina Hubungan Nasional dan Antarabangsa Dengan Negeri-Negeri serta Negara-Negara Pengeluar Minyak & Gas Bagi Mengajak Mereka Bersama-Sama Berjuang Menuntut Hak Hasil Bumi Di Kembalikan.Sebagai anak Kelantan, Penjaga Gol Kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat ataupun Apex turut menyatakan sokongannya terhadap 'ROYALTI' ataupun 'R'...Gambar dari : Batu Vs KayuMungkin kerana beliau tahu negeri Kelantan sememangnya berhak terhadap royalti yang telah dinafikan oleh Kerajaan UMNO/BN maka kerana itu beliau melahirkan sokongannya terhadap tuntutan tersebut..Malangnya ada juga puak bengong iaitu PERKASA telah melaporkan kepada Polis kononnya pihak Royalti telah menggunakan nama Sultan Kelantan..Sedangkan Sultan Kelantan sendiri telah berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum itu.... kalau dah lupa sila baca di ( SINI )
Ehsan : anak sungai derhaka
Pelancaran R peringkat kuala krai!
Oh! Krai Utara
Majlis pelancaran gabungan profesional tuntut royalti diadakan di perkarangan pejabat ahli parlimen kuala krai di hadiri ratusan pemuda dari daerah ini malam ini. Majlis yang bermula jam sembilan malam di hadiri pimpinan ngo R peringkat negeri dan pimpinan pakatan rakyat peringkat parlimen kuala krai.
Antara pimpinan R yang hadir ialah saudara jeming hassan, aduka taruna, topeng perak dan ramai lagi, di samping pimpinan pas kawasan ust abd latiff, abe uji, ketua pemuda ust. mahadi dan lain lain.
Kehadiran begitu ramai aktivis pemuda ini menunjukkan rakyat kuala krai begitu teruja dan bersemangat untuk menyatakan kepada pusat bahawa rakyat kuala krai bukan dayus untuk menuntut hak yang telah dipertikaikan pusat kepada kelantan sebanyak tujuh billion.
R juga mendedahkan disini penyelewengan dan pengkhianatan yang dilakukan pimpinan pusat yang telah mendaratkan hasil petroliam di negeri siam dan bakal mendaratkan hasil gas kelantan di terengganu yang di anggarkan sebanyak 1.7 trillion meter padu yang bersamaan seratus tahun pengeluaran.
Setiausaha R semasa penerangannya juga menegaskan bahawa rakyat kelantan akan menyesal jika tidak bersama sama untuk menuntut supaya hak kita di kembalikan!