Pelancaran R peringkat kuala krai!
Oh! Krai Utara
Majlis pelancaran gabungan profesional tuntut royalti diadakan di perkarangan pejabat ahli parlimen kuala krai di hadiri ratusan pemuda dari daerah ini malam ini. Majlis yang bermula jam sembilan malam di hadiri pimpinan ngo R peringkat negeri dan pimpinan pakatan rakyat peringkat parlimen kuala krai.
Antara pimpinan R yang hadir ialah saudara jeming hassan, aduka taruna, topeng perak dan ramai lagi, di samping pimpinan pas kawasan ust abd latiff, abe uji, ketua pemuda ust. mahadi dan lain lain.
Kehadiran begitu ramai aktivis pemuda ini menunjukkan rakyat kuala krai begitu teruja dan bersemangat untuk menyatakan kepada pusat bahawa rakyat kuala krai bukan dayus untuk menuntut hak yang telah dipertikaikan pusat kepada kelantan sebanyak tujuh billion.
R juga mendedahkan disini penyelewengan dan pengkhianatan yang dilakukan pimpinan pusat yang telah mendaratkan hasil petroliam di negeri siam dan bakal mendaratkan hasil gas kelantan di terengganu yang di anggarkan sebanyak 1.7 trillion meter padu yang bersamaan seratus tahun pengeluaran.
Setiausaha R semasa penerangannya juga menegaskan bahawa rakyat kelantan akan menyesal jika tidak bersama sama untuk menuntut supaya hak kita di kembalikan!
0 ulasan:
Catat Ulasan