Oh! Artis: Norish Karman akui beranak lagi
Oh! Krai Utara
Kuala Lumpur – Selepas menafikan cerita yang tersebar mengatakan dia melahirkan seorang anak lelaki, pelakon wanita, Norish Karman akhirnya mengesahkan cerita itu adalah benar.Selama ini, Norish atau lebih dikenali sebagai NK menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tentang kesahihan gambar dia bersama seorang bayi adalah anaknya sebagai fitnah untuk mengaibkan dirinya.Namun, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, NK mendedahkan kebenaran selepas berdiam diri.Anak lelaki NK yang bongsu itu diberi nama Haq Lutfie Alexander dilahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang.“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega,”kata NK.Bagaimanapun, NK masih lagi enggan mendedahkan status sebenar Haq dari pengetahuan umum.Kata NK, bagaimana kehadiran Haq, biarlah menjadi rahsia antara dia dan Tuhan.Sebelum melahirkan Haq, NK pernah dinasihatkan untuk menggugurkan kandungannya.Tetapi, bila memikirkan dia sudah pun bergelar ibu dan tahu bagaimana perasaannya untuk melahirkan anak, NK nekad untuk menjaga dan membesarkan anaknya.“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas.“Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok. Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” katanya.Sumber: Mynewshub
Opps! Nenek usia 76 jadi mangsa cabul awal pagi
Oh! Krai Utara
(kanan) ditemani Pengerusi Rukun Tetangga, Tan Seong Fatt (kiri) dalam sidang media, semalam.IPOH – Rutin harian seorang nenek mengambil angin pada awal pagi bertukar menjadi pengalaman pahit apabila wanita berusia 76 tahun itu menjadi mangsa cabul di kawasan Pasir Pinji, Jumaat lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, Kuan Loo Moi dalam perjalanan pulang selepas selesai melakukan senaman pagi bersama rakan-rakannya di taman berhampiran.Menurutnya, dia yang ketika itu berjalan sendirian menuju ke rumah, merasakan ada seseorang mengekorinya.“Tiba-tiba seorang lelaki memeluk saya dari belakang dan meraba- raba di setiap bahagian badan,” katanya dalam satu sidang media bersama Pengerusi Rukun Tetangga Taman Bunga Raya, Taman Pinji dan Taman Melor, semalam.Loo Moi berkata, dia menjerit untuk menarik perhatian jiran-jiran berhampiran.“Pada masa sama, saya berusaha melepaskan pegangan daripada lelaki itu namun pegangannya sangat kuat.“Tidak lama selepas itu, dia melepaskan dan berjalan tenang ke motosikal yang diletakkan bersebelahan dengan rumah saya,” katanya.Loo Moi berkata, ia merupakan kejadian pertama yang dialaminya dan difahamkan ia merupakan kejadian ketiga berlaku di kawasan perumahannya.“Anak-anak saya telah meminta saya untuk pindah, tetapi saya dan suami berkeras untuk tinggal disebabkan kemudahan yang terdapat di kawasan ini.“Kejadian ini tidak mematah semangat saya untuk meneruskan rutin harian berjalan pagi dan meminta semua penduduk berhati-hati,” katanya.-indah.com
Mereka bukan artis, mereka beraya tanpa bapa dan suami di sisi
Oh! Krai Utara
Hasrat beraya dengan imam Hoslan tak kesampaian
Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya, Noorliza Mat Isa, isteri kepada Hoslan Hussin terpaksa melupakan hasratnya untuk melawat suaminya pada hari raya ketiga esok - tarikh yang ditetapkan pihak penjara untuk membuat lawatan. Noorliza mendakwa Hoslan dikurung selama 14 hari bermula 14 Ogos lalu kerana didakwa berkaitan satu kes yang berlaku di dalam penjara.Selain itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Noorliza berkata, beliau ke penjara Kajang pada 16 Ogos bersama adik iparnya selepas dimaklumkan mengenai perkara itu. "Akak tak pasti (Hoslan dipukul). Akak tak sedap hati, akak pergi ke penjara. Tapi pegawai penjara beritahu dia (Hoslan) dikurung di bilik berasingan. Bila akak nak pergi tengok betul ke sama ada dia dipukul, mereka tak benarkan," kata Noorliza, 43. "Selepas akak kira, 14 hari dia dikurung, maknanya akak tak boleh jumpa semasa hari rayalah. Pegawai tu kata lagi, kalau nak jumpa kena buat rayuan. Tapi kebanyakan pejabatkan tutup sebab raya, macam mana nak buat rayuan," katanya. Selepas tidak dibenarkan berjumpa Hoslan, Noorliza bersama adik iparnya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut."Akak dengan anak-anak ingat nak melawatnya di penjara esok. Tapi dah jadi macam ini, esok jugalah kami balik kampung naik keretapi."Memang rasa terkilan. Anak-anak dah balik dari asrama. Mereka balik memang nak jumpa imam. Tapi dah jadi macam ini, kita tak boleh lawan undang-undang," kata Noorliza sambil menahan sebak. Tarikh lawatan seterusnya Noorliza untuk berjumpa Hoslan adalah pada 2 September akan datang.Hoslan sebelum ini mengejutkan pelbagai pihak apabila melempar selipar ke arah panel hakim - tindakan yang menyebabkan Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atasnya. Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menjatuhkan hukuman dilaporkan berkata, tempoh itu adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.Hasil perkahwinan Hoslan dan Noorliza, mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata, masing-masing berumur 16, 15, 14, 12, 11, 8 dan 6 tahun. Hoslan berasal daripada Slim River dan dibesarkan di Kampung Pandan manakala Noorliza dari Sungkai, Perak.Ketika ditemui Malaysiakini minggu lepas, di Taska tempat dia bekerja, Noorliza, 43, berkata beliau dan anak-anak tidak pulang beraya ke kampung pada Aidilfitri kali ini kerana ingin melawat suaminya pada hari raya ketiga. Noorliza yang berasal daripada Sungkai, Perak berkata, beliau akan beraya di Kuala Lumpur sehingga hari raya ketiga. Pada hari raya keempat pula Noorliza berkata, beliau bersama anak-anak akan pulang ke kampungnya dan kemungkinan menaiki keretapi.Menurutnya, ini adalah pertama mereka beraya tanpa imam Hoslan.MK
Abby abadi pernah kahwini tiga lelaki
Oh! Krai Utara
Abby: Mahu kembali berlakon
PENGLIBATAN selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu.Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena politik sebagai ahli Pas. Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak ambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.“Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah,” tegasnya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Shah Alam, semalam.Menyentuh mengenai dakwaan dia kini semakin fanatik dengan politik, Abby, bagaimanapun menafikan perkara itu.“Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.“Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik.“Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH,” katanya.Susah dapat tawaran kerajaanDalam pada itu, Abby turut diminta mengulas mengenai kenyataannya berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni yang pernah disensasikan beberapa media sebelum ini.“Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu, tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan.“Rezeki daripada ALLAH, bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain,” katanya mengulas lanjut.Rujuk bersama Norman?Hubungan baiknya bersama Norman dan Memey mendapat reaksi positif dari semua pihak. Malah ada yang mendoakan agar mereka bersatu kembali sebagai keluarga.Mengulas perkara itu, Abby ketawa kecil. Jelas Abby, perkara itu (rujuk bersama Norman), tidak pernah terlintas di fikirannya. Malah buat masa ini, dia masih belum memikirkan soal perkahwinan meskipun pernah digosipkan dengan beberapa ahli politik.“Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya ‘dikahwinkan’ dan ada juga yang percaya.“Perkahwinan itu tidak pernah berlaku dan saya tidak kenal langsung dengan siapa saya ‘dikahwinkan’."Soal jodoh, itu kuasa Tuhan. Saya hanya mampu serah kepada-Nya,” jelas Abby yang mengaku hatinya masih belum berpunya.Berkongsi mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Abby berkata, sambutan tahun ini dilakukan secara sederhana memandangkan ketiga-tiga anaknya akan beraya bersama Norman dan Memey.Malah menerusi Twitternya minggu ini, Abby ada mengakui Norman ada mengajaknya bersama ke kampungnya di Kuantan Pahang.SH
Ustad Nasha : "Pemimpin yang kuciwa di pagi syawal....."
Oh! Krai Utara
Kecewa Tidak Bergabung Dengan Umno Punca Nasharuddin Minta PAS Keluar PR, Kata Khalid Samad
SHAH ALAM 16 OGOS : Khalid Samad menyifatkan cadangan Nasharuddin Mat Isa agar PAS Keluar daripada Pakata Rakyat jika DAP menentang hudud disebabkan rasa kecewa beliau yang gagal melihat PAS bergabung dengan Umno-BN.Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid berkata berkemungkinan Nasha mengharapkan impak besar daripada cadangan penggabungan PAS-Umno kerana beliau mungkin akan beroleh jawatan yang tinggi sekiranya penggabungan itu berjaya.“Beliau mungkin kecewa kerana PAS tidak mahu bergabung dengan Umno. Kalau penggabungan itu berjaya mungkin dia mengharapkan akan dapat jawatan tinggi seperti jawatan di kabinet,” katanya dalam sidang media di pejabat.Khalid menambah, kenyataan yang dikeluarkan itu adalah berkisarkan hudud bagaimanapun Khalid mempersoalkan Umno yang menolak hudud.Beliau turut menggesa Nasha agar melihat kembali kepada kkhianatenyataan Umno yang turut menolak hudud sebelum ini.“Beliau kata PAS perlu keluar Pakatan kerana DAP tidak terima hudud tetapi adakah Umno menerima hudud?“Beliau sengaja menimbulkan isu, mungkin itulah dia lihat ‘peluang’ terlepas dan pada masa yang sama dia pun kecewa kerana dia kalah dalam pertandingan merebut jatan timbalan presiden.“Ini menyebabkan dia tidak seperti dulu dan dia memang nampak semakin rapat dengan pimpinan Umno walaupun di Parlimen,” katanya.Nasharuddin sebelum ini, pernah mencetuskan kontroversi ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat.Ketika muktamar Agung PAS tahun lalu, Nasha gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dan jawatan itu dimenangi Mohamad Sabu.Jelas Khalid lagi, keputusan sama ada nasib Nasha bakal menjadi seperti Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali juga tidak berasas kerana dalam PAS keputusan itu adalah hak individu.“PAS bukan parti yang menentukan nasib sama ada nak pecat atau tidak, lucut jawatan ahlinya terpulang kepada mereka sendiri,” katanya.Sumber: http://www.selangorku.com/?p=13245




