Section 114A: Undang undang gila!
Oh! Krai Utara
Undang-undang baru internet: Orang lain buat, anda kena
KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Kerajaan Barisan Nasional akan menguatkuasakan pindaan Seksyen 144A Akta Keterangan 1950 yang akan menjadikan semua pemilik laman web, blog, facebook dan twitter sebagai pesalah walaupun komen di dalamnya dibuat oleh orang lain. Dengan itu, kerajaan UMNO-BN terbukti telah mengamalkan kezaliman bahawa "anda didapati bersalah sehingga dibuktikan benar". Melalui Seksyen 144A, jika pemilik laman internet kena godam (hacked), kesalahan tetap dikenakan ke atas pemilik laman-laman tersebut. Biasanya komen dan serangan di alam internet sering dilakukan oleh pecacai siber pro-UMNO dengan kata-kata fitnah, bohong, lucah dan membenci kaum serta agama. Mereka sering menyerang laman-laman internet yang mahu kepada keadilan, kebebasan dan demokrasi. Justeru, DAP menyokong penuh kempenInternet Blackout Day pada Selasa ini (14 Ogos), yakni kempen membantah penindasan kerajaan UMNO-BN yang mahu mengawal kebebasan internet. Kempen ini dianjurkan oleh The Centre for Journalism (CIJ) Malaysia sebagai protes terhadap pindaan Akta Keterangan (No. 2) 2012 yang diluluskan pada 9 Mei 2012 di Dewan Negara dan digazet oleh Menteri (Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri yang menyekat kebebasan bersuara dan bermaklumat rakyat Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, pindaan itu menyebabkan rakyat Malaysia akan dipertanggungjawabkan di atas setiap isi kandungan yang terdapat dalam laman-laman akaun Facebook, Twitter, blog atau forum internet termasuklah komen dan artikel yang ditulis oleh orang lain. "Kita percaya bahawa pindaan itu boleh ditafsirkan sebagai satu percubaan oleh pihak berkuasa dan polis untuk menapis apa yang boleh dan tidak boleh diperkatakan di internet. "Peraturan yang diluluskan itu dilihat berniat tidak baik dan ianya akan melemahkan tujuan internet sebagai salah satu wadah untuk menyebarkan maklumat dan memudahkan perbincangan secara terbuka," katanya. Beliau menjelaskan, orang yang dicuri identiti mereka dalam talian (yakni orang lain menyamar sebagai anda) juga boleh dikenakan tindakan di bawah akta ini jika kandungan yang dianggap 'salah' oleh kerajaan UMNO-BN diterbitkan dalam talian menggunakan akaun yang dicuri. "Ini bermakna, semua pengguna internet tidak akan terkecuali mungkin menjadi mangsa akta ini. "Apa yang menakutkan, anda akan mudah sahaja menjadi mangsa sekiranya ada pihak mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama dan maklumat anda dan melakukan 'kesalahan'. "Ini adalah kerana Seksyen 114A menganggap bahawa anda ialah pemilik sebenar akaun terbabit termasuklah sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri atau digodam oleh pihak lain," tambah beliau. Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, pindaan akta itu akan menyebabkan hotel, restoran dan kafe siber tidak mahu lagi menawarkan akses internet kepada pelanggan kerana takut mereka akan dikenakan tindakan undang-undang.Sumber dari: http://kiff-isme.blogspot.com/2012/08/undang-undang-baru-internet-orang-lain.html
Penceroboh itu hantu budak!
Oh! Krai Utara
CCTV rakam hantu budak
LONDON : Sepasang suami isteri di Clifton yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangkap penceroboh terkejut apabila ia merakam apa yang mereka percaya hantu kanak-kanak melompat di atas kereta mereka.Lisa Rigley, 44, dan suami, Phil, 51, memasang kamera itu di luar kediaman mereka selepas berlaku beberapap pencerobohan terhadap kereta mereka.Tetapi selepas menyaksikan rakaman itu mereka melihat bentuk ganjil terbang ke jalan masuk ke rumah mereka dan memanjat kereta itu.Ia kemudian hilang sebelum muncul semula di seberang jalan.Lisa, ibu dua anak itu berkata: “Saya sungguh terkejut. Saya melihat rakaman itu dan ia adalah imej seorang kanak-kanak yang berusia empat atau lima tahun.‘Seorang jiran datang dan bertanya sama ada kami boleh melihat rakaman itu kerana dia kehilangan beberapa barang di depan lamannya.“Kami melihat rakaman itu untuk melihat kemungkinan ada orang melintasi pintu pagar kami ketika kejadian curi itu dan nampak hantu itu melompat di atas kereta kami.“Ia sungguh menyeramkan. Ia kelihatan seperti Casper the Friendly Ghost tetapi ia melompat-lompat di atas kereta kami. Ia sudah pasti hantu.” Suaminya berkata: “Saya tidak percaya pada hantu tetapi rakaman itu sungguh ganjil.” - DMHM
Makan colek!
Oh! Krai Utara
Colek, memangnya sudah menjadi juadah yang amat glemer, nak nak lagi dalam bulan puasa di negeri cik siti wan kembang. Lepas saja siap terawih, makan moreh...maka benda yang akan di "piat" adalah colek. Tak kira jenis, sama ada colek buoh ke, kerang, dan macam macam jenis colek yang lain. Bersaf saf la colek akan di telan bagi melepaskan nafsu makan yang tak pernah reda tu, sampai letih perut baru stop!
Malam ni gua berkesempatan ikut member2 ahli pas totok sekqmpung pi carik colek kat kampong machang, pekan machang...belan2 try naik colorado baru he3, berlagak sakan jugak gua naik menatang baru kuar kedai keta tu, tapi dalam berlagak tu wa ingat jua wa hanya menumpang bumi allah! Sape la wa ni, lu pon sama je! Apasal xnak semayang! Pehhhh best la naik keta baru buatan orang asing ni! Bukan made in malaya bro!
Colek, wa tak tau kat kg lu orang ada tak menda ni....lupaaa, dah lama dok kampong, seingat gua kat luar kelantan pon orang suka jugak spesis colek ni! Tapi wa tau dengan pasti, rasa colek kelantan memang berbeda, tambah lagi si tukang jualnya serta mek mek yang dok layan pemakan colek tu kekadang lebih sedap di pandang dari si colek tu sendiri.
Pelajar kena paksa minum air kencing sendiri, gila beb!
Oh! Krai Utara
Menurut sumber, pelajar Sekolah Patha Bhavan itu menghidapi sejenis penyakit dan telah membuang air kecil di tilam beberapa malam sebelumnya.
Apabila ibu pelajar itu menghubungi warden berkenaan, dia memberi jawapan bahawa pelajar itu dalam keadaan baik tetapi kerap kencing malam dan kemudian meminum air kencingnya sendiri sebagai rawatan menghentikan tabiatnya itu.
Ibu bapa pelajar yang terkejut itu lantas membuat laporan di balai polis Bolpur kerana yakin anak mereka telah dipaksa minum air kencing sendiri dan bukan atas kerelaan.
Susulan itu, Suruhanjaya Perlindungan Kemanusiaan terhadap Kanak-Kanak Kebangsaaan (NCPCR) telah mememberi notis tunjuk sebab kepada pihak sekolah bagi mendapatkan penjelasan.- sinar harian/-
emm...saing kito ore kuat golok!
Oh! Krai Utara
Cakap pasai MALU ni, wa dahh ade dengor berito memalukan yg. melibatkan sedara rapat gua merangkap suami mak cik rosemah binti mansoq, dengor katonya bakal menantu beliau dah buat hal, memulonya wa ingat budak tu buat gilo nak putuih tunang, tapi lepas wa siasat takde laaasa camtu.
lepas siasat sikit dongan cik mukobuku dan abe google dapek tau, ropanya kes kechiiik sajo. kes yg. kecik besor macam budak kampong curik telor ayam jiran, wa cakap macam ini kes pon paper amerika nak bising...semacam saje laaa paper orang putih ni.kacauuuu....
tapi, dalam hati gua terbit rasa kesian....tu lah kau abang najib oiiii, naseb ko, ko oram tuduh mintak duit rasuaah...menantu ko auta duit bapak tiri dio! wa ingat ko xpayah layan sangat otak pembangkang macam tu.....nanti kak mah xtido lenaaa.




