Sapa Nak Masuk Parti Baru?

Oh! Krai Utara

Share


Read More - Sapa Nak Masuk Parti Baru?

AZIZ M. OSMAN pilih Puteri Umur 21?

Oh! Krai Utara

Share


AZIZ M. OSMAN dan bakal isterinya, Puteri Lily akan bernikah pada bulan Jun depan.
CINTA yang luhur tidak mengenal usia, kedudukan mahupun status. Cinta yang luhur bertitik tolak daripada naluri setiap pasangan yang mahu menyatukan dua hati dalam satu jiwa.
Ketika cinta mekar, hati yang sedang berbunga sukar untuk berpisah. Musim-musim indah percintaan ini dilalui sekali lagi oleh sutradara Aziz M. Osman.
Ya, Aziz M. Osman kembali bercinta! Pengakuan ini dibuat sendiri oleh pengarah yang juga anak pasangan seniman dan seniwati handalan negara, Allahyarham M. Osman dan Afida Es
Read More - AZIZ M. OSMAN pilih Puteri Umur 21?

Ketua Wanita MCA letak jawatan parti, kerajaan

Oh! Krai Utara

Share
Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Ketua Wanita MCA.

Serentak dengan peletakan jawatan itu, Chew juga berkata dia akan melepaskan jawatan timbalan menteri wanita dan pembangunan masyarakat yang disandangnya.

Beliau juga mengumumkan akan melepaskan jawatan senator.

Pada pemilihan parti itu pada 28 Mac lalu, Chew berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA memilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandals seks DVD dilantik sebagai presiden.

Chua berjaya menumbangkan presiden ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dengan majoriti yang tipis.

Reaksi spontan Chew pada malam keputusan itu ialah beliau akan menagguhkan sebarang pengumuman sehingga Jawatankuasa Pusat Pergerakan Wanita MCA bermesyuarat.

Mesyuarat itu berlangsung hari ini.

Menjelang tengah hari, ratusan penyokongnya tiba di Wisma MCA, Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Chew.
Antara sepanduk dan kain rentang yang dibawa mereka, tertera "Berpegang kepada prinsip demi maruah wanita".

Semasa Chew tiba, penyokongnya terus melaungkan "Kami sokong anda", "Kami perlukan anda" dan "Jangan letak jawatan!".

Sokongan padu itu menyaksikan Chew menitiskan air mata. Beliau kemudiannya menghabiskan kira-kira 30 minit dengan penyokongnya sebelum menuju ke tingkat enam untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.malaysiakini
Read More - Ketua Wanita MCA letak jawatan parti, kerajaan

Ameng Spring ditahan kerana ugut bekas isteri

Oh! Krai Utara

Share


Kalau sebelum ni hangat mengenai kes Badrul Muhayat yang dituduh memukul isterinya dimana kes tersebut telahpun menjadi kes mahkamah dan khabarnya dalam proses perbicaraan. Setakat ini, belum ada konklusi mengenai kes tersebut.
Yang terbaru ni pula, mStar Online melaporkan yang Ameng, vokalis kumpulan Spring akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi ini berikutan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan yang dihantar olehnya kepada bekas isterinya baru-baru ini.
Read More - Ameng Spring ditahan kerana ugut bekas isteri

Pertemuan Sulit YB Rembau dan YB Balik Pulau

Oh! Krai Utara

Share

Semalam bertempat di bangsar Shopping Complex (BCS) sekitar jam 6.30 petang, sumber kami memberitahu, mereka terserampak dengan Khairy dan Yusmadi disana. Apabila disedari pertemuan itu wajah Khairy kelihatan pucat lesi.

Setelah pemberi maklumat kami membuat penyiasatan didapati, memang ada pertemuan di antara Khairy dan Yusmadi dilakukan di BSC, dari sumber yang sama juga kami difahamkan bahawa ini bukan kali pertama mereka bertemu. 

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah mengapa perlu Khairy bertemu dengan seorang ahli parlimen pembangkang yang sangat rapat dengan Anwar? Apa yang mereka bincangkan? Mungkin mereka berbincang tentang isu APCO? Adakah pertemuan mereka mengenai isu 1Malaysia diambil dari 1Israel?

Umum mengetahui, sejak beberapa minggu yang lalu, Anwar dan Khairy membuat lakonan di sidang Dewan Rakyat dengan saling berbalah sesama sendiri. Kami juga pernah menyiarkan artikel mengenai skrip lakonan mereka berdua. Klik sini

Kami juga difahamkan Khairy telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk bertemu dengan ahli parlimen bebas, Zul Nordin. Tetapi Khairy tidak berjaya berbuat demikian kerana Zul Nordin sangat sibuk, ini juga menimbulkan satu lagi persoalan, mengapa Khairy beriya-iya benar mahu berjumpa dengan Zul Nordin? Apakah Khairy juga terlibat dalam skandal merosakkan nama Perdana Menteri melalui isu Altantuya? Seperti yang diketahui umum, Khairy memang tidak suka pada Perdana Menteri dan Isteri.

Kami di Anak Omak merasa sangat hairan dengan tindak tanduk Khairy sejak seminggu-dua ini, pertemuan semalam di antara Khairy dan Yusmadi membuktikan bahawa Khairy memang sedang merancang atau sudah pun melakukan sesuatu yang tidak baik buat UMNO dan Perdana Menteri. 

Isu APCO yang menjadi hangat sejak kebelakangan ini juga banyak menimbulkan persoalan tentang penglibatan Khairy, bermula dari Khairy mengulangi semua hujahan yang telah dibacakan oleh Anwar di Parlimen hingga ke Sidang Akhbar yang telah diadakan beliau tidak berapa lama dulu. Mengapa Khairy nampak begitu ghairah sekali dalam isu APCO ini? 

Adakah pertemuan Khairy dan Yusmadi semalam berkisar tentang rancangan mereka untuk menggunakan isu APCO pada pilihanraya kecil di hulu Selangor nanti? Apakah yang sedang dirancang oleh Khairy dan rakan-rakan beliau dari parti pembangkang? 

Kami biarkan anda menilai sendiri segala persoalan yang telah kami timbulkan.

Sekian

Read More - Pertemuan Sulit YB Rembau dan YB Balik Pulau

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...