Pertemuan Sulit YB Rembau dan YB Balik Pulau
Oh! Krai Utara
Semalam bertempat di bangsar Shopping Complex (BCS) sekitar jam 6.30 petang, sumber kami memberitahu, mereka terserampak dengan Khairy dan Yusmadi disana. Apabila disedari pertemuan itu wajah Khairy kelihatan pucat lesi.
Setelah pemberi maklumat kami membuat penyiasatan didapati, memang ada pertemuan di antara Khairy dan Yusmadi dilakukan di BSC, dari sumber yang sama juga kami difahamkan bahawa ini bukan kali pertama mereka bertemu.
Persoalan yang timbul sekarang ini ialah mengapa perlu Khairy bertemu dengan seorang ahli parlimen pembangkang yang sangat rapat dengan Anwar? Apa yang mereka bincangkan? Mungkin mereka berbincang tentang isu APCO? Adakah pertemuan mereka mengenai isu 1Malaysia diambil dari 1Israel?
Umum mengetahui, sejak beberapa minggu yang lalu, Anwar dan Khairy membuat lakonan di sidang Dewan Rakyat dengan saling berbalah sesama sendiri. Kami juga pernah menyiarkan artikel mengenai skrip lakonan mereka berdua. Klik sini
Kami juga difahamkan Khairy telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk bertemu dengan ahli parlimen bebas, Zul Nordin. Tetapi Khairy tidak berjaya berbuat demikian kerana Zul Nordin sangat sibuk, ini juga menimbulkan satu lagi persoalan, mengapa Khairy beriya-iya benar mahu berjumpa dengan Zul Nordin? Apakah Khairy juga terlibat dalam skandal merosakkan nama Perdana Menteri melalui isu Altantuya? Seperti yang diketahui umum, Khairy memang tidak suka pada Perdana Menteri dan Isteri.
Kami di Anak Omak merasa sangat hairan dengan tindak tanduk Khairy sejak seminggu-dua ini, pertemuan semalam di antara Khairy dan Yusmadi membuktikan bahawa Khairy memang sedang merancang atau sudah pun melakukan sesuatu yang tidak baik buat UMNO dan Perdana Menteri.
Isu APCO yang menjadi hangat sejak kebelakangan ini juga banyak menimbulkan persoalan tentang penglibatan Khairy, bermula dari Khairy mengulangi semua hujahan yang telah dibacakan oleh Anwar di Parlimen hingga ke Sidang Akhbar yang telah diadakan beliau tidak berapa lama dulu. Mengapa Khairy nampak begitu ghairah sekali dalam isu APCO ini?
Adakah pertemuan Khairy dan Yusmadi semalam berkisar tentang rancangan mereka untuk menggunakan isu APCO pada pilihanraya kecil di hulu Selangor nanti? Apakah yang sedang dirancang oleh Khairy dan rakan-rakan beliau dari parti pembangkang?
Kami biarkan anda menilai sendiri segala persoalan yang telah kami timbulkan.
Sekian
0 ulasan:
Catat Ulasan