Takaful untuk keluarga arwah Zainudin

Oh! Krai Utara

Share

KUALA KRAI - Sedikit seba-nyak sumbangan yang diberikan melalui Takaful untuk rakyat negeri ini dapat dimanfaatkan untuk kegu-naan keluarga terlibat terutamanya yang kehilangan tempat bergantung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sumbangan yang diberikan satu satunya Ke-rajaan Negeri seperti Kelan-tan ini seharusnya disyukuri semua penerima.

Menurutnya, ia tidak seharusnya digunakan ke arah pembaziran tetapi untuk meringankan beban seke-luarga atau digunakan untuk manfaat arwah yang telah tiada.

“Kita di negeri ini perlu bersyukur kerana kerajaan kita sahaja yang memberikan manfaat Takaful seperti ini untuk rakyatnya.

“Takaful yang diberikan ini bertujuan meringankan beban kewangan perlu digunakan sebaik mungkin untuk keluarga atau manfaat bagi arwah yang telah tiada seperti untuk mengadakan tahlil dan sebagainya,” katanya ketika menyampaikan manfaat Takaful kepada Ruzima Muhammad, isteri kepada salah peserta ladang rakyat, Allahyarham Zainudin Ab-dul Ghani yang meninggal dunia tahun lalu.

Dalam masa yang sama beliau juga menyarankan mana-mana penduduk yang masih belum mendaftarkan diri sebagai peserta Takaful agar segera berbuat demikian melalui penghulu masing-masing.

Ia perlu dilakukan segera bagi mengelakkan masalah untuk membuat tuntutan manfaat kemudian hari.

Hadir sama pada penyampaian manfaat Takaful berkenaan ialah wakil dari perbadanan ladang rakyat.-sinar harian


Read More - Takaful untuk keluarga arwah Zainudin

Nik Aziz Berbohong

Oh! Krai Utara

Share

 Salam saudara,

kasar sekali pada pandangan saya tajuk yang tertera di atas, saya ambil tajuk tersebut dari artikel di bawah yang tertebeng (dipaparkan) dalam blog saudara kickdefella.
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mendakwa derma atau sumbangan oleh syarikat pembalakan yang menerima konsesi di negeri ini kepada Pas, adalah sesuatu yang di luar pengetahuannya.
Berikutan itu, katanya, beliau tidak suka untuk mengulas dakwaan yang dibangkitkan oleh penulis blog tertentu berhubung sumbangan atau derma terbabit.
Namun, masa sama, beliau membidas penulis blog yang disifatnya membuat pelbagai dakwaan dalam ruang maya masing-masing sebagai perbuatan untuk menyebarkan fahaman atau pendirian sendiri tanpa usaha menambah pengetahuan di kalangan pembaca mereka.
“Penulis blog ini kadang-kadang menulis sesuka hati, bukannya untuk memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca. Saya sangat dukacita (dengan penulis blog) menggunakan pensil (penulisan) blog menyebarkan fahaman sendiri, tidak menambah ilmu.
Saya tak suka sebut benda-benda begitu (dakwaan mengenai komisyen atau sumbangan kepada Pas) tetapi benda ini tidak ada dalam pengetahuan saya,” katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melakukan pelepasan konvoi kira-kira 1,300 motosikal berkuasa tinggi sempena acara Kelantan Bike Week di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini, hari ini.
Nik Aziz diminta mengulas dakwaan yang dilontarkan penulis blog Kickdefella yang mendakwa syarikat pembalakan yang mendapat konsesi di negeri ini menyalurkan sumbangan atau derma kepada pertubuhan bukan kerajaan yang ada kaitan dengan Pas, kerana bantuan mendapatkan kawasan terbabit.(di sini)
Akhirnya setelah sekian lama menanti, Nik Aziz bersuara juga. Malangnya Nik Aziz memilih untuk tidak berlaku jujur. Mustahil Nik Aziz tidak mengetahui semua ini. Saya tahu Nik Aziz menghabiskan masanya dengan membaca kitab atau Al Quran sewaktu mesyuarat berlangsung dan kerap juga tertidur apabila topik yang dibincangkan tidak difikirkan penting baginya tetapi untuk beliau mendakwa bahawa beliau tidak tahu, ini adalah satu kenyataan yang paling tidak jujur dari YAB Menteri Besar Kelantan.
Dengan ini saya buat kali kedua mencabar Nik Abdul Aziz mengarahkan Kerajaan Negeri mengeluarkan senarai kesemua syarikat yang telah menerima tanah balak dan tanah hutan simpan untuk tujuan perladangan dan pertanian di Negeri Kelantan sejak 1990 hingga sekarang, bagi membuktikan beliau tidak ada menyembunyikan sesuatu yang berkaitan dengan dakwaan saya bahawa  PAS Negeri Kelantan dibawah pentadbirannya beramal dengan rasuah dalam bentuk ‘derma’ dan kronisme.

Read More - Nik Aziz Berbohong

Nik Aziz Nafi Laporan Blog Syarikat Balak Perlu Derma Kepada Kerajaan Sebelum Diberi Konsesi

Oh! Krai Utara

Share

KOTA BAHARU, 4 April (Bernama) --Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini menafikankerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menghulurkan derma kepada kerajaan negeri pimpinan PAS itu.


"Bukan menjadi dasar kerajaan meminta mana-mana syarikat yang mendapat konsesi balak menghulurkan derma atau bantuan kepada kerajaan negeri. Ini tak ada dalam pengetahuan saya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum itu beliau menyempurnakan upacara pelepasan konvoi 1,300 motosikal berkuasa tinggi di perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV, di sini, pada Ahad.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco. Ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.

Bagaimanapun, beliau turut menempelak penulis blog terbabit yang cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan perasaan dukacitanya dengan sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.

Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri menyifatkan penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak.

Mengenai majlis berkenaan, Nik Abdul Aziz menyifatkan konvoi bermotosikal bukan saja sebagai riadah tetapi boleh menyampaikan mesej perjuangan Islam kepada masyarakat umum.

Menurutnya, program jelajah atau konvoi bermotosikal berkuasa tinggi ini bukan saja boleh memberi kebaikan dari segi kesihatan dan kegiatan pelancongan, tetapi mampu menyampaikan mesej bahawa Islam bukan seperti mana yang dimomokkan oleh pihak tertentu.

-- BERNAMA
Read More - Nik Aziz Nafi Laporan Blog Syarikat Balak Perlu Derma Kepada Kerajaan Sebelum Diberi Konsesi

Sebastian Vettel Menjuarai Perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas 2010

Oh! Krai Utara

Share
SEPANG, April 4 (Bernama) -- Pemandu Red Bull Racing, Sebastian Vettel (Jerman) dan Mark Webber (Australia) meraih tempat pertama dan kedua pada perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas 2010 yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, pada Ahad.


Sementara pelumba Mercedes GP Petronas, Nico Rosberg (Jerman) meraih tempat ketiga.

-- BERNAMA
Read More - Sebastian Vettel Menjuarai Perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia Petronas 2010

Iman Tang,Nasha dah nak kawin, Hang bila lagi?

Oh! Krai Utara

Share





NASHA



DIVA nak ucapkan tahniah kepada Nasha dan teman lelakinya, Nur Iman Tang Abdullah sebab mereka sudah bersedia ke alam rumah tangga.bacalah lagi
Read More - Iman Tang,Nasha dah nak kawin, Hang bila lagi?

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...