Tuk Guru Pertahan Tindakan ADUN dan AP Pakatan Rakyat
Oh! Krai Utara
Wakil rakyat perlu bela diri
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat (PR) yang membuat kecoh sama ada pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun sidang Parlimen yang berlangsung ketika ini.
Menurutnya, Islam dan demokrasi mengajar umatnya supaya mempertahankan diri sekiranya ada pihak yang mengambil tindakan tanpa mengikut undang-undang dan perlembagaan yang ditetapkan.
“Orang yang berada di Dewan adalah cerdik dan bukannya orang kampung. Orang cerdik bila rasa ada pihak yang zalim, dia mesti lawan, itu cerdik namanya. Kalau orang yang mengkhianati, kita diam saja, itu tidak kena.
“Tiap-tiap perbalahan itu mempunyai sebab.
"Ada orang membuat masalah menyebabkan pihak yang lain mempertahankan diri. Islam dan demokrasi ajar (cara itu), jangan nampak yang buruk sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas kekecohan yang berlaku di Parlimen semalam dan DUN Perak antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.
Dalam kejadian di DUN Perak Rabu lepas, kesemua 28 wakil rakyat pembangkang keluar meninggalkan sidang Dewan kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat hari kedua itu.
Sementara di Parlimen kelmarin, beberapa Ahli Parlimen diarahkan keluar Dewan sehingga selesai persidangan kerana tidak menghormati arahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee supaya tidak melakukan kekecohan.
Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan itu mahu semua pihak kembali kepada peraturan dan undang-undang yang jelas memberi kuasa kepada rakyat untuk menentukan tanggungjawab yang dipikul seseorang wakil rakyat.
“Untuk mengelak perkara seperti itu berlaku, kita kena kembali kepada peraturan dan undang-undang. Kalau akhirat kita kena ikut agama iaitu al-Quran dan hadis. Kalau dunia, kita kena ikut perlembagaan dan undang-undang. Semuanya adalah peraturan,” katanya.
CINA ISLAM (林川興): Dun Perak kecoh kerana tidak ikut peraturan - Nik Aziz
Oh! Krai Utara
18 Rabiulakhir 1431H.
Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 3 April: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak tidak akan menjadi kecoh sekiranya anggota dewan khususnya mematuhi perlembagaan negeri yang sedia ada, namun yang paling utama ialah mematuhi perlembagaan diselaraskan dengan Al-Quran.
Serentak dengan itu, beliau yang juga Menteri Besar mempertikaikan ahli Dewan Negeri yang ‘dibawa masuk’ (menjadi anggota Dewan) melalui mahkamah, namun beliau akur bahawa perjalanan Dewan Negeri termasuk di Perak perlu berdasarkan peraturan.
“Dalam dewan ada peraturan, dan menjadi peraturan dewan (bahawa) mereka yang menganggotai dewan itu mesti wakil rakyat.
“Dan kalau nak jadi wakil rakyat mesti melalui undi (malalui proses demokrasi), itulah peraturannya. Tetapi sekiranya (ahli yang menjadi anggota Dewan itu) sebahagiannya melalui undi, dan sebahagiannya pula melalui tok hakim (mahkamah), mana boleh demikian,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang disifatkan sesetengah pihak sebagai dalam ‘zoo’ sedangkan padanya termasuk di negeri Perak, ada peraturannya.
Beliau mendakwa kekecohan yang berlaku dalam dewan itu di mana golongan yang cerdik yang tidak boleh tunduk kepada perbuatan zalim, manakala mereka yang satu pihak lagi merasakan dizalimi, mereka melawan.
“Itu tanda mereka cerdik, tetapi kalau dikhianati namun mereka buat senyap saja itu tanda tak cerdik. Bagaimana pun, perbalahan itu mesti ada punca, takkan sebelah A lawan B dengan tidak ada sebab, tidak begitu. Mesti B buat masalah pada A dan A kena lawan atau pun A buat masalah pada B dan B kena lawan.
“Islam pun mengajar demikian. Demokrasi pun ajar, jadi jangan nampak benda kekecohan dalam Dewan lalu diburukkan lagi keadaan. Mesti ada sebab, kita kena tengok kepada sebab, kekecohan itu kerana apa termasuk dalam Dewan Undangan Negeri Perak,” katanya.
Beliau mendakwa, kekecohan itu disebabkan rakyat yang mengundi memilih calon A ke dalam dewan, namun orang lain pula membawa masuk orang lain melalui mahkamah.
“Mana boleh, sepatutnya memberi peluang kepada rakyat. Ini kerana membawa masuk wakil dalam dewan pun rakyat, hendak membawa masuk calon lain pun terlebih dahulu mesti tanya rakyat.
“Itu yang kita sebut beri peluang kepada pilihanraya semula, ini bendanya. Orang bawa masuk wakil rakyat melalui dewan, kita (pihak tertentu) mengubahnya,” katanya.
Mursyiyul Am menasihatkan bahawa semua perkara hendaklah bertindak dengan betul mengikut peraturan.
“Dari segi agama mestilah mengikut Islam. Kalau tak mahu agama, ikutlah perlembagaan, tetapi perlembagaan itu setakat di dunia sahaja. Apabila masuk kubur (mati) tidak berguna lagi.
“Oleh sebab itu kita di Kelantan mempastikan bahawa proses perlaksanaan perlembgaan selaras dengan Quran, dengan itu dalam kubur nanti (di akhirat) kita selamat , dan atas dunia pun kita jadi selamat, insya Allah,” katanya.
Isteri Gila Facebook
Oh! Krai Utara
SAYA sudah berumah tangga 14 tahun dan isteri saya cukup pengetahuan ilmu dunia dan akhirat jika dibandingkan dengan saya.
Selama perkahwinan kami, tiada perlakuannya yang menimbulkan kecurigaan saya.
Bagaimanapun, pepatah kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari menjadi igauan kepada diri saya sekarang. Ini kerana kebelakangan ini isteri saya asyik melayari laman web Facebook di Internet.
Pada mulanya dia mencari rakan lama dari zaman sekolahnya. Selepas berjaya menemui beberapa orang, dia berhubungan dengan mereka. Yang saya tak suka, kawannya bukan hanya perempuan, sebaliknya ramai juga lelaki.
Saya tidak suka dia bersembang dengan rakan lelakinya biarpun hanya melalui Facebook. Pernah saya menyindirnya dengan memberi contoh kejadian negatif yang berlaku pada masa ini jika terlalu asyik bersembang melalui Internet, tapi katanya saya cemburu.
Dia langsung tidak memikirkan perasaan saya sebagai suami. Baginya, apa yang dia lakukan tidak menyalahi hukum agama. Saya pula berpendapat saya ada hak untuk curiga dan menghalangnya berbuat demikian kerana semua rakan lelakinya di Facebook sudah berkahwin.
Lebih mengecewakan, daripada bersembang melalui Internet, kini mereka galak pula berbual melalui telefon.
Jadi, saya bimbang jika selepas ini mereka merancang untuk berjumpa pula. Dia seolah-olah lupa kawan lelakinya juga sudah berkahwin. Kenapa dia suka sangat berbual dengan suami orang?
Kini hati saya sentiasa curiga terhadap apa saja yang isteri saya lakukan, termasuk layanan baiknya terhadap saya. Bagi saya, tanggungjawab terhadap keluarga yang dia lakukan semuanya sandiwara. Dia melayan saya dengan baik mungkin hanya untuk menutup perlakuannya yang negatif.
Saya pula hanya berpura-pura membalas kebaikannya kerana tidak mahu rumah tangga kami bergolak. Semakin hari keceriaan di hati saya semakin hilang. Saya murung dan hanya hanya bercakap perkara perlu saja dengan isteri saya.
Mungkin ada yang menganggap saya terlalu cemburu. cuba fikirkan, andai suami berperangai seperti itu, apa pula perasaan isteri. Bila kerap berbual dengan lelaki lain, mulalah nampak kelemahan suami sendiri. Sebagai contoh, suami hanya bekerja buruh kasar, sedangkan rakan sembang itu berkerjaya lebih hebat. Apa pandangan Dang Setia?
SUAMI RESAH
Kuala Lumpur
JAWAPAN
Facebook seolah-olah menjadi fenomena pada masa ini dan penyalahgunaan laman web sosial itu hingga membawa kepada pelbagai masalah, termasuk menjejaskan hubungan suami isteri, memang pernah berlaku sebagaimana dilaporkan media.
Berpegang kepada fakta itu, kebimbangan dan kecurigaan saudara jelas ada asasnya. Jadi, Dang Setia tidak menyalahkan saudara dalam hal ini, cuma kelemahan saudara ialah gagal menangani dan melakukan tindakan sesuai untuk mengatasi masalah ini.
Perlu difahami, melayari Internet dan menggunakan Facebook pada asasnya tidak salah. Internet dan Facebook hanya peralatan untuk kemudahan manusia. Namun, seperti peralatan lain, contohnya pisau, ia boleh juga mendatangkan kemudaratan jika disalahgunakan.
Secara jujur, Dang Setia juga kabur atau tidak pasti adakah isteri saudara menyalahgunakan Facebook. Namun yang Dang Setia pasti, dia melakukan kesalahan apabila ingkar arahan suami.
Biarpun melayari Facebook tidak berdosa, apabila saudara sebagai suaminya menghalangnya berbuat demikian, terutama berhubungan dengan rakan lelaki, dia wajib patuh kepada arahan saudara. Jika dia tak patuh, maknanya dia berdosa.
Justeru, pastikan isteri saudara sedar dan faham hakikat ini. Bincang dan nasihatkan dia secara baik. Jika dia betul-betul ada ilmu agama, dia tentu tahu bahawa mematuhi arahan suami adalah satu kewajipan isteri.
Selain itu, jangan biarkan Internet mahupun Facebook mengawal atau merosakkan hidup kita. Sebagai manusia, kita perlu kawal semua teknologi itu. Satu cara kawalan yang boleh saudara lakukan ialah turut menjadi rakan Facebook isteri saudara.
Minta isteri saudara beri semua akses, termasuk kata laluan e-mel Facebooknya. Dengan cara ini saudara dapat memantau setiap aktivitinya di Facebook, siapa rakannya dan apa yang mereka bualkan.
Jika isteri saudara tidak melakukan kesalahan, tiada sebab untuk dia tidak memenuhi permintaan saudara. Namun jika dia enggan, mungkin benar dia ada melakukan perkara tidak betul.
Jika itu berlaku, tidak salah untuk saudara bertindak lebih tegas seperti menghalangnya menggunakan Facebook dengan cara membuat sekatan dan hanya saudara yang ada kata laluannya atau menamatkan terus perkhidmatan Internet di rumah saudara.
Saudara perlu tegas dalam hal ini. Apabila isteri saudara mula berhubungan melalui telefon dengan rakan lelakinya, Dang Setia setuju dengan saudara bahawa ada kemungkinan selepas ini mereka berjumpa pula.
Bagaimanapun, Dang Setia tidak bersetuju dengan tanggapan saudara yang isteri saudara hanya bersandiwara apabila menjalankan tanggungjawabnya, termasuk melayan saudara dengan baik, manakala saudara pula hanya berpura-pura melayan layanan baiknya kerana tidak mahu rumah tangga bergolak.
Bagi Dang Setia, perkara ini jangan saudara pendamkan. Jika dipendamkan dan hanya hidup berpura-pura, masalah akan terus parah ibarat api dalam sekam yang akhirnya membinasakan.
Sebagai ketua keluarga, bertindaklah dengan matang, tegas dan berhemah untuk menegur kelemahan isteri. Dang Setia percaya isteri saudara belum hanyut terlalu jauh. Dia hanya sedikit tersasar dan masih banyak ruang untuk keharmonian rumah tangga kalian dikembalikan.
Sumber – Hmetro
Ralit ber FB jangan sampai tededah...
Oh! Krai Utara
SALING INGAT MEMPERINGATI KE ARAH KEBAIKAN
DAN DENGAN KESABARAN.
SALAM. Sekarang era FB, dulu kita cuma ada group aje, sekarang bertambah canggih. Seronoknya apabila terjumpa semula kekawan lama di alam maya, bertanya khabar & bertukar cerita terkini, mengimbau kenangan silam, zaman remaja & students yang indah n tak mungkin berulang kembali. Boleh pula tengok foto terkini dengan anak2nya, rumahnya n segala aktiviti yang ingin dikongsi.
Zaman globalisasi menguasai hidup kita kini, semuanya ada positif n negative, AWASLAH, jangan lupa batasan hukum Syariah dan adab susila. Sebelum ini permulaan tentang apa yang ingin diluahkan, “mangsa tagging”, semua orang bercakap tentang keburukan “tagging photos” sehingga terbuka segala aurat n rahsia, hasil kerajinan kawan/lawan.Sila lihat:
FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa
Sila ke; http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/facebook-photos-tagging-yang-mengundang-dosa/#more-2486
Itu kerja orang, tetapi apa yang lebih mendukacitakan, dan ingin sekali dikongsi dengan saudara/ri semua ialah “pendedahan” hasil buah tangan diri kita sendiri yang tidak segan silu membuka pekong di dada!! Ini reality bukan lagi fantasy, pasti adik-adik ku, kakak-kakak ku, my sisters in Islam, bukan SIS yang itu ye.. mengakulah, apabila tengok buka Fb kekawan yang lama tak tengok pasti ini terjadi…..
1- Terkejut sungguh bila buka tengok gmbar kekawan (not all, but mostly la..) “Ya Allah, bukankah si A ni dulu begini, tak sangka pula dah bertukar sarung, alamak ni betul ke si B yang bukan main sopan pakaiannya dulu…”
Gambar separa menutup aurat yang tak sepatutnya dipublishkan untuk umum, janganlah dibubuh wahai akhawat!. Mungkin gambar itu sekadar suka-suka semasa bersantai bersama keluarga n rakan terdekat, okay tak terlepas hudud, tapi yang malangnya tangan kita sendiri pula yang “gatal” postkannya di Fb yang boleh menjadi tatapan ribuan bahkan jutaan mata termasuk lelaki yang bukan mahram! Ini bukan lagi tak sengaja n tanpa niat namanya.
Nabi SAW pernah bersabda:
((مَا مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، إِلا هَتَكَتْ السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا))
Ertinya: Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya” (Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmizi; Katanya: “Hadis Hasan”)
2- Taraf kita sebagai pelajar sekolah agama yang berasaskan pendidikan Islam (terus terang ditujukan kepada semua kawan2ku, adik kakak ex MMP, UIA, juga dari seluruh sek men agama berprestij dari seluruh MSIA (malas nak sebut nama satu persatu), UM dengan Pendidikan Islamnya…..hatta dari Azhar n Jordan, Juga untuk semua saudari Islam, tak kira apa pendidikan (persekolahan) anda, tapi yang penting kamu adalah seorang Islam yang sedar dan tahu hukum-hakamnya. Don’t try to make any excuse…
3- Zaman sek rendah ada di antara kita yang terawal bertudung pada zaman 70an yang masyarakatnya masih agak jahil dalam bertudung; tak caya tengok dalam foto facebook tu juga, betapa hebatnya transformasi yang berlaku!!
4- After that sek men, dengan tudung bulat matako dan jersinya, setengahnya berdagu lagi, stokin tebal yang panjang, zaman ni mungkin paling perfect n sempurna pakaian muslimah solehah kita, masya’Allah! Then bila dah masuk univ, agak longgar n mula bertambah ‘Mo-den’ n up-to date, tapi masih terkawal dengan rules n regulations kolej, akhirnya grad n bercareer, anda bebas tapi mungkin tak secanggih today selepas bersuami yang hebat n memahami jiwa yang sama2 inginkan kebebasan n keluar dari label golongan “sek agama” atau ustaz/ustazah!!! Bukan nk suruh masih ber’jersey’ or ber’matako’, tapi yang sewajarnya lah, tepuk dada tanya iman masing-masing.
5- Jangan kata suka-suka sahaja sesama FEMALE FRENS, boleh kata semua orang ada kawan FB lelaki yang bukan mahram, tak termasuk lagi, kawan suami, suami kawan dlll…. Astaghfirullahal ‘Azim. Di mana asas ilmu dan iman yang ditanamkan oleh ibu bapa kita sejak kita kecil lagi? Bukan lagi salah ibu bapa yang telah memberikan kita didikan AGAMA sejak dari kecil, tapi salah Fb kot!
6- Untuk golongan lelaki pula si suami2, tak kira apa career anda sekarang, ustaz/loyar atau apa2 professional, pantaulah anak isteri, bertanggung jawablah dengan amanah yang dipikul… Jangan hanya berdengung: Benda yang kecik2 my wife yang decide, I masalah2 yang besar2 shj putuskan!
Apakah menjaga Syariah Allah itu kecik? Pakaian, mekap n lifestyle kita n isteri tak perlu diambil tahu n dipedulikan?? Bebas nak pakai apa asal masih “menutup rambut”, aurat yang lain terdedah atau hanya dibungkus sahaja? Sedih hati n sakit mata melihat kekawanku ustzah-ustazah kita (gelaran ini not just by profession ye) berseluar ketat (BAHKAN BER’JEANS’ u!), berbaju ketat n singkat, ber t-shirt lengan pendek, ada yang bungkus tangan dengan ‘setongan’ sahaja, tak kurang juga yang togel begitu sahaja! Fesyen baju tak usah kiralah, mungkin waktu itu bersama keluarga, TETAPI YANG MENYEDIHKANNYA KENAPA SANGGUP MENGAIBKAN DIRI DAN MENJATUHKAN MARUAH diri n Islam DENGAN MEM-PUBLISHNYA UNTUK TATAPAN UMUM, OPEN TO PUBLIC??? JGN KATA TAK TAHU BATASAN N BAGAIMANA PAKAIAN WANITA ISLAM, BATASAN AURAT YANG TELAH DIJELASKAN Allah SWT?
7- Okaylah untuk si suami kekawanku yang tiada asas pendididikan agama, kononnya (sebenarnya asas agama semua dah ada, alhmdulillah semua Islam dan tahu hukum). Bukankah kamu berkenan n jatuh hati kepada si dia itu kerana tudungnya dulu, kerana sopannya pakaian muslimahnya? Berkenan untuk dijadikan suri membimbing anak2 n diri, membina keluarga mukmin?? Tetapi sekarang nampaknya semua dah sama2 hanyut dalam arus modenisasi n globalisasi, bukan lagi yang mempunyai basic agama memberi kesan positif kepada pasangannya tetapi seolah-olah sebaliknya….
Ingatlah: maksud hadis: Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya tentang org2 di bawah jagaannya. Isteri dan keluarga adalah di bawah tangungjawab suami!!! Mustahil tak tahu hukum kalau dah Melayu n Islam sejak lahir. Muallaf pun tahu n di ajar semuanya sekarang ni. Kalau tak tahu, belajarlah…
8- Wallahi, rasa nak ‘teriyak’ tengok gambr dulu n kini, tak rasa malu pula bubuh gambar zaman sek rendah n men yang begitu sopan, lepas tu gambar terkini yang WOW!!! Faham-faham sendirilah… mungkin kalian bangga n megah dengan transformasi itu, tapi pada hakikatnya ia adalah sesuatu yang merendahkan taraf n diri sendiri.
9- Lepas ni moga boleh cek gmbar masing2, mana2 yang rasa tak lulus guidelines Syariah, silalah buang n simpan untuk tatapan n kenangan peribadi. Jangan gambar aje, ubahlah penampilan n pakaian kita, tak kira apa saja anda sekarang, kalau ustazah lebih2 lagi, kalau bukan ustazah by profession atau sijil pun, by nature n basically kita semua ni boleh dikatakan ustazah, ayah2 kita kebanyakannya, ustaz2, tok2 imam, tok2 lebai dan yang sejenis dengan nya.
10- Juga jangan kita terlalu ghairah, memuatkan semua foto2, apa saja aktivti hidup dishare umum, ingatlah fb inipun namanya “Laman Sosial”, kita bukan lagi remaja belasan tahun yang masih belum jelas halatuju hidupnya, usia kita ini dh nak masuk group warga …. Pun.
11- Maaflah jika terasa, memang nak suruh muhasabah pun, bukan juga merasakan diri ini lebih baik n sempurna, tetapi sebagai peringatan untuk diri sendiri juga agar sentiasa lebih-lebih berhati dan tidak melangkaui batasan yang telah ditetapkan-NYA!
Akhirnya, ingatlah firman Allah yang bermaksud:
“Dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?” [Fathir: 37].
Sebahagian ahli tafsir mengatakan panjang umur itu ialah apabila telah sampai “40 tahun”, manakala tanda peringatan itu pula ialah “uban”. Wallahu a’lam. punca artikel ini
Pilihan Raya Hulu Selangor: Penamaan 17 April, Pengundian 25 April
Oh! Krai Utara
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor (P.094) ialah pada 17 April manakala hari pengundian ialah pada 25 April ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Read more




