Krisis Istana Kelantan: PAKATAN Mahu Pemangku Raja Ambil Tindakan Wajar

Oh! Krai Utara

Share

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (Pakatan), yang mewakili anak-anak Kelantan di perantauan, hari ini berharap agar Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hak dan kuasa baginda berhubung kemelut yang berlaku sekarang.
"Kami memohon ampuni perkenan YMM Pemangku Raja Kelantan yang mempunyai kuasa seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Perlembagan negeri Kelantan supaya memastikan negeri Kelantan berada dalam keadaan harmoni," kata Presidennya Datuk Dr Noordin Ab Razak dalam satu kenyataan.
Katanya Pakatan melahirkan kebimbangan berhubung keadaan kesihatan Sultan Kelantan dan keutuhan institusi Kesultanan Kelantan berikutan penyiaran kenyataan-kenyataan yang mengelirukan di media dan internet.
Sehubungan itu, Dr Noordin berharap agar Pemangku Raja Kelantan mengambil tindakan termasuklah memastikan kesihatan Sultan Kelantan terjaga dan diberi rawatan sewajarnya oleh doktor-doktor pakar.
"Melantik panel doktor pakar supaya membuat pemeriksaan lanjut ke atas KDYMM Al-Sultan dan membuat laporan tepat mengenai status keadaan KDYMM Al-Sultan supaya kami tidak tertanya-tanya akan keadaan sebenar tahap kesihatan KDYMM Al-Sultan," katanya.
Sambil melahirkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Sultan Kelantan dan Pemangku Raja Kelantan, Dr Noordin berkata tindakan tegas oleh Pemangku Raja adalah perlu untuk menegakkan perlembagaan dan undang-undang bagi menghentikan kemelut yang berlaku supaya perlembagaan dan undang-undang Tubuh Negeri Kelantan terus dihormati.  mstar
Read More - Krisis Istana Kelantan: PAKATAN Mahu Pemangku Raja Ambil Tindakan Wajar

UMT Runtuh :: Gempa Bumi Kecil Di Gong Badak, Terengganu?

Oh! Krai Utara

Share
Gambar Bencana Sekitar Kejadian Runtuhan UMT Terengganu




Sumber gambar : Zulkefli



Lepas satu satu yang runtuh di negeri Terengganu. Selepas runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan beberapa lagi kejadian yang menuruti selepas itu, petang tadi pada kira-kira pukul 5 petang satu lagi keruntuhan berlaku. Kejadian kali ini di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).MStar melaporkan seorang pekerja binaan maut dan tujuh lagi cedera apabila bumbung sebuah bangunan milik UMT yang sedang dalam
pembinaan runtuh lalu menghempap mereka petang tadi.
Buruh binaan yang meninggal dunia itu dipercayai pekerja dari Bangladesh. Dua lagi pekerja juga dari Bangladesh dikatakan parah.
Kejadian pada jam 5.10 petang itu berlaku ketika hujan lebat.Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu adalah untuk Institut Oseanografi UMT.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah bergegas ke tempat kejadian yang terletak di Gong Badak tidak jauh dari sini sebaik sahaja mendapat berita mengenainya.

Dan ketika kejadian berlaku, Naib Canselor Profesor Datuk Aziz Deraman tidak ada di dalam negara. Jawatannya dipangku oleh Prof Yahya Ibrahim iaitu timbalan naib canselor (hal ehwal pelajar).Greenboc
Read More - UMT Runtuh :: Gempa Bumi Kecil Di Gong Badak, Terengganu?

Aku Paman, Kau Pak Cik

Oh! Krai Utara

Share

Amjad Danial bin Aswad Haykal.
Atas wazan yang sama supaya bunyi berima dengan bapaknya.

Cucu sulung yang lama dinanti-nantikan orang. Anak sulung atau cucu sulung memang paling disayangi kerana mereka yang pertama. Sampai nanti ada kawan-kawan lama atau saudara-saudara yang jarang jumpa bertanya, "Aswad ke ni? Amjad ke ni?" Walaupun yang ditanya ialah adiknya yang kedua atau sepupunya.

Tenung lama-lama gambar ini. Anak Aswad? Senyum sendiri. Tenung lama-lama gambar ini. Setakat ini rambutnya belum kerinting lagi. Tenung lama-lama gambar ini. Hmmm, mulutnya macam Andrei Arshavin. Insya Allah bakal menyambung perjuangan Arsenal nanti

komen:
kau paman? aku pak cik hu3 ni aku kopi and paste dari blog spupu aku comel tak anak sepupu gua hu3 
Read More - Aku Paman, Kau Pak Cik

Oh Artis: Amber Chia Berkahwin Secara Rahsia; Identiti Suami Masih Misteri

Oh! Krai Utara

Share

BERITA PANAS! Supermodel Malaysia paling popular Amber Chia telah berkahwin di sebuah tempat peranginan eksotik di pulau Bali minggu lalu tetapi sehingga ke hari ini masih merahsiakan identiti suaminya.
Malah setiap gambar perkahwinan yang dirakamkan oleh jurukamera khas yang diupah oleh pasangan ini dan diedarkan kepada media massa 'menyembunyikan wajah' suaminya itu.
Amber, 28, juga telah menghantar mesej melalui tweeter kepada para sahabat dan juga kenalan medianya bahawa dia telahpun selamat melangsungkan perkahwinan dengan teman lelaki yang dikenalinya selama satu setengah tahun.
“Terima kasih di atas tanda ingatan dan juga ucapan tahniah yang dikirimkan kepada saya,” kata Amber di laman Facebooknya.
Dalam pada itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi publisitinya, Orchan Consulting Asia memaklumkan bahawa pasangan itu telah melangsungkan perkahwinan mereka di Diwangkara Holiday Villa Resort Bali, Indonesia, Khamis lalu dan hanya disaksikan oleh 40 orang tetamu jemputan khas yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak sahaja.
Turut hadir ialah selebriti seperti hos rancangan televisyen Daphne Iking, violinis Dennis Lau dan guru catwalk Benjamin Toong. read moooore
Read More - Oh Artis: Amber Chia Berkahwin Secara Rahsia; Identiti Suami Masih Misteri

Krisis Istana Kelantan::Sepupu Sultan Kelantan Dilantik Anggota Majlis Perajaan Negeri

Oh! Krai Utara

Share

KOTA BAHARU: Sepupu Sultan Kelantan, Kapten Datuk Tengku Ahmad Farizanudean Khairi dilantik sebagai anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN).
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini berkata pelantikan Tengku Ahmad Farizanudean, 47, dibuat dalam satu majlis di Istana Telipot, semalam.
Katanya Tengku Ahmad Farizanuddin, seorang juruterbang Malaysian Airlines (MAS) akan menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK) kelas pertama yang membawa gelaran Datuk daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, esok. Abdul Halim berkata dengan pelantikan itu, keanggotaan MPN, yang dipengerusikan Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim (Tengku Laksamana Kelantan) kini adalah 18 orang.
Tengku Abdul Halim ialah datuk saudara kepada Pemangku Raja Kelantan. -BERNAMA
Read More - Krisis Istana Kelantan::Sepupu Sultan Kelantan Dilantik Anggota Majlis Perajaan Negeri

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...