Oh Artis: Amber Chia Berkahwin Secara Rahsia; Identiti Suami Masih Misteri

Oh! Krai Utara

Share
BERITA PANAS! Supermodel Malaysia paling popular Amber Chia telah berkahwin di sebuah tempat peranginan eksotik di pulau Bali minggu lalu tetapi sehingga ke hari ini masih merahsiakan identiti suaminya.
Malah setiap gambar perkahwinan yang dirakamkan oleh jurukamera khas yang diupah oleh pasangan ini dan diedarkan kepada media massa 'menyembunyikan wajah' suaminya itu.
Amber, 28, juga telah menghantar mesej melalui tweeter kepada para sahabat dan juga kenalan medianya bahawa dia telahpun selamat melangsungkan perkahwinan dengan teman lelaki yang dikenalinya selama satu setengah tahun.
“Terima kasih di atas tanda ingatan dan juga ucapan tahniah yang dikirimkan kepada saya,” kata Amber di laman Facebooknya.
Dalam pada itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi publisitinya, Orchan Consulting Asia memaklumkan bahawa pasangan itu telah melangsungkan perkahwinan mereka di Diwangkara Holiday Villa Resort Bali, Indonesia, Khamis lalu dan hanya disaksikan oleh 40 orang tetamu jemputan khas yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak sahaja.
Turut hadir ialah selebriti seperti hos rancangan televisyen Daphne Iking, violinis Dennis Lau dan guru catwalk Benjamin Toong. read moooore

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...