Letupan Dalam Kereta Api di Moscow: 3 Pelajar M'sia Hampir Maut

Oh! Krai Utara

Share

MOSCOW: Tiga orang pelajar perubatan Malaysia di sini terselamat dari maut apabila kereta api yang mereka naiki meletup dan mengorbankan sekurang-kurangnya 37 orang.
Salah seorang daripada pelajar Malaysia itu terbakar pada bahagian rambut apabila gerabak yang dia naiki meletup sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pintu.
Pihak berkuasa tempatan berkata, para saksi melihat
sekurang-kurangnya dua orang wanita yang dipercayai pengganas telah meletupkan diri mereka dalam sebuah kereta api metro yang sarat dengan penumpang.
Dan Perdana Menteri, Vladimir Putin yang juga bekas presiden Rusia mengisytiharkan perang keatas pihak pengganas yang bertanggungjawab itu.
Ini adalah serangan pengganas yang terburuk di ibu kota Rusia sejak enam tahun lalu. Enam puluh lima lagi penumpang dilaporkan tercedera.
Ketua Agensi Perisikan Persekutuan Rusia (FSB), Alexander Bortnikov dipetik sebagai berkata, bom berkenaan diisi dengan batang besi dan juga punat skru.
Beliau dengan segera mengaitkan kejadian itu dengan pergolakan di Utara Caucasus, iaitu wilayah yang didiami oleh etnik Chechen dan tidak pernah menghentikan perjuangan menuntut kemerdekaan daripada Rusia sejak terpecahnya Kesatuan Soviet.
Putin menjadi popular pada tahun 1999 apabila beliau melancarkan perang ke atas puak pemisah Chechen dan menawan ibukota wilayah itu Grozny.
Para pemimpin Rusia khuatir kehilangan wilayah Chechen hanya akan menjejaskan laluan transit tenaga seperti minyak dan gas ke tangan puak pemisah dan lebih buruk dari itu akan mendorong puak-puak pemisah lain yang majoritinya beragama Islam bangun menuntut kemerdekaan.
Kembali kepada kejadian pagi tadi, letupan yang pertama berlau pada lebih kurang jam 8 pagi waktu Moscow dan memusnahkan gerabak kedua kereta api metro yang berhenti di Stesen Lubyanka - yang terletak berdekatan dengan Ibu Pejabat FSB. Letupan di stesen itu mengorbankan 23 orang.
lebih kurang 40 minit kemudian, satu lagi letupan mengegarkan sebuah lagi kereta api metro yang sedang berhenti di Stesen Taman Kultury yang bertentangan dengan Taman Gorky yang popular - mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang lagi.
"keadaannya sungguh menakutkan...saya nampak mayat mangsa yang terbunuh di atas lantai," kata Valentin Popov, pelajar berusia 19 tahun yang turut berada di dalam kereta api yang meletup di Stesen Taman Kultury kepada agensi berita Reuters.
FSB telahpun menyerahkan laporan awal kejadian kepada Presiden Dmitry Medvedev dan segera mengaitkan mayat dua suspek yang meletupkan diri mereka dengan wilayah bergolak di Caucasus.
Anggota badan kedua-dua suspek wanita itu telahpun ditemui oleh pihak berkuasa.
Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Moscow telahpun menghantar profil tiga pelajar Malaysia yang terlibat kepada Wisma Putra dan keluarga mereka telah dihubungi. photo courtesy -AP/ Life News
Read More - Letupan Dalam Kereta Api di Moscow: 3 Pelajar M'sia Hampir Maut

Oh Artis : BENJY tidak mengaku salah memiliki 0.24 gram syabu

Oh! Krai Utara

Share

http://www.bharian.com.my/articles/Benjyditahansemulaselepas2jamdibebas/pix_gal0
BENJY yang tidak mengaku salah atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu terpinga-pinga ketika ditahan semula di luar pejabat kaunter pembayaran jaminan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. Di belakang, kelihatan Azean cuba mendapatkan penjelasan penahanan semula Benjy daripada seorang anggota polis.



KUALA LUMPUR: Tidak sampai dua jam selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000, pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, ditahan semula untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1952).


Dia yang sebelum itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu, ditahan polis di luar pejabat kaunter pembayaran jaminan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sejurus selepas ibunya, Azean Irdawaty, selesai membayar ikat jamin itu pada 2.50 petang semalam.


Benjy kelihatan terpinga-pinga dan sempat bersalaman dengan ibunya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Penahanan semula Benjy turut mengejutkan Azean dan suaminya, Khairil Anwar, manakala adik pelakon itu, Elza Irdalyna menangis sambil menjerit ke arah polis sebelum dipujuk peguam bela, Sharon Khoo.


Terdahulu, Benjy yang diwakili peguam Amer Hamzah Arshad, didakwa di mahkamah pada jam 12.20 tengah hari, atas tuduhan memiliki syabu di rumah beralamat A-6-5 Menara Duta 2 Jalan 1/38B, Jalan Segambut di sini pada jam 4 petang, 11 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Suhaima Mohd Noor pada awalnya menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin tetapi Amer Hamzah memohon supaya ikat jamin itu dikurangkan sehingga RM1,000 dengan alasan anak guamnya tidak akan melarikan diri.


Majistret Hafizza Sauni bagaimanapun memerintahkan Benjy diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Rakan wanita Benjy berusia 23 tahun yang ditahan dan direman bersamanya pula dibebaskan dengan jaminan polis.

Azean ketika ditemui pemberita, berkata beliau terkejut dengan insiden itu dan kecewa dengan layanan polis yang didakwa tidak menjelaskan lebih terperinci berhubung penahanan semula anaknya.

“Kak Yan tanya beberapa kali kepada polis yang tahan Benjy kenapa dia ditahan semula tetapi seorang pun tidak menjawab. Kak Yan ibunya dan sedang sakit. Tidak bolehkah mereka beritahu elok-elok. Buat secara profesional,” katanya.

Azean turut kesal kerana sejak anaknya ditahan reman 14 hari bermula 11 Mac lalu, beliau dan peguamnya gagal menemui Benjy dan hanya kelmarin sempat menemuinya untuk berbincang mengenai kes yang dihadapi.
Mengenai isteri Benjy, Azean berkata, beliau tidak membenarkan menantunya datang ke mahkamah kerana masih trauma dengan kejadian itu. Turut hadir memberi sokongan kepada Benjy ialah pelakon Elie Suriatie.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bandaraya, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang ketika dihubungi berkata, Benjy ditahan sekali lagi apabila siasatan polis mendapati pelakon itu terbabit dengan aktiviti memproses, mengedar dan menjual dadah jenis kokain dan syabu di sekitar Lembah Klang.
“Laporan penuh berhubung siasatan itu akan dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan susulan termasuk ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak selama dua tahun.

“Dia ditahan berdasarkan kepada bahan yang ditemui di rumah sewanya di sebuah kondominium mewah di Kepong termasuk peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah berkenaan, dua minggu lalu” katanya

Read More - Oh Artis : BENJY tidak mengaku salah memiliki 0.24 gram syabu

YDP Pas Kuala Krai ketuai Lawatan Ke Kerajaan Kedah Sejahtera

Oh! Krai Utara

Share
Minggu lepas, Hari khamis satu rombongan dari Parlimen  Kuala Krai telah membuat lawatan sambil belajar yang terdiri dari ahli JHET ( Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah) Kuala Krai, kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai serta penghulu dalam parlimen kuala krai ke kedah.


kiri YB Fauzi Abdullah (Abe Uji- ADUN Manek Urai), YB Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman bergambar dengan exco Kerajaan Negeri Kedah di kediaman rasmi MB Kedah, Sri Mentaloon


Rombongan bergambar ramai-ramai bersama wakil kerajaan Kedah Sejahtera


Peserta Rombongan sedang mendengar taklimat daripada jabatan pertanian negeri kedah di ladang pertanian komersial  negeri di kg sungai keladi , daerah kuala muda  



Ni pon masih lagi dalam taklimat, buat-buat minat jee yang baju kuning tu penghulu wakil kaum cina, terkenal dengan nama Mek Som. Belakang dia, Penghulu Tanpa Mukim, Encik Mahussin atau kito panggil dia Lu Hu Sin...

depa kata
"Best betoi laaa layanan masyarakat Kedah, dah lah sealiran, depa orang kedah mesra dan peramah betoi laa..tapi ruginya tak dapat jumpa mata ngan ustaz Azizan, dia siboklaa no"

Read More - YDP Pas Kuala Krai ketuai Lawatan Ke Kerajaan Kedah Sejahtera

Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz

Oh! Krai Utara

Share
Harakahdaily


KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi
Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."

Berikut adalah kenyataan penuh beliau
Read More - Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz

AJK UMNO ditangkap khalwat, Rendahhya Moral Pimpinan BN

Oh! Krai Utara

Share

TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin. 

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat. 

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan. 

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban. 

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan. 

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya. 

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain. 

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan. 

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat. 

“Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.
Read More - AJK UMNO ditangkap khalwat, Rendahhya Moral Pimpinan BN

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...