Soi Lek dipercayai dahului saingan presiden MCA

Oh! Krai Utara

Share
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipercayai mendahului persaingan kerusi presiden MCA meskipun undi bagi jawatan nombor satu hanya akan dikira selepas pukul 5 petang.

Petunjuk awal menunjukkan Dr Chua berada di depan dengan 1,000 undi dan disusuli dengan penyandang jawatan Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.

Bagaimanapun tiada pengesahan memandangkan proses mengira bagi jawatan-jawatan lain masih berterusan.

“Daripada apa yang disebutkan, Dr Chua memperoleh 1,085 undi manakala Tee Keat memperoleh sekitar 600 undi manakala baki untuk Ka Ting,” kata seorang anggota parti kepada The Malaysian Insider.

Jika petunjuk itu benar bermakna kerjaya politik Dr Chua kembali ’segar’ buat kali kedua walaupun dilanda skandal seks akhir 2007.

“Bagi Ka Ting, ia bukan jalan mudah untuk beliau mendapatkan sokongan perwakilan selepas secara tiba-tiba membuat kemunculan semula,” katanya.

Proses mengira undi dijangka mengambil beberapa jam lagi dan menurut pengerusi jawatankuasa pemandu pemilihan Datuk Wong Foon Meng, keputusan paling awal hanya akan diketahui kira-kira 7 petang.

Pengiraan undi bermula pukul 2 petang selepas seramai 2,315 daripada 2,318 perwakilan yang mendaftar membuang undi.

Menurut pegawai-pegawai MCA, tiga perwakilan tidak mengambil kertas undi mereka.
Mesyuarat agung tahunan khas ditangguhkan kira-kira 12.30 tengah hari oleh Speaker Datuk Yik Phooi Hoong.

Seramai 101 calon bertanding merebut 31 jawatan jawatankuasa pusat MCA.

Pemilihan ini diadakan selepas 21 anggota jawatankuasa pusat meletakkan jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Tee Keat.

Tee Keat yang merupakan Menteri Pengangkutan dipilih pada 2008 selepas Ka Ting melepaskan lawatan ekoran kekalahan dalam pilihan raya umum Mac 2008.
Read More - Soi Lek dipercayai dahului saingan presiden MCA

Pemilihan MCA: Keputusan Dijangka Jam 7 Malam

Oh! Krai Utara

Share

Keputusan rasmi pemilihan semula pucuk pimpinan MCA dijangka akan diketahui pada jam 7 malam ini.
Bagaimanapun, ramai yang berpendapat sekitar jam 5.30 petang, berita mengenai keputusan tidak rasmi akan mula tersebar.
Menurut seorang pegawai urusetia pemilihan parti, sejumlah 2,315 perwakilan atau 97% daripada 2,377 perwakilan telah mengundi sehingga jam 12 tengah hari tadi.
Kehadiran para perwakilan ke persidangan MCA ini adalah yang tertinggi dalam sejarah parti itu.
Malah jumlah calon yang bertanding juga paling tinggi dalam sejarah pemilihan MCA itu 101 calon bersaing untuk 31 jawatan termasuk tiga calon menawarkan diri untuk kerusi presiden, dua timbalan presiden dan 10 calon menawarkan diri untuk empat jawatan naib presiden.  -mstar
Read More - Pemilihan MCA: Keputusan Dijangka Jam 7 Malam

Terkini: Proses Pengundian Pemilihan MCA

Oh! Krai Utara

Share
Sejumlah 2,318 perwakilan MCA mula mengundi bagi 31 jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, timbalan dan naib presiden di ibupejabat parti itu hari ini.
1.53pm: Petugas MCA telah mengira 2,315 undi. Tiga perwakilan tidak mengambil kertas undi.

1.20pm: Pengiraan bermula. Semua ejen dan pengawas pemilihan dilarang bawa telefon bimbit ke dalam dewan.
Read More - Terkini: Proses Pengundian Pemilihan MCA

Proses Pengundian Pemilihan MCA Ditutup

Oh! Krai Utara

Share

KUALA LUMPUR: Proses pengundian dalam pemilihan MCA hari ini berakhir dan kiraan kertas undi dijangka bermula 1 tengah hari.
Sejumlah 2,318 atau 97.5 peratus daripada 2,377 perwakilan yang layak mengundi mendaftar bagi pemilihan itu.
Pengundian di Dewan San Choon untuk memilih presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 25 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) yang bermula 10.45 pagi berjalan lancar dan dikawal ketat.
Keputusan pemilihan dijangka diketahui seawal 7 malam.
BERITA TERDAHULU
Proses Pembuangan Undi Bagi Pemilihan Semula MCA Bermula
PETALING JAYA: Lebih 97 peratus daripada 2,377 perwakilan telah mendaftar untuk mengundi dalam pemilihan semula MCA di Dewan San Choon semasa pendaftaran ditutup pada 10.30 pagi.
Speaker Datuk Yik Phooi Hong berkata, 2,316 (atau 97.43 peratus) daripada sebanyak 2,377 perwakilan pusat telah mendaftar sebagai pengundi.
Beliau mengumumkan proses pembuangan undi bermula.
11.10 pagi: Ka Ting meninggalkan dewan selepas membuang undi. Beliau akan kembali mendengar keputusan pemilihan parti nanti.
BERITA TERDAHULU
KUALA LUMPUR: Debaran dan penentuan berhubung barisan kepimpinan baru MCA akan terjawab hari ini apabila pemilihan semula parti itu diadakan di Wisma MCA di sini.
Pemilihan yang bakal dibuat oleh 2,377 anggota perwakilan pada pemilihan semula itu akan menentukan calon manakah yang akan memimpin parti itu untuk tempoh lebih kurang setahun setengah sahaja lagi.
Bagi anggota perwakilan, ini kali ketiga mereka membuat pemilihan sejak pemilihan MCA pada 18 Oktober 2008.
Pada pemilihan kali kedua 10 Oktober tahun lepas, mereka membuat keputusan mengejutkan melalui tiga resolusi, yang merintis jalan kepada pemilihan semula esok.
Pemilihan kali ini juga melibatkan 101 calon - yang terbesar dalam sejarah parti itu.
Kecuali bagi jawatan timbalan presiden yang kelihatan seperti hampir tiada kempen, para calon bagi jawatan lain nampaknya terpaksa berhempas pulas bagi menonjolkan diri.
Pemilihan bagi jawatan presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang jawatan Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas timbalan beliau Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.
Datuk Seri Kong Cho Ha dan Datuk Seri Liow Tiong Lai pula bertanding bagi jawatan kedua tertinggi, manakala 10 calon lagi berentap merebut empat kerusi naib presiden.
Sebanyak 86 calon pula mencuba nasib untuk merebut jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Pusat (CC).
Keputusan pemilihan akan diketahui selewat-lewatnya pada jam 7 malam. - BERNAMA
Read More - Proses Pengundian Pemilihan MCA Ditutup

Umno dalam dilema

Oh! Krai Utara

Share
Anak Sengat


Umno sekali lagi diuji, kali ini dengan MIC. Sejauhmana Umno yang dilihat cuba menjelma dengan istilah dan topeng juara melayu mampu merampas kembali Hulu Selangor.

MCA memang tak peduli kerana sibuk dengan AGM nya. MIC dari awal telah menamakan calonnya kerana takut dirampas Umno.

PKR hampir pasti mengekalkan calonnya dari kalangan melayu. Sebelum inipun calonnya ialah melayu. Nama seperti Zaid Ibrahim dan Badrul Amin sangat dinanti untuk menggerunkan Umno.


Jika Umno melatakkan calon melayu...Umno sedikit ada kelegaan kerana isu melayu tak akan berkemundang di sana.

Jika MIC yang bertanding di situ, Umno tak perlu berkempen kerana ternyata Umno mengkhianati pengundi Melayu.

Umno sangat tahu dan faham,peluang menang hanya akan wujud jika calon melayu diletakkan di situ.

Umno terpaksa bertahan dengan asakan MIC. Kita tengok benarkah Umno yang selama ini bersuara jantan dalam mempertahankan hak melayu kononnya.

PERKASA yang baru beranak tentunya akan membantu Umno.Jika tidak PERKASA hanya akan jadi penonton panas punggong saje.

Muhyidin dilihat memberi reaksi kecenderungan Umno, namun Najib masih bisu dalam isu ini.

Nampaknya Umno terpaksa berdepan satu lagi jerangkap yang boleh mematahkan tongkat kaum India atau mengecewakan melayu.

Umno dalam dilema!
Read More - Umno dalam dilema

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...