Anwar Not A Jewish Agent - Azmin Ali

Oh! Krai Utara

Share

From The Edge
By Chan Kok Leong
KUALA LUMPUR: The opposition does not use Zionist communications consultants to attract support, Gombak MP Azmin Ali said on Wednesday, March 24.

Defending Opposition Leader and PKR de facto head Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh-PKR) against an attack by Khairy Jamaluddin (Rembau-BN) last week, Azmin said that Anwar was not a Jewish agent.
During the debate on the royal address last Wednesday, Khairy had questioned Anwar on his relationship with former US ambassador to Indonesia Paul Wolfowitz.
“While it’s true that the Permatang Pauh MP has known Wolfowitz for a long time, their relationship has not reduced Anwar’s Malayness or his faith,” Azmin, a PKR vice-president, said in the Dewan Rakyat on Wednesday.
“In fact, Anwar has always used his relationship to give his frank views to Washington,” he added.
Referring to a meeting between Anwar and Wolfowitz five years ago, Azmin said the PKR adviser did not agree with the US invasion of Iraq and asked them to withdraw their troops immediately.
“Anwar told him that more Muslims were killed during the invasion than during Saddam Hussein’s reign,” said Azmin, who said he was present during the meeting.
“This was different from the then Organisation of the Islamic Conference (OIC) president and Umno president Tun Abdullah Ahmad Badawi’s cordial meeting with the then US president George W Bush on Sept 18, 2006,” he said.
According to Azmin, Anwar had asked the US government to remove renowned Islamic scholar Dr Shaikh Yusuf Qardhawi’s name from their terrorist blacklist.
“Anwar also requested the US to share the tsunami fund, which stood at around US$2 billion (RM6.64 billion), with Islamic religious schools in Aceh and not keep it only for secular schools.”
Anwar had alleged in the Dewan Rakyat that the public relations company, Apco, that was engaged by the government had Israeli links.
The former deputy prime minister claimed that several members of the company’s International Advisory Council board had been former Israeli officials. Among them are former Israeli ambassador to the US Itamar Rabinovich.
The opposition leader also suggested that the prime minister’s 1Malaysia campaign was coined after Israel’s One Israel campaign in the Eighties.
Anwar said he will explain the allegations in the Dewan Rakyat next Tuesday.
Read More - Anwar Not A Jewish Agent - Azmin Ali

Ahli Parlimen DAP Minta Kerajaan Umno BN Kawal Cabutan Khas Judi

Oh! Krai Utara

Share


KUALA LUMPUR 24 MAC: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak didesak mengawal cabutan khas atau ‘special draw’ yang diluluskan kepada enam syarikat pemilik lesen perjudian di negara ini.

Tindakan meningkatkan cabutan khas dari dua kali seminggu kepada tiga kali seminggu hanya taktik kerajaan untuk meningkatkan cukai judi bagi menampung perbelanjaan negara.

Pendirian itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, beliau membangkitkan isu berkenaan ketika mencelah perbahasan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismaik yang membahaskan isu judi.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyifatkan perjudian langsung tidak membawa sebarang manfaat, malah hasil judi juga tidak membawa sebarang keberkatan, khususnya kepada umat Islam.

Saifuddin turut mempersoal kesahihan dakwaan Ahli Parlimen Bebas yang mesra Umno-BN, Ibrahim Ali turut diberi lesen perjudian Ascot Sports untuk tempoh 20 tahun, melibatkan lumba kuda, bola sepak dan sebagainya.

Mengikut taksiran Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 1983), perjudian adalah permainan yang berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagi pertaruhan wang atau barang ganti wang.TVS

Read More - Ahli Parlimen DAP Minta Kerajaan Umno BN Kawal Cabutan Khas Judi

Bawa Pembacuh Kopi Menghadap Yusuf Qardhawi - Kerja Baik Yang Bodoh

Oh! Krai Utara

Share
SEORANG wakil rakyat bebas tetapi menyokong UBN di parlimen mencadangkan supaya si pembacuh kopi yang menyebabkan Anwar Ibrahim didakwa atas tuduhan liwat supaya berjumpa degan ulama Yusuf Qardhawi. Kata ahli parlimen itu si pembacuh kopi itu perlu berjumpa dengan Yusuf kerana beliau tidak mendapat penjelasan dan fakta berhubung kes liwat.

Tambah ahli parlimen bebas itu lagi, bila berjumpa nanti si pembacuh kopi boleh menjelaskan kedudukan sebenarnya kepada Yusuf. Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan mengaturkan pertemuan berkenaan.

Saya menyokong atas cadangan itu untuk mencari keadilan dan kebenaran. Tetapi soalnya apakah perlu sampai kerajaan mengatur pertemuan itu? Kita sudah ada NGO Melayu bernama Perkasa yang memperjuangkan hak-hak bumiputera. Adalah baik kalau NGO ini yang mengambil inisiatif mengaturkannya. Atau pun presidennya takut untuk berjumpa degan Yusuf kerana Yusuff sudah lama menghidup bau mulutnya?

Lagipun presiden NGO berkenaan yang nampak beriya dan tergila-gila hendak membela si pembacuh kopi itu. Kerajaan masih ada banyak perkara lain yang lebih besar. Jangan membazir wang rakyat dengan mengaturkan pertemuan yang sia-sia itu. Dalam hal ini si pembacuh kopi boleh cari wang sendiri atau pun minta parti komponen mengumpul wang untuk pergi jumpa Yusuf.

Pada saya ia tidak akan menyelesaikan masalah dan kebenaran yang diharapkan itu tidak akan tercapai. Yusuf Qardhawi bukan boleh dicucuk hidung oleh sesiapa. Kenapa saya kata ia tidak memberi kesan kerana bila berdepan dengan Yusuf Qardhawi nanti beliau tidak akan mempercayai begitu saja penjelasan si pembacuh kopi itu.

Apa yang akan ditanya oleh Yusuf ialah mana empat orang saksi yang melihat kamu diliwat oleh Anwar. Yusuf tidak akan minta ujian pemeriksnaan dokotr ataupun kapas yang dicalit ke jubir si pembacuh kopi. Bagi Yusuf itu bukan persaksian yang sah.

Dalam Islam saksi adalah penting. Kehadiran saksi adalah wajib. Kalau pun misalnya Presiden Perkasa diliwat lembu atau kerbau, sampai mani kerbau ada dalam perut tetapi kalau tidak ada skasi kerbau atau lembu itu tidak boleh disabitkan. Tanpa saksi ia boleh diragui. Kalau setakat mani ada dalam perut ia boleh ditolak kerana dengan pelagai kemudahan dan kecanggihan dunia hari ini mani boleh dimasukkan ke dalam perut sesiapa pun tanpa batang celak di masukkan ke dalam tumbulnya.

Sebab itulah mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu tidak boleh menerima sebegitu saja permohonan cerai talaq tiga Sultan Kelantan ke atas isteri keduanya Elina Suhana, melainkan ianya ada bukti yang nyata dan jelas.

Islam bukan pertubuhan politik atau pun NGO seperti Perkasa yang boleh bertukar bulu dan roma mengikut keadaan. Islam adalah mutlak dan hukumnya tidak boleh berganjak. Sifatnya qadim. Bukan bermakna apabila sudah ada penemuan baru, kaedah baru apa yang disebut Quran itu termasuh dengan sendirinya.

Islam ada prinsip yang jelas. Ada konsep dan dasar yang jelas. Islam bukan seperti orang politik yang boleh menipu dan kelentung rakyat sepanjang hari. Hari ini begini esok begitu. Hari ini cium punggung orang ini esok pula cium mulut orang ini. Tidak begitu. Orang Islam pula berhaus dahi kerana sujud kepada Allah tetapi orang politik sampai haus hidup kerana cium punggung untuk membodek.

Kalau kita tidak faham Islam dan tidak reti mengenai hukum hakam dan jahil murakat mengenali falsafahnya usahlah kita cuba-cuba bercakap menggunakan nama Islam. Islam bukan alat kosmetik untuk memperindahkan diri. Membawa si pembacuh kopi berjumpa dengan Qardhawi kalau menurut seperti mana disarankan ahli parlimen itu samalah kerja membawa keldai untuk memanjat pokok kelapa.

Yang patut dibawa ke pokok kelapa bukan keldai tetapi beruk atau kera. Katak pun tak boleh kerana ia jenis melompat! [wm.kl. 10:00 am 23/03/10] -source
Read More - Bawa Pembacuh Kopi Menghadap Yusuf Qardhawi - Kerja Baik Yang Bodoh

Tuanku Sultan Kelantan Masih Gering: Pemangku Raja

Oh! Krai Utara

Share
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Ismail Yahya Petra masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan, demikian menurut anakanda baginda yang juga Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Tengku Muhammad Faris Petra bertitah bahawa, mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, Baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang DiPertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.

Dalam satu titah yang disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pada satu sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini hari ini, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang telah dilantik adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai.

"Kita telah menitahkan panel doktor-doktor pakar yang telah dilantik untuk membuat pemeriksaan kesihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dan mengangkat maklum kepada kita dalam tempoh secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang kekeliruan," titah Tengku Muhammad Faris Petra.

Baginda juga bahawa bertitah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Jan lepas, isu mengenai kesultanan Kelantan hendaklah diputuskan oleh Majlis Perajaan Negeri dan bukannya oleh mana-mana individu di luar majlis berkenaan.

"Sehingga Majlis Perajaan Negeri bersidang dan membuat keputusan mengenai perkara tersebut, kita selaku Pemangku Raja Kelantan tetap kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan dan akan terus menjalankan fungsi-fungsi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan mengikut perlembagaan negeri," titah baginda. - BERNAMA
Read More - Tuanku Sultan Kelantan Masih Gering: Pemangku Raja

Kami Kecewa Dengan PAS, Tapi kami bersama Tok Guru! - Kaum India

Oh! Krai Utara

Share
Kelab penyokong kecewa sikap Pas Kota Bharu


KUALA KRAI - Kelab Penyokong Pas Kuala Krai semalam melahirkan rasa kecewa dengan tindakan individu tertentu dalam Pas kawasan Kota Bharu yang didakwa cuba menggagalkan pelantikan Musa Amin, 51, sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) bagi mewakili masyarakat India di kawasan itu. 



Wakil kelab, J. Jaya Murugan berkata, rata-rata anggota kelab juga tidak berpuas hati dengan alasan kepimpinan Pas Kota Bahru berhubung penangguhan majlis angkat sumpah Musa sebagai Ahli Majlis MPKB bagi penggal 2010 pada 7 Januari lalu. 

“Jika dikatakan Ahli Majlis memerlukan banyak peringkat sebelum pengesahan jawatan, kenapa dia (Musa) seorang sahaja yang perlu menunggu sehingga lebih dua bulan sebelum me-ngangkat sumpah walaupun pemilihannya sebagai Ahli Majlis sudah disahkan dalam mesyuarat Pas kawasan Kota Bharu. 

“Dalam hal ini, kami berpendapat ada pihak tertentu dalam kepimpinan Pas kawasan itu (Kota Bharu) yang tidak berpuas hati secara peribadi dengan Musa dan sengaja ingin menggagalkan pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis MPKB,” katanya. 

Jaya Murugan berkata, perbuatan individu terbabit yang cuba mengaibkan Musa dengan mengeluarkan namanya daripada senarai Ahli Majlis juga dilihat sebagai cubaan untuk memalukan masyarakat India di Kota Bharu khususnya dan seluruh negeri ini amnya. 

Ini kerana katanya, Musa selaku wakil kaum India menerusi pelantikannya sebagai Ahli Majlis MPKB telah banyak berjasa kepada kaum itu bukan sahaja di Kota Bharu tetapi juga masyarakat India di daerah lain di negeri ini. 

“Beliau (Musa) pada bila-bila masa sanggup turun padang untuk menyelesaikan masalah berkaitan kaum India terutama di kawasan Kota Bharu,” kata Jaya Murugan yang turut ditemani tiga anggota Kelab Penyokong Pas Kuala Krai. 

Sementara itu, Jaya Murugan berkata, anggota ke-lab juga amat berterima kasih dan menghargai Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyokong dan mengesahkan pelantikan Musa sebagai Ahli Majlis MPKB dan wakil masya-rakat India. 

“Kami akan sentiasa menyokong kepimpinan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tetapi pada masa sama berharap kejadian menimpa Musa tidak berulang pada masa depan dan meminta kepimpinan atasan memberi perhatian serius ke atas apa yang berlaku kepada wakil kaum kami,” katanya.-SH
Read More - Kami Kecewa Dengan PAS, Tapi kami bersama Tok Guru! - Kaum India

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...