Ibrahim Ali (Bapak Pelompat Sedunia) Nasihat Saiful Jumpa Bapa Ulama' Sedunia

Oh! Krai Utara

Share

salam,
Sesuai dah orang yang terkenal dengan sifat tidak amanah tolong nasihatkan saudaranya sekapal dengannya,
Ibrahim Ali Cadang Saiful Jumpa Yusuf Al-Qaradhawi
Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali semalam mencadangkan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertemu dengan Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Yusuf Al-Qaradhawi untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dalam kes liwat tersebut.
Menurutnya, perjumpaan itu perlu diadakan segera kerana pembangkang telah bertindak mengedarkan rakaman yang mengadungi fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang itu.
“Pembangkang sengaja mencipta satu persepsi bahawa ketua pembangkang dizalimi, kononnya ini satu konspirasi kedua oleh kerajaan,” katanya ketika membahaskan usul titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini semalam. baca lagi 



Read More - Ibrahim Ali (Bapak Pelompat Sedunia) Nasihat Saiful Jumpa Bapa Ulama' Sedunia

Ingatkah Kita : Sejarah Rampasan Kuasa BN (1977) | KRAI Utara

Oh! Krai Utara

Share

Demostrasi jadian di Kelantan 1978 untuk gulingkan PAS Kelantan
Demostrasi jadian yang ditaja oleh UMNO di Kelantan 1977 untuk gulingkan PAS Kelantan
Does Ibrahim Ali (hanging the speaker) still remember his photo  with Dato' Muhammad Nasir?
Does Ibrahim Ali (hanging the speaker) still remember his photo with Dato' Muhammad Nasir?
According to Ustaz Salahuddin Abdullah:


Mengikut catatan penulis dalam buku Harian tahun 1977, sebaik saja selesai sidang DUN pada hari Sabtu 15hb.Oktober 1977, penulis telah dihantar balik ke rumah di Jalan Yaakubiah oleh beberapa orang anggota polis dengan menggunakan kereta Kerajaan Negeri Kelantan. Kemudian pada hari Ahad, 16hb.Oktober 1977/ 4hb.Zulkaedah 1397H, Yang Dipertua Agung PAS kembali ke Kota Bharu dan disambut meriah oleh ahli-ahli PAS. Dalam ucapan ringkasnya di halaman rumah penulis, Yang DiPertua Agung PAS meminta agar semua ahli PAS menghadapi situasi ini dengan penuh sabar dan tawakkal kepada Allah Subhanahu wa Taala. Beliau balik semula ke Kuala Lumpur pada 18hb.Oktober 1977 (waktu malam). Pada hari yang sama juga tersebar berita bahawa para penyokong Dato’ Muhammad Nasir sedang menyusun gerakan untuk melakukan perarakan yang dipenuhi

dengan keganasan di sekitar bandar Kota Bharu. Pada hari Rabu 19hb.Oktober 1977, para penyokong Dato’ Mohd.Nasir mengadakan perarakan liar di tengah bandar Kota Bharu. Pejabat SUK diceroboh dan dilontar dengan batu hingga menyebabkan cermin-cermin di bahagian tertentu pecah.



Ustaz Salahuddin Abdullah, bekas EXCO Kerajaan Negeri Kelantan 1974-1978
Pada pagi hari Sabtu 22hb.Oktober 1977, perhimpunan haram oleh sekumpulan penyokong Dato’ Muhammad Nasir diadakan di rumah Timbalan Menteri Besar Hj.Wan Ismail Ibrahim dan juga di rumah penulis. Ketika Hj. Wan Ismail menelefon dan memberitahu penulis bahawa orang ramai sedang berkumpul di sekitar rumah beliau, penulis menawarkan untuk menghantar sebahagian penyokong PAS yang berkumpul di rumah penulis untuk membantu mengawal keselamatan rumah beliau. Namun Hj. Wan Ismail menolak tawaran penulis kerana menurutnya sudah ramai anggota polis yang berkawal di sekitar halaman rumah beliau. Hj.Wan Ismail yakin pihak polis tidak akan membiarkan sebarang tindakan liar berlaku. Menjelang tengahari penulis mendapat berita rumah beliau diserang dengan hebat dan dilontar batu hingga semua cermin bahagian depan rumahnya pecah. Motokar beliau juga turut remuk dan seluruh ahli keluarganya diancam.
Serangan tersebut akhirnya berhenti setelah pihak berkuasa yang diketuai oleh Dato’ Zaman Khan mengarahkan mereka semua bersurai daripada halaman rumah Hj.Wan Ismail. Perlu dinyatakan juga di sini, ketika mana rusuhan berlaku di rumah Hj.Wan Ismail, YAB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohammad tiba di Kelantan dengan maksud mengemukakan satu formula penyelesaian yang dikenali sebagai Formula Mahathir. Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah dua orang wakil PAS Pusat, Dr.Harun Din dan Dr.Alias Abbas. Jelas sekali formula penyelesaian yang dikemukakan ini amat berat sebelah.
Dalam cadangan itu, Dr.Mahathir syorkan penubuhan sebuah kerajaan baru di Kelantan dengan syarat semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri di Kelantan dikekalkan. Sementara Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi pihak PAS perlu diganti dengan muka-muka baru[1]. Walaupun begitu, cadangan ini tidak mendapat respon positif daripada Dewan Harian PAS Kelantan yang telah memutuskan dalam mesyuaratnya pada 23hb.Oktober 1977; berdasarkan kepada Perlembagaan Kelantan, bahawa Muhammad Nasir bukan lagi Menteri Besar Kelantan melainkan apabila Sultan Kelantan memperkenankan permohonan beliau untuk mengadakan satu pilihanraya baru. Beliau perlu meletakkan jawatannya. Jika cadangan ini dilaksana sekalipun, Dewan Harian tetap berpendapat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri UMNO juga perlu digantikan dengan muka-muka baru.[2]
Pada hari itu juga pihak berkuasa mengisytiharkan perintah berkurung di Bandar Kota Bharu termasuklah juga kawasan Majlis Tempatan Kubang Krian[3]. Pada sebelah petang, penulis dan sebahagian ADUN PAS Negeri Kelantan dibawa dengan kenderaan polis ke rumah kediaman Ketua Polis Negeri Kelantan[4] di Jalan Raja Dewa untuk bertemu dengan YAB Timbalan Perdana Menteri. Dalam perjumpaan inilah Dr.Mahathir mengemukakan formulanya serta menyarankan;
i) Sebuah kerajaan baru perlu diwujudkan.
ii) Semua Ahli-ahli Exco PAS perlu diganti dengan muka-muka baru dan semua Ahli-ahli Exco UMNO perlu dikekalkan.
Semua saranan ini tidak mendapat reaksi positif daripada Dewan Harian PAS Kelantan yang menyatakan pandangan berdasarkan perlembagaan Kelantan; bahawa Muhammad Nasir hendaklah serta merta meletakkan jawatan melainkan apabila Sultan Kelantan memperkenankan permohonan beliau untuk mengadakan satu pilihanraya baru, beliau perlu meletakkan jawatan juga jika cadangan ini dilaksana sekalipun. Manakala semua Ahli Exco UMNO juga perlulah digantikan dengan muka-muka baru[5]. Sementara itu, seorang pegawai tinggi polis mengambil kesempatan memberi “nasihat” kepada kami semua ADUN PAS supaya menerima baik formula itu dan kononnya demi menjaga keselamatan kami semua, eloklah kami semua meninggalkan PAS dan menyertai UMNO. Manakala pada sebelah malam pula para penyerang pro Dato’ Muhammad Nasir berkumpul di hadapan rumah Speaker Dewan, Dato’ Nik AbdulRahman Nik Mohammad bertujuan mengancam keselamatan beliau dan keluarganya. Namun rancangan jahat itu tidak berhasil sepenuhnya.
Krisis dalaman PAS semakin kronik apabila Dr.Mahathir menyatakan hasrat untuk mendaruratkan negeri Kelantan pada 25hb.Oktober 1977 dalam cadangan balasnya terhadap keputusan Mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan pada 23hb.Oktober 1977. Cadangan balas beliau mengandungi empat perkara, iaitu;
i) Kerajaan pimpinan Muhammad Nasir perlu meletak jawatan.
ii) Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan sama ada daripada pihak PAS ataupun UMNO perlu digantikan dengan muka-muka baru.
iii) Buat sementara waktu pentadbiran Kerajaan Kelantan perlu diuruskan oleh seorang pegawai tadbir (pegawai kanan MCS) yang bertanggungjawab secara langsung terus kepada Perdana Menteri di bawah satu rang undang-undang darurat.
iv) Persoalan untuk mengadakan pilihanraya tidak berbangkit sama sekali[6].
Semua cadangan ini ditolak oleh Mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan pada 26hb.Oktober 1977. Seterusnya pada 28hb.Oktober 1977, Mesyuarat Dewan Harian PAS Negeri Kelantan mengumumkan kewujudan perkara ketiga cadangan balas Dr.Mahathir itu sebagai satu faktor yang akan mengakibatkan kerajaan yang bakal ditubuhkan itu menjadi sebuah “kerajaan boneka”[7]. Penolakan cadangan balas Dr.Mahathir oleh Dewan Harian PAS Kelantan disokong oleh Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan pada 29hb.Oktober 1977 yang memberi mandat kepada satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh Ishak Lutfi Omar, Nik AbdulRahman Nik Mohammad, Wan Ismail Ibrahim, Mohd.Zain Abdullah dan Salahuddin Abdullah bagi meneruskan perundingan penubuhan kerajaan baru dengan pihak berkenaan[8].
Mesyuarat Badan Perhubungan ini juga bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas penerangan untuk memberi penjelasan mengenai krisis politik yang sedang berlaku dalam negeri itu disamping menghadapkan Muhammad Che Wok[9], Mahmood Zuhdi Abdul Majid[10], Ibrahim Abu Bakar[11], Hussein Yaakob[12], Che Ismail Che Abdullah, Ismail Ali, Abu Hassan Musa dan lain-lain pemimpin PAS yang melakukan tindakan yang bertentangan dengan kepentingan parti kepada Jawatankuasa Tatatertib[13]. Ekoran daripada aduan yang dibuat oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan pada 9hb.November 1977, Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib PAS pada 26hb.Disember 1977 telah menggantung keahlian Muhammad Che Wok[14] dan Mahmood Zuhdi[15]. Begitu juga Abu Bakar dan Hussein Yaakob yang tidak mengendahkan amaran keras terhadap mereka turut digantung keahlian mereka oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 9hb.Januari 1977[16].
Setelah mendapat mandat, Jawatankuasa Khas berkenaan terus bermesyuarat pada hari itu juga dan memutuskan untuk menolak perkara kedua dan ketiga cadangan balas Dr.Mahathir. Dalam masa yang sama, jawatankuasa ini turut mengemukakan cadangan balas, iaitu;
i) Sebuah kerajaan baru yang akan dianggotai oleh 6 orang wakil PAS[17]dan 3 orang wakil UMNO[18] perlu ditubuhkan seberapa segera.
ii) Memandang kepada faktor keselamatan dan keamanan yang memerlukan kawalan ketat, maka untuk sementara waktu Jawatankuasa Keselamatan Negeri perlu disusun semula dengan satu komposisi baru beserta dengan seorang pegawai kanan MCS yang boleh diterima oleh PAS dan UMNO untuk dilantik sebagai pengerusinya.
Susulan daripada pengemukaan cadangan balas ini, Hussein Onn selaku ketua kerajaan berperanan menjelaskan tentang formula Barisan Nasional bagi menyelesaikan krisis ini kepada Dato’ Mohd.Asri Muda dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Perunding PAS dalam satu perjumpaan di Pejabat Perdana Menteri pada 2hb.November 1977 yang mana Hussien Onn sekali mengemukakan cadangan supaya Kelantan didaruratkan dan PAS diberi tempoh sehingga 7hb.November 1977 untuk memberikan jawaban mengenainya[19].
Susulan ini juga dalam sidang Dewan Rakyat pada 3hb.November 1977, Perdana Menteri Malaysia membentangkan rang undang-undang berkenaan kepada Dewan disamping bersumpah dengan nama Allah “bahawa saya tidak bermain politik dalam masalah ini”. Setelah mendapat izin daripada Speaker, Yang diPertua Agung PAS, Dato’ Hj.Mohd.Asri bin Hj.Muda yang baru saja meletak jawatan dari Jamaah Menteri bangun berucap lebih kurang satu jam lamanya. Dalam ucapannya, beliau membentangkan hakikat yang berlaku di Kelantan sejak kisah undi tidak percaya terhadap Dato’ Muhammad Nasir hinggalah tercetusnya rusuhan dan tunjuk perasaan “jadian” yang sengaja diada-adakan dengan tujuan tidak sihat. Bagi penulis, undang-undang ini kelak akan menjadi kenangan dan catatan abadi dalam sejarah Demokrasi Negara ini. Perpaduan yang dicapai ketika menghadapi kesulitan cuba dirobek-robek untuk mencapai kekuasaan dan membalas dendam politik. Allah Subhanahu wa Taala pasti akan permudahkan semuanya di mahkamah keadilanNya pada hari Mahsyar kelak.
Pada 4hb.November1977, Dr.Mahathir mengumumkan cadangan pembentangan rang undang-undang darurat bagi negeri Kelantan di Parlimen. Seterusnya, pada 6hb.November 1977, Hussein Onn memperincikan tarikh pembentangannya pada 8 dan 9hb.November 1977 menyebabkan jawaban daripada PAS akhirnya tidak memberi apa-apa erti lagi. Lantaran ini, Jawatankuasa Kerja Agung PAS melalui satu mesyuarat khas pada 6hb. November 1977; mengarahkan Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimennya meletak jawatan bagi membolehkan mereka menentang pembentangan rang undang-undang darurat di negeri Kelantan di Dewan Rakyat. Jika tidak berbuat demikian, mereka akan terpecat secara automatik daripada PAS[20].

[1] Minit Mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan pada 23hb.Oktober 1977, hlm 1.
[2] Ibid. hlm 2 . Cadangan Balas PAS:Formula Dr.Mahathir, Utusan Melayu, 25hb.Oktober 1977.
[3] Perintah berkurung 24 jam meliputi beberapa kawasan tertentu dalam daerah Kota Bharu ini berkuatkuasa mulai 1:30 petang pada 22hb.Oktober 1977. Warta Kerajaan Negeri Kelantan 10hb.November 1977 no.373.
[4] Ketua Polis Unit Cawangan Khas, Mohd.Yasin bin Jaafar turut hadir sama.
[5] Minit Mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan pada 23hb. Oktober 1977, hlm 2.
[6] Minit Mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan pada 26hb.Oktober 1977.hlm 1.
[7] Minit Mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan pada 28hb.Oktober 1977.hlm 1. Dalam mesyuarat ini juga diputuskan satu cadangan untuk menolak formula Dr.Mahathir. Ini kerana dengan adanya pegawai pentadbir yang dicadangkan, kewujudan sebuah kerajaan negeri pasti sudah tidak bererti lagi kerana authoriti kuasanya telah dihapuskan sama sekali.
[8] Minit Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan pada 29hb.Oktober 1977, hlm 3 dan 4.
[9] Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Kelantan.
[10] Setiausaha Dewan Ulama’ PAS Pusat. Beliau kini bergelar Prof. Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, bekas Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
[11] Yang DiPertua PAS Kawasan Tanah Merah.
[12] Setiausaha PAS Kawasan Tanah Merah.
[13] Minit Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan pada 29hb.Oktober 1977.hlm 3-4.
[14] Surat daripada Setiausaha Agung PAS, Hassan Shukri mengenai penggantungan keahlian Muhammad Che Wok bertarikh 27hb.Disember 1977.
[15] Surat daripada Setiausaha Agung PAS, Hassan Shukri mengenai penggantungan keahlian Mahmood Zuhdi bertarikh 27hb.Disember 1977.
[16] Surat daripada Setiausaha Agung PAS, Hassan Shukri mengenai penggantungan keahlian Abu Bakar dan Hussein Yaakub bertarikh 10hb.Januari 1977.
[17] Utusan Melayu, 1hbNovember 1977.
[18] Utusan Melayu, 31hb.Oktober 1977.
[19] Keputusan ini dicapai semasa perjumpaan Hussein Onn dan Dr.Mahathir dan turut dihadiri oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Senu Abdul Rahman, Abdul Ghafar Baba, Mohd.Adib Adam dan Mohd. Ghazali Shafie.
[20] Timbalan Yang DiPertua Agung PAS, Hassan Adli terpecat secara automatic daripada PAS kerana gagal mematuhi keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Agung pada 6hb.November 1977. Beliau memegang jawatan Menteri Kerajaan Tempatan hingga ke akhir penggal Dewan Rakyat. Kemudian dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir.
Read More - Ingatkah Kita : Sejarah Rampasan Kuasa BN (1977) | KRAI Utara

Kelantan Fishery: Whale Shark Fishermen's Friends.

Oh! Krai Utara

Share

A group of fishermen in Tok Bali here find a whale shark species of ancient fish when it tried to enter the area near Kuala Besar island near Kota Bharu to seek protection from the threat of sea rough, Thursday night. Boat 'tekong', a citizen of Thailand,Ek Chai Suwanpong, 46, through an interpreter, Che Kob Che Senik, said that fish about seven meters long and weighing 20 tonnes was found nearly dead is believed to recede in the waters. Ek Chai then wrapped it with rope and then dragging by boat to Tok Bali as far as 20 nautical miles.





"The Whale Shark is found when we also simultaneously seek protection in the course on the island from the threat of sea
rough. But it was dead when pulled here," he said when met at Pier 98, Tok Bali here. The owner of the boat Rodhi Mohd Saari, 36, said the discovery that the fish better known by the scientific name 'Rhino-Typicus was first found and that provision is not expected. He said they intend to processed meat to be exported and marketed outside in Johor and Kelantan as factories for canned after dried.


Fisheries Department spokesman when contacted said the shark belongs to the group of fish and aquatic threatened by extinction is the second heaviest fish after the blue whale. According to him, species that can reach a length up to more than 20 meters and lifespan can reach up to 70 years. He said the study marine science began to find this fish is found since 60 million years ago is ancient species rarely found in most of the seabed in the world today.
Read More - Kelantan Fishery: Whale Shark Fishermen's Friends.

28 Mac keputusan ketepikan injuksi pemimpin UMNO

Oh! Krai Utara

Share
 Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 28 Mac ini sebagai tarikh keputusan untuk mengetepikan perintah injuksi ex-parte yang diperoleh bekas setiausaha UMNO bahagian Tanah Merah, Amran Ab. Rahman terhadap Ketua dan Timbalan UMNO bahagian berkenaan, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Baharuddin Yusoff. 

Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas mendengar hujahan dari kedua-dua belah pihak plaintif dan defendan. 

Pada 10 Februari lalu, bekas setiausaha UMNO bahagian Tanah Merah itu selaku plaintif dalam kes ini memfailkan saman pemula ex-parte dengan menamakan Ketua dan Timbalan UMNO bahagian itu sebagai defendan. 

Dalam prosiding yang berlangsung selama hampir tiga jam semalam, Amran diwakili peguam Wan Jawahir Haron sementara Ikmal Hisyam dan Baharuddin diwakili peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun. 

Pada 16 Februari, mahkamah yang sama telah mengeluarkan perintah injuksi terhadap Ketua dan Timbalan UMNO Bahagian Tanah Merah, supaya dilarang daripada membuat apa-apa transaksi berkaitan aset atau harta milik UMNO Tanah Merah. 

Berdasarkan perintah injuksi tersebut, kedua-dua defendan sama ada melalui diri sendiri atau ejen atau wakil dan sebagainya dilarang dan ditegah daripada membuat sebarang transaksi berkaitan aset atau harta berupa tanah berserta bangunan yang dikenali dengan Lot 107, HSD 10/77, Lot 134, GRN 17704, Lot 207, GRN 17699, Lot 208 GRN 17700 dan Lot 209 GRN 17701 Bandar Tanah Merah, Mukim Bandar Tanah Merah, Kelantan. 

Defendan-defendan berkenaan sama ada melalui wakil atau sebagainya juga dilarang dan ditegah membuat sebarang transaksi berkaitan pengeluaran wang di akaun Maybank Tanah Merah N0:00305140063, akaun Public Bank Tanah Merah No: 3094199827. 

Selain itu, kedua mereka sama ada melalui diri sendiri, wakil, pekerja atau sebagainya juga dihalang daripada melakukan apa-apa perkara atau tindakan yang dihalang untuk dilakukan di bawah Akta Pertubuhan 1966 sehingga mendapat arahan lanjut daripada Pendaftar Pertubuhan kerana dipercayai menjalankan tugas di bawah cawangan UMNO yang telah dibubarkan. 

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes berkenaan, Hafarizam berkata, permohonan pihaknya untuk mengetepikan perintah injuksi tersebut didengar serentak dengan permohonan plaintif untuk melanjutkan injuksi sehingga perbicaraan kes itu tamat. 

Menurutnya, antara penghujahan yang dikemukakan ialah, Amran bukan lagi ahli UMNO, maknanya dia tidak ada kepentingan untuk mengambil tindakan kepada Datuk Ikmal dan timbalannya. 

“Amran juga gagal menunjukkan asas tindakannya. Ini agak teknikal iaitu apakah sebenarnya yang Amran cuba bawa ke mahkamah?

“Pada 16 Februari lalu, apabila Amran mendapat perintah injuksi ex-parte, beliau tidak memfailkan writ saman iaitu tuntutan yang beliau ingin tuntut kepada Datuk Ikmal dan timbalannya,” katanya 

Hafarizam berkata, sehingga ke hari ini beliau mempertikaikan di mana tuntutan Amran yang sebenarnya kerana pihaknya masih belum menerima writ saman tersebut. 

“Saya telah nyatakan kepada mahkamah, atas sebab kegagalan Amran untuk memfailkan writ saman itu, maka beliau tidak ada kuasa tindakan lagi untuk meneruskannya. Itulah hujah saya yang kedua,” katanya. 

Menurutnya, hujahan ketiga yang dikemukakan ialah Amran sebagai plaintif dalam kes tersebut gagal menunjukkan bahawa cawangan Banggol dan Pondok Lama dalam UMNO bahagian Tanah Merah diluluskan untuk dihidupkan semula pada 17 Februari 2010. 

“Jadi apa juga tindakan yang Amran ambil bermula 10 Februari sampai ke hari ini telah menjadi akademik kerana cawangan tersebut telah dihidupkan semula dan Menteri yang memutuskan membenarkan rayuan UMNO bahagian Tanah Merah itu. 

“Hujahan keempat ialah Amran gagal menunjukkan kepada mahkamah bahawasanya beliau telah melalui proses parti iaitu berjumpa dengan Datuk Ikmal selaku ketua atau Baharudin atau setiausaha bahagian bagi menunjukkan bukti bahawa bahagian sedang cuba menghidupkan cawangan berkenaan,” katanya. 

Selain itu, kata Hafarizam, Amran juga gagal menunjukkan bukti bahawa beliau pergi ke pendaftar pertubuhan ROS untuk menghidupkan dan mendapatkan gambaran sebenar. 

Hafarizam berkata, hujahan terakhir yang dikemukakan ialah tindakan yang dilakukan Amran adalah terlarang dalam Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966. 

“Akta tersebut menyatakan apa juga keputusan parti, hal dalaman parti dan lain-lain hal berkenaan dengan parti tidak boleh dibawa ke mahkamah untuk dihalang atau diperbetulkan. 

“Saya ingin menyatakan walaupun yang disaman ini ialah Datuk Ikmal dan Baharuddin, perkara yang Amran cuba bawa ialah bangunan UMNO Tanah Merah, dan akaun UMNO Tanah Merah,” katanya.-sINAR hARIAN
Read More - 28 Mac keputusan ketepikan injuksi pemimpin UMNO

Keberanian Nazri diukur

Oh! Krai Utara

Share

Shad Faruqi berhujjah bahawa perjanjian petroleum antara negeri-negeri dan Petronas adalah tidak terpakai kerana Negeri-Negeri menyerahkan sesuatu yang ia tidak miliki. 



Kata Shad, Perlembagaan Negara menyatakan Negeri hanya memiliki kuasa ke atas perlombongan di daratan (onshore) tetapi dalam perjanjian 1975, Negeri-Negeri menyerahkan hak petroleum kepada Petronas di daratan (onshore) dan di lautan (offshore) sekali, yang mana di lautan adalah di luar bidang kuasa kerajaan Negeri.

Tun Salleh Abbas dalam satu taklimatnya telah memberikan penjelasan yang amat jitu dalam hal ini.

Akta Petroleum 1974 dicapai selepas kedua pihak iatu Negeri dan Kerajaan Pusat bersetuju menerima satu tolak ansur bagi membolehkan industri petroleum negara dibangunkan. (Latarabelakang sejarah ini boleh dibaca dalam kertas kerja Tun Salleh yang dibentangkan dalam satu konvensyen di Terengganu pada tahun 2008)

Kuasa perlombongan di daratan yang dipunyai oleh Negeri diserahkan selamanya kepada Petronas dan akibatnya Kerajaan Pusat turut akan mendapat 5% bayaran kiranya minyak dijumpai di daratan yang asalnya adalah milik Negeri. Sebelumnya, sepatutnya hanya Kerajaan Negeri sahaja berhak menerimanya kerana ia berada di daratan yang menjadi milik Negeri. 

Begitulah juga sebaliknya, di mana sebagai timbal balas tolak ansur itu, Negeri akan menerima 5% bayaran sekalipun pengeluaran akan berlaku di lautan yang asalnya kuasa perlombongan adalah di bawah Kerajaan Pusat. 

Atas tolak ansur dan semangat bekerjasama inilah, dua istilah telah muncul dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan juga surat perjanjian antara Kerajaan Malaysia/Kerajaan Negeri-Negeri dengan Petronas iaitu daratan/onshore dan lautan/offshore.

Istilah ini digunakan dengan tujuan melupakan apa jua tafsiran yang lain yang ada dalam Akta dan Ordinan yang lain yang datang terdahulu. Istilah onshore dan offshore adalah kata kunci dan kata kunci ini bertujuan menghapuskan had sekatan 3 batu, territorial waters atau apa jua sekatan yang lain. Kepentingan Negeri dan Pusat telah digabungkan untuk faedah Negara bagi membolehkan pembangunan petroleum dilaksanakan oleh satu badan tunggal bernama Petronas.

Ada dua doktrin undang-undang yang digunakan iaitu;

a. Akta Parlimen yang datang kemudian mengatasi Akta terdahulu
b. Akta khas mengenai sesuatu perkara mengatasi Akta umum.

Dalam isu ini, sepanjang berkaitan kuasa petroleum, hanya ada satu Akta tunggal iaitu PDA 1974. Perjanjian dengan negeri-negeri adalah dibuat mengikut kehendak Akta ini.

Ikatan perjanjian yang ditandatangani oleh Negeri-negeri adalah ibarat sijil nikah dan ikatan perkahwinan. Bermula dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian pada 1975. Keadaan 'zaman bujang' sebelum 1974 dilupakan.

Kini, selepas sudah beranak pinak dan Petronas mendapat kekayaan dengan 'perkahwinan'/Perjanjian itu, ada pihak ingin kembali kepada keadaan sebelum perkahwinan. Kononnya, hak kedua-dua lelaki dan perempuan adalah berbeza dan pihak satu lagi tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab kepada pihak lain.

Merujuk kepada Akta sebelum PDA seperti Ordinan Dharurat 1969 dan lain-lain adalah percubaan-percubaan untuk kembali kepada 'zaman bujang' itu. Ia adalah satu tindakan 'mislead' rakyat. 

Tidaklah pelik bila YB Saifuddin Nasution mencadangakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Dewan kerana tindakannya selama ini mengelirukan Dewan Rakyat dengan memetik Akta yang tidak berkenaan dengan isu tuntutan royalti Kelantan.

Jika selama ini Nazri berani mencabar Kelantan pergi ke Mahkamah, tiba masanya Nazri mesti berani menghadapi Jawatankuasa Terpilih Dewan untuk mempertahankan hujjahnya.

Lebih menarik jika orang seperti Tun Salleh Abbas, Nik Saghir Mohd Nor dan Tg Razaleigh boleh dipanggil memberikan keterangan samada jawapan Nazri di Dewan Rakyat selama ini 'mislead' atau tidak.
Read More - Keberanian Nazri diukur

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...