Mahathir Minta Tolong Ehud Barak

Oh! Krai Utara

Share
Malas nak komen aku sendiri baca laa wahai rakyat malaysia weei, kalau kamu sokong UMNO lagi aku tak tau laaa nanti jawab sendiri depan tuh


an 
Read More - Mahathir Minta Tolong Ehud Barak

Keluar darah setiap kali ....

Oh! Krai Utara

Share

KUALA KRAI - Selepas mula dikesan menghidap sakit paru-paru ketika berusia 9 tahun, Salma Yaacob, 52, dari Kampung Kuala Nal dekat sini, mula merasai kesan sebenar penyakit itu apabila keadaannya bertambah teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 



Selain mudah merasa letih sehingga tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan, batuk yang dialaminya berpunca daripada penyakit itu semakin teruk dan mula mengeluarkan darah. 

Salma berkata, kesan daripada penyakit itu juga menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan susulan di hospital dan berjumpa doktor pakar sekurang-kurangnya dua kali setiap bulan sejak 2002 lalu. 

“Saya juga sering masuk wad sehingga ada sampai dua kali sebulan selain memastikan ubat yang diberikan doktor pakar mesti sentiasa ada,” katanya kepada Sinar Harian di sini, kelmarin. 

Salma berkata, meski pun sering mengalami batuk, dadanya akan terasa panas setiap kali simpton tersebut menunjukkan tanda-tanda darah akan keluar. 

“Paru-paru saya disahkan ada kuping walaupun pemeriksaan menunjukkan saya tidak mempunyai penyakit tibi (tuberculosis),” kata anak kedua daripada sembilan adik-beradik itu. 

Sementara itu penderitaan Salma mendapat perhatian Kerajaan Negeri yang tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban wanita berkenaan. 

Sumbangan disalurkan menerusi Tabung Pesakit Kronik itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang merangkap Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman. 

Abdul Latiff berkata, sumbangan bagi membantu rakyat negeri ini yang menghidap penyakit kronik itu disalurkan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar. 

“Bantuan ini adalah antara usaha Kerajaan Negeri membantu pesakit kronik dengan keutamaan diberi kepada mereka yang terpaksa berulang-alik ke hospital,” katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan. 

Hadir sama mengiringi Abdul Latiff menyampaikan sumbangan itu Penghulu Mukim Kuala Nal, Abdul Sattar Abdul Rahman.-SH
Read More - Keluar darah setiap kali ....

Barangkali Mursyidul Am terrrrrlupa

Oh! Krai Utara

Share

Misai Merah menulis dalam postingnya yang bertajuk "Murshidul Am tak sebut nama Ustaz Nasa?":
Menurut sumber-sumber yang dipercayai sewaktu Murshidul Am Pas berucap dalam ucaputama majlis tersebut tidak menyebut langsung nama Ustaz Nasa dalam muqaddimah ucapannya sedangkan nama-nama lain Tok Guru sebut. Hadirin di barisan hadapan majlis merasa terkejut dan masing-masing memandang antara satu sama lain. Mereka 'sut sit sut sit' antara satu sama lain.
Barangkali Mursyidul Am terlupa. Hanya itu yang dapat saya katakan.

Berkaitan:
Perpaduan politik umat Islam boleh dicapai - Nasharudin (Utusan Malaysia 10/3/10)
Read More - Barangkali Mursyidul Am terrrrrlupa

UMNO meleleh air liur nak Rampas Hulu Selangor

Oh! Krai Utara

Share
UMNO Mengharap sangat PRK Hulu Selangor!


Dengan tak semena-mena...
(Yang akhirnya ditukar kepada hanya 'Juara Rakyat' sahaja.. mungkin malu kot?)
dilancarkan oleh Presiden UMNO walaupun menggunakan jentera kerajaan!
di Bandar kecil kami.. Bukit Sentosa...

Dengan tak semena-mena jugak peruntukan RM15.6 juta ditaburkan untuk repair bumbung rumah flat di Bukit Sentosa..

Dengan tak semena-mana tapak sekolah cina dirasmikan di sini jugakkkk!!

Yang terbaru.. teman dengor UMNO Hulu Selangor melalui Pemudanya telah melancarkan Jentera Pilihanraya mereka!
Wah! Tak sabor-sabor nampak?? Rilek laaaa...

Mungkin pada mereka inilah antara usaha bagi memenuhi kehendak Najib iaitu kembali menguasai parlimen dengan 2/3 majoriti.

hmmm.. PR Hulu Selangor amacam?? PKR amacam?

Read More - UMNO meleleh air liur nak Rampas Hulu Selangor

Aku Dah Nak Pencen Bulan Semilan Ni, Cukuplah, Jangan Buli AKu laaa

Oh! Krai Utara

Share
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kebelakangan ini "semacam ada tekanan kepada pasukan polis, sama ada dari pihak politik atau orang-orang tertentu".

Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

"Jadi, ada juga arahan yang diberikan terus kepada pegawai-pegawai bawahan saya tanpa pengetahuan pengurusan atasan," kata Musa dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini.

"Bagi saya, ini merupakan satu trend yang salah kerana dalam pasukan polis, terdapat perintah dan kawalan.

"Yang hanya boleh memberi arahan adalah KPN kalau ikut undang-undang," katanya sambil menegaskan bahawa Seksyen 4 Akta Polis 1957 mengatakan bahawa semua arahan dan kawalan PDRM adalah di bawah KPN.

"Maka kalau ada mereka yang cuba campurtangan, ini boleh merosakkan polis. Kerana pada masa itu, anggota akan merasa serba salah kerana terdapat autoriti lain yang memberi arahan kepada mereka," tegasnya.

Musa menjelaskan, kalau ada seorang ketua yang memberi arahan, maka ketua berkenaan akan bertanggungjawab terhadap arahan itu.

"Dalam polis, jika ketua memberi arahan yang salah, maka dia perlu bertanggungjawab terhadap arahan itu," katanya sambil menambah bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka.

"Tetapi jika orang ketiga yang memberi arahan dan kita tidak tahu siapa mereka, kemudiannya pegawai pula menjalankan kerja yang salah, jadi pegawai saya yang akan menjadi mangsa.

"Ini kerana kesalahan yang dilakukan, mengikut arahan yang tidak sepatutnya. Jika orang yang memberi arahan kemudiannya nafi memberi arahan tersebut, maka ia akan merosakkan pasukan polis," tegas Musa lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara sedemikian perlu dihentikan kerana pentadbiran kepolisian dan segala tindakan dan operasi dijalankan adalah di bawah bidang kuasa KPN dan pegawai atasan yang mengendalikan operasi berkenaan.Ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya, Musa berkata beliau hairan dan terkejut kenapa berita itu boleh keluar.

"Benda yang saya tidak buat, kata saya buat. Ini seolah-olah macam hendak mempercepatkan pemergian saya dari jawatan ini.

"Kita pun tahu bila hendak pergi, jadi tidak perlulah suruh dipercepatkan.

"Tapi kalau seseorang itu mahu mempercepatkan(nya), saya kena dapat arahan dari kerajaan untuk bersara awal.

"Jika demikian saya akan bersaralah. Itu yang saya boleh cakap tapi sekarang ini di pihak kerajaan tidak ada apa-apa yang berlaku," tambahnya.

Musa juga ditanya mengenai dakwaan yang menyatakan terdapat menteri yang tidak berapa sebulu dengan beliau.

"Itu saya tidak tahu. Saya hanya menjalankan tugas saya sama ada orang suka atau tidak selesa dengan cara saya menjalankan tugas, saya tidak tahu," jawabnya.

Ditanya sama ada isu tersebut akan memberi kesan kepada PDRM, Musa berkata: "Saya rasa begitulah".

"Kalau dilihat apabila seorang ketua boleh diperkotak-katikkan sebegini rupa, maka anggota bawahan akan turut merasa begitu," kata beliau sambil menambah, ada yang menghantar SMS bertanyakan kenapa jadi begitu.

"Saya pun tidak tahu nak jawab. Jadi saya suruh anggota saya bersabar. Saya pun faham, saya akan pencen pada bulan September ini," tambahnya.
Read More - Aku Dah Nak Pencen Bulan Semilan Ni, Cukuplah, Jangan Buli AKu laaa

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...