Keluar darah setiap kali ....

Oh! Krai Utara

Share

KUALA KRAI - Selepas mula dikesan menghidap sakit paru-paru ketika berusia 9 tahun, Salma Yaacob, 52, dari Kampung Kuala Nal dekat sini, mula merasai kesan sebenar penyakit itu apabila keadaannya bertambah teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 



Selain mudah merasa letih sehingga tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan, batuk yang dialaminya berpunca daripada penyakit itu semakin teruk dan mula mengeluarkan darah. 

Salma berkata, kesan daripada penyakit itu juga menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan susulan di hospital dan berjumpa doktor pakar sekurang-kurangnya dua kali setiap bulan sejak 2002 lalu. 

“Saya juga sering masuk wad sehingga ada sampai dua kali sebulan selain memastikan ubat yang diberikan doktor pakar mesti sentiasa ada,” katanya kepada Sinar Harian di sini, kelmarin. 

Salma berkata, meski pun sering mengalami batuk, dadanya akan terasa panas setiap kali simpton tersebut menunjukkan tanda-tanda darah akan keluar. 

“Paru-paru saya disahkan ada kuping walaupun pemeriksaan menunjukkan saya tidak mempunyai penyakit tibi (tuberculosis),” kata anak kedua daripada sembilan adik-beradik itu. 

Sementara itu penderitaan Salma mendapat perhatian Kerajaan Negeri yang tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban wanita berkenaan. 

Sumbangan disalurkan menerusi Tabung Pesakit Kronik itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang merangkap Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman. 

Abdul Latiff berkata, sumbangan bagi membantu rakyat negeri ini yang menghidap penyakit kronik itu disalurkan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar. 

“Bantuan ini adalah antara usaha Kerajaan Negeri membantu pesakit kronik dengan keutamaan diberi kepada mereka yang terpaksa berulang-alik ke hospital,” katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan. 

Hadir sama mengiringi Abdul Latiff menyampaikan sumbangan itu Penghulu Mukim Kuala Nal, Abdul Sattar Abdul Rahman.-SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...