Rakyat Kelantan & Terengganu sedia ke jalan raya tuntut royalti
Oh! Krai Utara
Tengku Razaleigh tidak setuju kes royalti ke mahkamah ,
Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan untuk membawa isu royalti minyak ke mahkamah kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana.
Beliau merujuk kepada kes perebutan kuasa di Perak selepas kerajaan negeri Pakatan Rakyat dijatuhkan melalui pintu belakang.
"Oleh itu, bagi saya ada tiga sahaja cadangan yang praktikal iaitu mencari orang tengah untuk menyelesaikannya, membawa kes ini ke Timbang Tara atau meneruskan sahaja tekanan kepada kerajaan Pusat sebagaimana yang dibuat sekarang.
"Kalau mahu mencari orang tengah, saya bersedia untuk menjalankan amanah itu jika diminta," kata beliau di hadapan lebih 5,000 penonton dan pendengar Dialog Royalti Petroleum di Terengganu Equaestrian Resort (TER) dekat Kuala Ibai malam tadi.
Dialog itu dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu atau Mampat bersama Gegar iaitu NGO yang memperjuangkan royalti minyak untuk kerajaan Terengganu dan Kelantan.
Turut serta di pentas bersama Tengku Razaleigh adalah wakil kerajaan Terengganu ketika di perintah PAS iaitu Datuk Mustafa Ali dan Datuk Abu Bakar Chik serta wakil kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.
Majlis dialog itu dirasmikan oleh Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail, penaung Mampat.
Orang ramai yang datang sejak Maghrib apabila diadakan juga Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah berhampiran TER turut menandatangani kain rentang bagi membantah sekatan royalti untuk kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.
Turut menandatanganinya adalah Datuk Mustafa dan Datuk Husam serta Tengku Paduka.
Di majlis itu, Mampat turut melancarkan buku kompilasi ucapan, kertas kerja dan forum Konvensyen Royalti Petroleum yang diadakankan tahun 2008 lalu di tempat yang sama.
Ketika ditanya, apakah beliau bersetuju untuk turun ke jalan raya sekiranya usaha yang dilakukan sekarang tidak berhasil, Razaleigh berkata, beliau tidak bersetuju.
"Saya rasa tidak perlu sampai ke situ...kita akan berjaya kalau kita teruskan usaha menekan kerajaan agar mematuhi apa yang telah termaktub dalam akta itu dan dipersetujui oleh Petronas dan kerajaan negeri," katanya.
Dalam ucapannya juga, Razaleigh berkata, dia sentiasa konsisten dalam sikapnya mengenai isu royalti ini.
Ia turut disokong oleh Mustafa yang mengesahkan Razaleigh bersetuju untuk menjadi saksi ketika kerajaan negeri Terengganu menyaman Petronas dan kerajaan Pusat dahulu.
"Bahkan, afidavit beliau telah kita siapkan. Malangnya mahkamah menerima permohonan agar kes ini dibicarakan tanpa perlu memanggil saksi," kata Mustafa.
Biaqpila: Kisah Nafsu yang Degil kepada Perintah Allah
Oh! Krai Utara
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
BADAR KTC *BADAR merupakan ringkasan nama Biro Kerohanian Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Tuanku Canselor, UTM
Anaknya Azean Irdawaty, Benjy Ditahan Reman Sehingga 25 Mac Ini
Oh! Krai Utara
Jumaat Mac 19, 2010:SIASATAN polis terhadap pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin yang disyaki memproses dan mengedar dadah jenis syabu dan kokain di sebuah kondomiminium mewah di Kepong masih belum selesai.
Menurut Timbalan Pengarah Risikan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Datuk Othman Harun, anak lelaki tunggal seniwati terkenal Azean Irdawaty itu akan ditahan reman selama seminggu lagi setelah ditahan pada 12 Mac lalu.
“Benjy akan ditahan reman sehingga 25 Mac ini setelah perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Rendah Bakri Ali Omar,” kata beliau ringkas kepada mStar Online semalam.
Pelakon berusia awal 30-an itu ditahan pada 12 Mac lepas bersama rakan wanitanya berusia lingkungan 20an dalam satu serbuan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Segambut. Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain bernilai RM650,000 dan 140 gram syabu bernilai RM2,000 di kondominium tersebut.
Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. (mStar Online)
KDM Derhaka Kepada UBN, Isu Terbesar Di Sabah?
Oh! Krai Utara
Politik Sabah sememangnya unik. Kerana selain menjanjikan pelbagai kejutan, termasuk ‘pertelingkahan’ politik suku yang tidak putus-putus, di Sabah isu ‘ketuanan’ politik suku majoriti menitir dari bibir ke bibir para pemerhati politik. Suku KadazanDusun Murut (KDM) merupakan suku yang banyak mempengaruhi landskap politik di negeri “ARAMAI TI” ini. Ramai yang berpendapat kerana KDM adalah suku majoriti, justeru mempunyai ‘tangan ajaib’ untuk mengubah laluan politik di Sabah. Namun jarang diungkit persoalan bahawa suku ini punya penyatuan emosi dan fikrah yang kental bila menyebut soal politik. Penentuan pemimpin di kalangan Suku KDM., bukan retorika semata, tetapi ditimbang kepada pemikiran yang tuntas demi melihat suku mereka terbela nasibnya.
Oleh yang demikian, kita tidak tergerak hati dengan percaturan politik suku ini, kerana nyata sasaran utama mereka ialah kerusi “KETUA MENTERI”. Selagi ‘kerusi’ itu dimiliki oleh suku lain, selagi itu percaturan KDM sukar dipastikan . Walaupun beberapa kali suku KDM telah menduduki kerusi panas itu pada seawal pasca merdeka lagi iaitu Donald Stephens 1963-1965, kemudian di lantik semula pada tahun 1975-1976, di susuli oleh Datuk pairin Kitingan 9 tahun selepas itu , iaitu pada tahun 1985-1994, kemudiannya yang terakhir ialah Tan Sri Bernard Dompok itupun hanya 8 bulan (1998-1999 ) sebelum tewas kepada calon PBS di Moyog.
Sejak itu, suku KDM hanya tinggal “mengidam” kerusi itu biarpun sudah mengandung 10tahun sejak 1999. Oleh sebab itu, bagi pemerhati pro PR di Sabah, menganggap kenyataan Lim Kit Siang bahawa KDM rugi di bawah BN, lebih merujuk kepada isu KDM tidak akan berupaya menduduki kerusi Ketua Menteri, kerana di dominasi oleh UMNO. Walaupun ada tanggapan bahawa kedapatan juga pemimpin KDM dalam UMNO Sabah seperti Datuk Masidi Manjun dan beberapa orang lain, namun tempoh yang agak lama diperlukan untuk merealisasikan matlamat itu disamping menghadapi saingan dari tokoh -tokoh suku lain seperti Datuk salleh Tun Said, Datuk Shafie Afdal dan juga suku bukan ‘teras’ dalam UMNO Sabah yang sudahpun menduduki kerusi itu lebih awal.
“kekuasaan’ politik KDM jelas tergambar pada tahun 1975 apabila, sokongan mereka dialihkan kepada Parti BERJAYA di bawah pimpinan Tun Mohd Stepehens dan Datuk Haris Salleh. Namun sokongan itu beralih arah kepada PBS pada tahun 1985 ekoran daripada suku KDM mula melihat Datuk Haris Salleh gagal menyempurnakan kebajikan dan ketuanan politik mereka di Sabah.
Justeru itu timbul dalam isu politik di Sabah…adakah perlunya KDM sekali lagi “DERHAKA” kepada BN untuk menjamin kelangsungan penguasaan mereka dalam jawatan Ketua Menteri Sabah?. Kalaupun diukur kepada penglibatan 3 buah parti KDM dalam BN seperti UPKO, PBRS dan PBS, nyata hanya parti PBS sahajalah yang mampu menunjukkan ‘taring’ politik yang berbisa. Malahan kejatuhan kerajaan PBS suatu ketika dulupun bukan disebabkan kerana penolakan suku KDM kepada parti itu, tetapi disebabkan tindakan lompat parti yang mengaibkan politik Sabah hingga saat ini.
Sama ada PBS berada dalam ‘zon selesa’ sebagai parti komponen BN di Sabah atau berada dalam situasi ‘menentang” iaitu dalam zon pembangkang, bukanlah persoalan yang penting bagi suku KDM. Malahan mereka telah membuktikan walaupun PBS berada di luar parti pemerintah, namun ia tetap mendapat sokongan dari suku itu. Inilah kelebihan politik KDM di negeri ini. Oleh itu isu ‘perlunya ‘penderhakaan’ itu akan menjadi isu terbesar PRU 13 di Sabah.
Kiriman: Kelapa Mawar
Jom Tukar Air Kencing Anda jadi Minuman
Oh! Krai Utara
Mesin Penukaran Air Kencing Menjadi Air Minum
Pada tahun 2009, Leonardo Manavella telah mencipta satu alat yang mampu untuk memproses air kencing manusia atau haiwan supaya dapat diminum semula.. Saiz alat ini adalah sebesar bola ragbi.
l
.
l
Read More - Jom Tukar Air Kencing Anda jadi Minuman
Pada tahun 2009, Leonardo Manavella telah mencipta satu alat yang mampu untuk memproses air kencing manusia atau haiwan supaya dapat diminum semula.. Saiz alat ini adalah sebesar bola ragbi.
l
.
l








