Biaqpila: Bila Sultan Batalkan Untuk Rasmi AGM Perkasa

Oh! Krai Utara

Share
KEPUTUSAN Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk tidak berangkat merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang dijadulakan pada 27 Mac ini di PWTC adalah tepat. Menurut Setiausaha Sulit baginda Mohamad Munir Banir pembatalan itu bagi mengelak salah tanggap dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.

Katanya, mulanya Sultan berkenan untuk berangkat dan menyampaikan titah ucapan perasmian dengan mengambil kira Perkasa mempertahankan institusi raja, hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

Dalam titah ucapan itu juga kata Mohamad Munir baginda bercadang untuk menasihat Perkasa supaya tidak ekstrem. Mungkin Sultan Selangor menyedari tindak tanduk Perkasa ekstrem dalam memperjuangkan beberapa isu maka baginda bercadang untuk menegur Perkasa.

Bagaimana pun cadangan itu berubah. Pembatalan itu sedikit sebanyak menjejaskan Perkasa sebagai sebuah NGO. Presidenya khabar marah dengan pembatalan itu dan bercadang untuk mengambil tindakan (menyaman) sebuah akhbar. Kenapa?

Pembatalan itu mungkin baginda Sultan Shafaruddin atau penasihat baginda dapat merasai apa yang sedang dimainkan pertubuhan berkenaan. Mungkin juga yang Perkasa sebenarnya adalah alat kepada orang tertentu bagi mencapai agenda peribadi menyebabkan Sultan Shafaruddin membatalkan hasratnya itu untuk mengelakkan diri baginda dibabitkan dengan hal-hal yang tidak sewajarnya dan boleh mencemarkan nama baik baginda.

Sekiranya alasan baginda untuk merasmi Perkasa atas dasar Melayu, Islam dan menjaga hak kepentingan bumiputera lebih baik dan sesuai kalau baginda merasmikan persidangan agung Umno kerana Umno lebih Melayu, lebih Islam dan lebih bumiputera daripada Perkasa. Lagipun dari segi keahlian, ahli Umno lebih ramai berbanding dengan Perkasa.

Bukan itu saja, hampir 99.9 peratus mereka yang menyertai Perkasa adalah ahli Umno, bekas ahli dan termasuk juga mereka yang dipeccat ataupun yang sudah monopous dan tidak laku digadai lagi. Adalah memalukan untuk Sultan merasmikan sebuah NGO yang kualiti ahlinya boleh dipertikai atau kelas 'ayam raga'.

Sepatutnya kepimpinan Perkasa tidak tergamak untuk menjemput Sultan merasmikan pertubuhan itu kalau mereka menyedari akan keburukan ataupun moral sesetengah pemimpinnya.

Rasanya adalah baik dan lebih tepat serta lebih sesuai kalau Perkasa mengundang Dr Mahathir Mohamad untuk merasmi mesyuaratnya lagi pun sudah agak lama Mahathir tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Setidak-tidaknya kalau Mahathir dijemput dapat bekas PM itu mengeluarkan idea-idea dan kritikan terbaru beliau termasuklah mengenai ucapan cukup bernas oleh ahli parlimen bebas dari Bayan Baru di parlimen semalam. [wm.kl 6:30 pm 18/03/10]


Read More - Biaqpila: Bila Sultan Batalkan Untuk Rasmi AGM Perkasa

Rokok..haram!

Oh! Krai Utara

Share


Kau orang merokok tak? Aku tak menghisap rokok dan aku amat tak suka bau rokok. Kalau ada orang dok dekat aku dan hisap rokok, aku cukup bengang. Mana tidaknya, aku tak hisap rokok tapi terpaksa terima kesan macam orang yg hisap rokok juga. Lebih menyakitkan hati bila siperokok boleh buat dek je. Hembus asap rokoknya ikut suka hati dia. Lebih malang bila ada yg hisap rokok ditempat awam dan dalam bilik berhawa dingin.

Jepun mengharamkan rokok atas nama menjaga kesihatan rakyat. Kenapa Jepun yg kita tahu majoriti rakyatnya bukan beragama Islam boleh mengharamkan rokok? Negara kita pula yg masih dok pertahankan rokok ni. Tak serius menghalang masalah berkaitan rokok ni...

Boleh dikatakan 90 peratus rakyat di negara ini tidak setuju rokok diharamkan walaupun ada ulama mengatakan rokok adalah haram hukumnya (daun tembakau direndam arak sewaktu diproses di luar negara). Ada yang kata rokok tidak haram. Ia makruf sahaja. Rasanya yg kata makruh tu, hisap rokok juga. Ada seorang Cina yg bagitau my hubby, depa proses daun tembakau utk rokok daun dan renjis samsu supaya rasa daun tu lebih 'sedap' sbb asal daun tembakau tak ada rasa dan kelat je...

Kerajaan jelas tidak akan mengharamkan rokok di negara ini, kerana syarikat rokok banyak menyumbang wang, terutama sekali apabila tiba musim pilihanraya umum dan kecil.
Kalau kita perhatikan gambar di atas ni, macam2 keburukan rokok ni....
1. Mengancam nyawa dan keselamatan diri.
2. Mengandungi kira-kira 4000 jenis racun merbahaya.
3. Usaha membunuh diri secara perlahan-lahan.
4. Jarum Yahudi untuk melemahkan umat Islam.
5. Menyokong pembunuhan umat Islam kerana sebahagian besar keuntungan daripada rokok disumbangkan dalam pembelian senjata Amerika dan Yahudi laknatullah.
6. Najis, kerana setiap batang rokok mengandungi pati najis haiwan. Ia direndam dalam alkohol (arak) untuk menyebabkan ketagihan perokok.
7. Contoh buruk dan budaya jijik yang ditunjukkan kepada golongn muda dan anak-anak.
8. Bapa kepada kemaksiatan (Jika arak adalah ibu kepada segala kejahatan)
i. Pelajar yang ponteng sekolah kebanyakannya bermula daripada ketagihan merokok.
ii. Remaja yang terlibat dengan gam, dadah, ganja, arak, mat rempit, bohsia, bohjan boleh dikatakan semuanya bermula dengan merokok.
iii. Remaja yang terpengaruh dengan kawan-kawan yang nakal dan jahat, kebanyakannya diumpan dengan rokok.
9. Amalan syaitan. Merokok diibaratkan seperti membakar duit dan ia adalah perbuatan yang sia-sia.
10. Menjadi fitnah kepada agama (Islam). baca sini
Gambar ni menunjukkan lelaki yg kena kanser mulut akibat merokok.


Apa macam? Nak hisap rokok lagi?

Read More - Rokok..haram!

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: Ibrahim Ali Mahu Saman The Sun

Oh! Krai Utara

Share

UR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Inggeris, The Sunkerana mempunyai niat jahat untuk memburuk-burukkan nama beliau.
Menurut Ibrahim, tindakan itu juga diambil ekoran laporan akhbar tabloid berkenaan yang mendakwa Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah telah menasihatkan beliau kerana bersikap ultra Melayu dan melampau dalam memperjuangkan hak bumiputera.
“Sewaktu menghadap Sultan Selangor tidak pernah sekali pun baginda mengatakan saya ultra Melayu, jauh sekali cauvinis. Sebaliknya Tuanku menghargai perjuangan Perkasa mempertahankan institusi raja di negara ini.
“Saya berpendapat penyiaran laporan tersebut berniat jahat dan ada agenda tertentu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas berkata, beliau sudah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Inggeris itu.
“Saya tidak tahu di mana mereka mendapat maklumat dan apa tujuan mereka membuat kenyataan mengenai keberangkatan Sultan Selangor ke mesyuarat agung Perkasa yang pertama dan mendakwa baginda telah menasihati saya kerana bersikap ultra Melayu dalam memperjuangkan hak bumiputera,” katanya.
Sementara itu, Pejabat Sultan Selangor hari ini telah mengeluarkan surat yang menjelaskan bahawa pertubuhan itu tidak menggunakan nama Sultan Selangor dengan menghantar kad-kad jemputan ke majlis perasmian mesyuarat agung pertama pertubuhan itu tanpa perkenan baginda pada 27 Mac ini.
Sebaliknya Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, sememangnya berdasarkan perancangan asal Sultan Selangor berkenan untuk berangkat merasmikan mesyuarat agung berkenaan.
Bagaimanapun, kata beliau, baginda telah dinasihati supaya tidak berangkat ke majlis tersebut kerana dibimbangi kehadiran Tuanku akan disalahtafsirkan dan disalah anggap oleh pihak-pihak tertentu bahawa istana terlibat secara tidak langsung dengan politik.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, peguam yang mewakili beliau akan meminta akhbar tabloid memohon maaf secara terbuka kerana ia telah menjejaskan nama baik dan kredibilti beliau sebagai Presiden Perkasa.
“Jika tidak, kita mungkin akan teruskan dengan tindakan untuk menyaman mereka (The Sun). Namun sekiranya mereka membuat permohonan maaf dibuat, kita akan melihatnya terlebih dahulu.
“Berita sebegini bukan hanya menjejaskan kredibiliti saya malah ia juga merosakkan nama baik istana,” katanya.Mstar
Read More - TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: Ibrahim Ali Mahu Saman The Sun

Firaun Pun Dah Ada Dalam Parlimen Malaysia, Dulu Katak Je Ada...Maju Nampaknya Parlimen Kita

Oh! Krai Utara

Share

`FIRAUN-FIRAUN KECIL' KINI BERADA DI PARLIMEN


2 Rabiulakhir 1431H
Oleh: WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com


SIDANG Parlimen telah pun dibuka siang tadi dengan suasana yang berbeza khususnya di kerusi MP dari PR. Setelah proses pembersihan dan `samak' yang telah dilakukan, maka PR khususnya dari PKR kini dilihat lebih bersih dan suci dari dahulu. Proses `samak' atau menyucikan ini harus terus berjalan sehingga menjadikan parti ini lebih kuat dan dihormati oleh kawan dan pihak lawan.

Apabila sidang Parlimen ini mula berkumpul, kita dapat melihat aksi `firaun-firaun ' ini dengan selamba memasuki dewan, duduk di kerusi yang tidak berparti kemudiannya tersengeh bagaikan kerang busuk. Mereka tidak sedar di luar sana beribu malahan mungkin berjuta mulut sedang menyumpah seranah mereka kerana khianatnya kepada kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka. Sudah tentunya media-media pencacai akan memberikan perhatian dan tumpuan kepada `firaun-firaun ' ini kerana mereka sememangnya `makanan' buat media pencacai tersebut. Di dalam kumpulan itu terdapatnya `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru serta `firaun-firaun kecil' dan mereka ini diketuai oleh `raja katak emas' dari Pasir Mas.

Amat malang nasib pengundi-pengundi yang diwakili oleh puak-puak ini. Di antara mereka itu boleh dikatakan hanya dua ekor sahaja yang rajin bercakap di dalam dewan yang mulia itu. Mereka adalah `katak emas' dari Pasir Mas dan juga `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru. Manakala yang lain, jika kita lihat semenjak dari persidangan yang lalu bagaikan hadir semata-mata untuk makan elaun buta. Apatah lagi orang tua yang berkopiah putih yang menjadi Wakil Rakyat hasil dari usaha Ustaz Ahmad Awang. YB Azmin Ali pernah memberitahu orang tua ini langsung tidak pernah bangun berbahas di dalam dewan semenjak menjadi MP. Beliau hanya tahu angkat tangan bila rakan-rakan yang lain angkat tangan. Kalau begitulah `standard' beliau, lebih baik dahulu kita letakkan burung belatuk duduk di kerusinya itu.

Agak-agak kita apakah yang boleh dibahaskan oleh mereka ini? Apa yang pasti `firaun kecil' yang tidak tahu bercakap itu akan menjadi burung belatuk yang sebenar. Di sinilah letaknya malang yang menimpa pengundi-pengundi yang diwakili oleh mereka. Sudah lah dapat Wakil Rakyat yang tidak tahu apa-apa, pengkhianat pula. Di Parlimen ini nanti kita hendak dengar hujah dari `firaun besar' Kulim Bandar Baru tentang isu Kalimah Allah. Di luar beliau terbukti pengecut apabila dicabar oleh YB Khalid untuk berdebat tentang isu tersebut. Di Parlimen, beliau boleh berhujah pula dengan Ulamak atau Ustaz-Ustaz dari PAS jika beliau menganggap PKR tidak tahu tentang agama. Masalahnya, beranikah beliau berbuat demikian?

Tahniah kepada PAS dan DAP yang telah memberikan kepercayaan kepada DS Anwar menjadi Ketua Pembangkang walaupun puak-puak mereka amat berharap DS Anwar disisihkan. Apa yang menarik perhatian saya, kenyataan dari PAS yang menyatakan PAS bukan sahaja menyokong DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang, bahkan menyokong DS Anwar sebagai PM sekiranya PR berjaya menduduki Putrajaya. Kenyataan PAS ini amat `melukakan' hati dan jantung Umno. Apa yang berlaku ke atas DS Anwar tidak sedikitpun mempengaruhi PAS dan DAP kerana mereka tahu moral DS Anwar bukan seperti Chua Soi Lek yang ingin ditabalkan sebagai Presiden MCA itu. Maruah DS Anwar terletak kepada keadilan dan kebenaran yang diperjuangkannya, manakala maruah Umno kini hanya bergantung kepada `satu lubang' sahaja. Di mana pula letaknya maruah yang tidak berparti itu? Tiada, kerana sememangnya mereka langsung tidak bermaruah./
Read More - Firaun Pun Dah Ada Dalam Parlimen Malaysia, Dulu Katak Je Ada...Maju Nampaknya Parlimen Kita

yurga? Nak Masuk SKahwinkan saja Anak Bawah Umur Anda Dengan Shamsudin Ajaib

Oh! Krai Utara

Share

Kahwin Bawah Umur: Sudin Ajaib Boleh Didakwa Atas Empat Pertuduhan
KUALA KRAI: Shamsuddin Che Deraman atau lebih dikenali sebagai "Sudin Ajaib", lelaki yang didakwa mengahwini dan melarikan kanak-kanak bawah umur boleh didakwa sekurang-kurangnya atas empat pertuduhan di Mahkamah Syariah melibatkan perkahwinan bawah umur.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Mohd Abdul Aziz Mohd Noor, berkata ketika ini pihaknya sedang menjejaki lelaki terbabit untuk menahannya sebelum didakwa di mahkamah atas pertuduhan itu.
Antara pertuduhan itu ialah mengahwinkan kanak-kanak perempuan bawah umur tanpa kebenaran Pejabat Kadi, mengahwini secara paksaan, mengakadnikahkan perkahwinan; dan mengingkari perintah bermufarakah, mengikut Seksyen 8, 37, 39 dan 40 Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan Bil 2/2002.
"Mengikut enakmen itu, jika sabit setiap kesalahan itu boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan atau kedua-dua sekali," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan meminta JHEAIK menyiasat kumpulan jemaah tabligh yang diketuai Shamsudin Ajaib, yang menjanjikan balasan syurga kepada ibu bapa jika kanak-kanak perempuan mereka dikahwinkan.
Shahrizat berkata siasatan yang terperinci itu perlu dilakukan oleh pihak berkaitan kerana janji mereka itu akan menarik hati ibu bapa yang tidak berfikir panjang seterusnya memperjudikan masa depan kanak-kanak terbabit.
Mohd Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah mengarahkan kakitangan bahagian penguatkuasanya mengesan jejak lelaki terbabit selepas dijumpai di Batu Caves, Selayang bersama kanak-kanak yang dipercayai menghilangkan diri selepas kesnya dikesan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri ini baru-baru ini.
"Penahanan ke atas lelaki ini juga penting bagi memastikan sama ada perkahwinan yang dilangsungkan dengan kanak-kanak itu berkaitan dengan kumpulan tabligh yang mengamalkan ajaran sesat atau sebaliknya.
"Bagaimanpun, siasatan awal pihak kami mendapati perkahwinan lelaki terbabit dengan pasangan bawah umur itu tidak melibatkan ajaran sesat, tetapi ia lebih kepada unsur-unsur ketaksuban pengikut kumpulan tabligh itu dengan ketuanya," katanya.
Mohd Abdul Aziz berkata, penglibatan lelaki yang dikenali sebagai anggota tabligh itu membabitkan dua kes, iaitu kes membenarkan anak perempuannya di bawah umur dengan anggota kumpulannya di Pasir Mas dan mengahwinkan dirinya sendiri dengan kanak-kanak lain, juga di bawah umur di Kuala Krai.
"Dengan tertangkapnya lelaki terbabit kita percaya dapat menyelesaikan kes perkahwinan itu yang boleh menimbulkan kontroversi dan mengelirukan umat Islam seluruh negara," katanya.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika mengulas kejadian itu baru-baru ini menyifatkan alasan pengikut kumpulan tabligh yang mengahwinkan gadis bawah umur itu sebagai mengamalka
Read More - yurga? Nak Masuk SKahwinkan saja Anak Bawah Umur Anda Dengan Shamsudin Ajaib

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...