Program Belia Cakna Masyarakat dekatkan belia, masyarakat
Oh! Krai Utara
| KUALA KRAI - Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan bersama Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau MTD Mengkebang akan mengadakan Program Belia Cakna Masyarakat dekat sini, akhir minggu ini. Ketua Dewan Pemuda Pas kawasan, Mahadi Mat Zin berkata, program itu akan berlangsung di pekarangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Chenulang, dekat sini, pada Jumaat dan Sabtu ini. Menurutnya, pelbagai aktiviti diatur sempena program dua hari itu termasuk aktiviti ziarah kebajikan, jamuan rakyat, forum perdana, minum kopi dan gotong-royong. “Program bertujuan mendekatkan golongan remaja dan belia dengan masyarakat ini akan turut disertai kira-kira 120 anggota Dewan Pemuda Pas DUN Mengkebang,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Mahadi berkata, aktiviti ziarah kebajikan ke rumah penduduk miskin, ibu tunggal dan warga emas pada hari pertama akan turut melibatkan beberapa kampung sekitar termasuk Kampung Chenulang dan Pasir Jering. Menurutnya, sebanyak enam kedai kopi sekitar kampung itu juga akan dikunjungi rombongan 20 kumpulan Pemuda Pas bagi menjayakan program minum kopi pada hari kedua bermula jam 8 pagi. Katanya, gotong-royong selepas minum kopi itu pula akan diadakan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chenulang dan Tanah Perkuburan Islam Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Chenulang. “Acara perasmian program sebelum majlis jamuan rakyat dan forum perdana pada hari pertama akan disempurnakan Pengarah MTD Mengkebang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman,” katanya.-SH |
Tiga anggota Geng Gondol mati ditembak di Ijok-bernama
Oh! Krai Utara
KUALA SELANGOR- Polis awal pagi tadi menembak mati tiga anggota termasuk percancang utama kumpulan Geng Gondol iaitu kumpulan pecah rumah dan samun yang sangat dikehendaki selama ini.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira 3.30 pagi di kawasan kolam tadahan air hujan di Tasik Kota Puteri, Ijok dekat sini.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, kumpulan terbabit menjadi buruan polis sejak sebulan lalu.
Anggota kumpulan itu turut terbabit dalam dua kes samun di tiga buah rumah di Kuang dua hari lepas.
"Kumpulan ini bergiat aktif sejak November tahun lepas dengan melakukan jenayah samun dan pecah rumah pada awal pagi dengan menggunakan senjata api buatan sendiri dan senjata tajam.-Bernama
Datuk Seri Anwar dah tak percayakan sistem kehakiman...aku pun sama
Oh! Krai Utara
Tarik rayuan kerana tidak yakin sistem kehakiman- Anwar
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Tidak yakin dengan kebebasan institusi kehakiman negara mendorong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik rayuannya sebelum ini supaya menghalang Hakim Datuk Mohd Zabidin Mat Diah dari mendengar perbicaraan kes liwat yang membabitkannya.
Menurut beliau, sekiranya rayuan mengetepikan Mohd Zabidin diterima sekalipun, beliau seolah-olah menganggap perbicaraan di Malaysia tidak dilaksanakan secara bebas dan adil.
“Penarikan ini jelas, (sekiranya) menukar seorang Hakim, tidak akan menukar sistem kehakiman di Malaysia,” kata beliau di lobi parlimen tengah hari tadi.
Penarikan itu sekaligus membatalkan pendengaran rayuan yang sepatutnya dilakukan pada Jumaat ini.
Turut serta pada sidang media itu peguamnya, Karpal Singh.
Pada 19 Februari Anwar menfail notis rayuan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes itu pada hari sebelumnya.
Mohamad Zabidin berkata tidak ada sebab baginya untuk menarik diri daripada terus mendengar kes itu, dengan mengatakan bahawa sekiranya beliau melakukannya ia bermakna beliau melarikan diri daripada menunaikan tanggungjawabnya.
Pada 8 Februari Anwar menfail permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.
Tak Dapat Tanah, Keluar Parti
Oh! Krai Utara
Anggota PKR Kuala Selangor Terkilan Dakwaan MB Selangor
KUALA SELANGOR, 16 Mac (Bernama) -- Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor, Mazli Saring, berkata beliau dan beberapa anggota parti itu terkilan dengan dakwaan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya mereka memulaukan mesyuarat agung tahunan Parti Keadilan Rakyat bahagian Kuala Selangor Ahad lepas kerana tidak diberikan habuan.
"Dakwaan itu sangat mengguris hati kami kerana kami tidak pernah pohon tanah walau seinci pun," katanya kepada pemberita di sini hari Selasa.
Ahad lepas, Khalid yang juga Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor, dilaporkan berkata bahawa kumpulan yang bertindak meninggalkan mesyuarat itu adalah mereka yang tidak mendapat sebarang habuan seperti tanah dan projek daripada beliau.
Mazli menyifatkan kenyataan Khalid itu sebagai fitnah dan bertujuan mengelirukan rakyat.
Katanya tindakan mereka meninggalkan mesyuarat itu adalah kerana ia tidak sah disebabkan tiada notis pemberitahuan yang sewajarnya diberikan manakala penyata tahunan yang dibentang tidak mengikut peraturan.
Mengenai kenyataan Setiausaha PKR Selangor Hamidi Hassan hari ini bahawa tiada anggota PKR yang meninggalkan mesyuarat agung itu, Mazli berkata kenyataan itu seolah-olah cuba menutup kelemahan kepimpinan di Kuala Selangor ekoran peletakan jawatan 13 anggota jawatankuasa bahagian itu pada 20 Jan lepas.
Ditanya kemungkinan beliau dan anggota parti yang memulaukan mesyuarat agung tahunan itu akan bertindak keluar parti, Mazli berkata mereka tidak akan berbuat demikian kerana berpendapat PKR adalah parti yang terbaik untuk rakyat.
"Kami telah berjuang dengan PKR sejak dari awal penubuhannya dan bukan kerana kami kecewa dengan Umno baru kami masuk PKR. Kami cuma nak perbetulkan parti ini, dan kepimpinan sepatutnya mendengar suara kami di akar umbi. Kami tidak ada niat langsung untuk keluar dari parti," katanya.
Bekas Ketua Penerangan PKR Kuala Selangor Ibrahim Mahidin berkata tindakan mereka mempersoalkan perjalanan mesyuarat agung tahunan itu adalah kerana ingin menegur kepimpinan parti supaya tidak mengulangi kesilapan mereka.
"Kami tidak mahu PKR cabang lain menjadikan kami sebagai contoh kerana menjalankan mesyuarat tanpa mengikut perlembagaan parti. Janganlah labelkan kami ada kepentingan kerana kami sayangkan parti.
"Sokongan kepada Menteri Besar bergantung kepada sokongan akar umbi. Sokongan semakin lama semakin cair dan justeru kita sepatutnya perkukuhkan parti. Kalau akar seperti kami tidak dimanfaat sebaiknya, akhirnya pasti akan menjadi macam situasi sekarang di mana beberapa Anggota Parlimen PKR telah keluar parti," katanya.
-- BERNAMA

Pemain Kelantan dekati peminat di Kuala Krai
Oh! Krai Utara
KOTA BHARU – Peminat setia bola sepak Kelantan khususnya yang berada di Kuala Krai berpeluang beramah mesra dengan pemain Liga Super Kelantan apabila mereka dijadualkan menghadiri satu program khas bersama komuniti di Kuala Krai pada hari Jumaat ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Tahun Bola Sepak Kelantan 2010, Datuk Ramzi Abdul Rahman akan hadir memeriahkan program selama sehari suntuk itu bersama komuniti Kuala Krai.
Annuar berkata, rombongan pihak pengurusan dan pemain Red Warriors akan bertolak ke kawasan perkelahan Lata Rek, Kuala Krai pada jam lapan pagi.
Menurutnya, para pemain Kelantan akan berkelah secara santai bersama-sama dengan ahli Kelab Penyokong Bola Sepak Kuala Krai bermula jam 9.30 sehingga 11.30 pagi.
“Selepas itu, semua pemain dan pegawai persatuan akan menunaikan solat Jumaat di masjid Manek Urai dan sejurus kemudian menikmati jamuan makan tengah hari di rumah YDP Persatuan Bola Sepak Jajahan Kuala Krai, Encik Mohamad Zulkifli Omar,“ katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.
Annuar berkata, atur cara sebelah petang bermula pada jam 4 petang apabila pemain Ke-lantan akan turun menjalani latihan di padang Maktab Ren-dah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai.
“Warga komuniti Kuala Krai berpeluang menyaksikan secara dekat aksi pemain Kelantan yang berentap sesama sendiri dalam latihan tersebut,” katanya.
Sementara itu, Annuar berkata, majlis penyerahan sumba-ngan berupa bantuan beras kepada 100 warga emas akan diadakan sejurus sahaja tamat latihan tersebut.
“Pemain Kelantan sendiri akan menyampaikan sumbangan tersebut kepada warga emas yang terpilih.
“Ini salah satu cara kita mendekatkan diri kita bersama peminat dan sebagai tanda menghargai sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya.
Program ramah mesra bersama peminat bola sepak Kelantan di daerah Kuala Krai ini, merupakan siri kedua anjuran� Kafa pada tahun ini selepas berlangsung di Ketereh bulan lalu.-SH