Program Belia Cakna Masyarakat dekatkan belia, masyarakat

Oh! Krai Utara

Share
KUALA KRAI - Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan bersama Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau MTD Mengkebang akan mengadakan Program Belia Cakna Masyarakat dekat sini, akhir minggu ini. 

Ketua Dewan Pemuda Pas kawasan, Mahadi Mat Zin berkata, program itu akan berlangsung di pekarangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Chenulang, dekat sini, pada Jumaat dan Sabtu ini. 

Menurutnya, pelbagai aktiviti diatur sempena program dua hari itu termasuk aktiviti ziarah kebajikan, jamuan rakyat, forum perdana, minum kopi dan gotong-royong. 

“Program bertujuan mendekatkan golongan remaja dan belia dengan masyarakat ini akan turut disertai kira-kira 120 anggota Dewan Pemuda Pas DUN Mengkebang,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. 

Mahadi berkata, aktiviti ziarah kebajikan ke rumah penduduk miskin, ibu tunggal dan warga emas pada hari pertama akan turut melibatkan beberapa kampung sekitar termasuk Kampung Chenulang dan Pasir Jering. 

Menurutnya, sebanyak enam kedai kopi sekitar kampung itu juga akan dikunjungi rombongan 20 kumpulan Pemuda Pas bagi menjayakan program minum kopi pada hari kedua bermula jam 8 pagi. 

Katanya, gotong-royong selepas minum kopi itu pula akan diadakan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chenulang dan Tanah Perkuburan Islam Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Chenulang. 

“Acara perasmian program sebelum majlis jamuan rakyat dan forum perdana pada hari pertama akan disempurnakan Pengarah MTD Mengkebang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman,” katanya.-SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...