best1of 4: Ramuan “Mati Pucuk” Dari ‘Profesor Gila
Oh! Krai Utara
Dia langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah, jauh sekali menggenggam segulung ijazah, namun seorang warga emas berlagak ala profesor apabila dikesan merumus ribuan botol ubat sakit sendi dan pil rangsangan seks.
Kegiatan ‘profesor gila‘ itu cukup berbahaya berikutan kebanyakan ubat-ubatan dihasilkannya menggunakan resipi pelbagai campuran bahan kimia berbahaya yang boleh mengancam nyawa penghidap sakit sendi dan mati pucuk.
Hasil kegiatan haramnya, warga emas terbabit mampu memiliki rumah dan deretan kereta mewah, dipercayai hasil kegiatan menjual ubat beracun berkenaan.
Kegiatan lelaki berusia lewat 60-an itu terbongkar apabila sepasukan pegawai penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan menyerbu rumahnya di Sungai Petani, Kedah, semalam.
Dalam operasi jam 9.30 pagi itu, pegawai penguat kuasa farmasi melakukan serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat selepas pemiliknya dikesan menjadi dalang penjualan pelbagai ubat-ubatan tradisional dan rangsangan seks.
Sumber penguat kuasa farmasi berkata, kediaman mewah yang dikawal beberapa anjing itu dikesan menjadi lokasi memproses dan mengilang pelbagai ubat-ubatan tradisional Cina yang sengaja dicampur bahan kimia berbahaya termasuk sildenafil dan steroid.
“Kedua-dua racun berbahaya itu boleh merosakkan sistem tubuh, mengakibatkan tulang reput selain mengancam nyawa orang ramai yang mengambilnya tanpa kawalan.
“Ramuan sulit lelaki itu dibongkar selepas pihak farmasi menjalankan siasatan rapi bagi mengesan `kilang’ haram terbabit yang menjadi pengeluar utama ubat-ubatan berbahaya di pasaran tempatan,” katanya.
Menurutnya, ketika serbuan suspek sedang sibuk memasukkan cecair ubat-ubatan yang dirumusnya sendiri ke dalam botol kecil untuk dipasarkan.
“Ketika disoal siasat, suspek mulanya enggan mengaku menghasilkan sendiri ubat haram terbabit, sebaliknya mendakwa ia diimport dari China berdasarkan label pada botol. “Namun, penemuan pelbagai bahan mentah untuk membuat ubat-ubatan membuktikan segala-segalanya. Malah pegawai farmasi turut menemui pelekat hologram palsu kementerian yang ditampal pada kotak produk untuk mengelirukan pengguna,” katanya.
Menurutnya, hasil soal siasat, lelaki itu mendakwa turut mengupah beberapa individu untuk membancuh ubat-ubatan haram terbabit.
“Malah, lelaki itu mengaku tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik dalam bidang perubatan atau menghasilkan ubat-ubatan tradisional. Semuanya dilakukan hasil kerja `suka-suka’ selain berdasarkan maklumat dikumpulkan daripada rakan-rakan.
“Antara ubat-ubatan dirampas ialah pil ubat batuk cap Ibu, kapsul Renseng Du, kapsul Chu Fong Kee Sar dan pil ubat batuk yang semuanya menggunakan nombor pendaftaran MAL palsu dan disahkan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah KKM,” katanya.
Menurutnya, semua produk termasuk mesin yang digunakan untuk pengilangan haram itu bernilai hampir RM200,000 kemudian dirampas.
“Kes disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952 (Disemak 1989) dan Akta Racun 1952. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. – mymetro -
PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN JULAI 2010
Oh! Krai Utara
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
Pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang berkelayakan dipelawa mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Diploma Pendidikan (DPLI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ambilan Julai 2010.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
PENDAFTAR
BAHAGIAN AKADEMIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
JALAN SLIM
35900 TANJUNG MALIM
PERAK
NO. TELEFON:
Talian 1 : 05-4506932
Talian 2 : 05-4506929
NO. FAKS : 05-4582670
PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
AT03D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Sains Sukan / Rekreasi
* Sains Kesihatan
BAHASA INGGERIS
AT06D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris
PERDAGANGAN / PERNIAGAAN
AT21D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Perakaunan
* Perniagaan / Perdagangan
SEJARAH
AT32D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Sejarah / Sosiologi / Antropologi
PENDIDIKAN MORAL
AT41D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Pengajian Islam
* Psikologi
* Kaunseling
* Pembangunan Manusia
* Kerja Sosial
PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
AT45D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Ekonomi
* Kewangan
* Perakaunan
* Perniagaan / Perdagangan
* Keusahawanan
EKONOMI RUMAH TANGGA
AT63D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Hospitaliti
* Fesyen & Tekstil
* Sains Makanan
* Teknologi Makanan
* Pembangunan Manusia
* Kulinari
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
BANGUNAN UIC
40450 SHAH ALAM
SELANGOR
NO. TELEFON :
Talian 1 : 03-55443164
Talian 2 : 03-55443165
NO. FAKS : 03-55443170
PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
ET03D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Sains Sukan / Rekreasi
* Sains Kesihatan
BAHASA INGGERIS
ET06D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris
PENDIDIKAN SENI/SENI VISUAL
ET23D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Seni Halus
* Seni Kreatif
* Seni Lukis
* Seni Visual
PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
ET45D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Ekonomi
* Kewangan
* Perakaunan
* Perniagaan / Perdagangan
* Keusahawanan
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
ARAS 3 BLOK UTARA
BANGUNAN CANSELORI
PETI SURAT NO. 2073
88999 KOTA KINABALU
SABAH
NO. TELEFON :
Talian 1 : 08-8320213
Talian 2 : 08-8321259
NO. FAKS : 088-320361
BAHASA INGGERIS
HT06D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris
GEOGRAFI
HT33D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Geografi
* Kejuruteraan Alam Sekitar
* Perancangan Bandar dan Wilayah
* Sains Alam Sekitar
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
BAHAGIAN AKADEMIK
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
43400 SERDANG
SELANGOR
NO. TELEFON :
Talian 1 : 03-89466000
Talian 2 : 03-89466059
Talian 3 : 03-89466060
NO. FAKS : 03-89426469
BAHASA INGGERIS
PT06D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris
SAINS PERTANIAN
PT09D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Pertanian
* Perhutanan
* Kejuruteraan Pertanian
* Bioteknologi
EKONOMI RUMAH TANGGA
PT63D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Hospitaliti
* Fesyen & Tekstil
* Sains Makanan
* Teknologi Makanan
* Pembangunan Manusia
* Kulinari
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
ARAS 2, JABATAN PENDAFTAR
11800 P.PINANG
NO. TELEFON :
Talian 1 : 04-6575613
Talian 2 : 04-6533329
Talian 3 : 04-6533059
Talian 4 : 04-6533073
NO. FAKS : 04-6533328
BAHASA INGGERIS
ST06D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
UNIT KEMASUKAN, PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
P.O BOX 10
50728 W.P. KUALA LUMPUR
NO. TELEFON :
Talian 1 : 03-61964000
NO. FAKS : 03-61964163
BAHASA INGGERIS
YT06D
02 Semester
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti berikut dengan Kepujian dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
* Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Inggeris
SYARAT AM UNIVERSITI
Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.
Syarat Am
- Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang - sekurangnya 2.75;
atau
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti.
dan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
dan
-
Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai;
dan
- Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)
- Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.
Syarat Khas Program
- Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman webhttp://upu.mohe.gov.my
- Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
- Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.
Syarat Tambahan
- Pemohon yang telah tamat pengajian dan memiliki ijazah ( skrol ) sahaja yang akan dipertimbangkan.
- Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
- Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.
- Sila semak laman webhttp://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.asp untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.
- Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 19 Mac 2010. Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
- Maklumat Permohonan
- Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
- Salinan Sijil Kelahiran Calon
- Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (Calon UiTM sahaja)
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
- Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat.
- Salinan sijil SPM
PERMOHONAN ONLINE dibuka mulai 1 MAC 2010 (ISNIN) jam 12.00 TENGAH HARI di Laman Web Kemasukan ke IPTA : http://upu.mohe.gov.my
PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
Bayaran boleh dibuat di Kaunter, Mesin ATM atau Perbankan SMS BSN dengan harga RM20.60 (termasuk RM0.60 bayaran perkhidmatan bank)
Melalui mesin ATM - Pilih URUSAN LAIN > NO. PIN > IPTA > DIPLOMA PENDIDIKAN
TEMPOH PERMOHONAN & PEMBELIAN NO. UNIK ID (PIN) : 1 - 16 MAC 2010
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16 MAC 2010
Ujian MEdSI dan Temu duga
- Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
- Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.
- Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 15.4.2010 melalui laman web http://www.mpm.edu.my.
- Panggilan temu duga boleh disemak mulai 11.5.2010 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my
- Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.
Catatan:-
- Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.
Permohonan Kemasukan IPTA 2011
Oh! Krai Utara
TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA 2010 / 2011
MOHE - Unit Pusat Universiti (UPU)
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/ 2011 Lepasan STPM 2009 | ePutra
Read More - Permohonan Kemasukan IPTA 2011
MOHE - Unit Pusat Universiti (UPU)
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/
CINA ISLAM (林川興): Terkini : Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS mati dibunuh??
Oh! Krai Utara
CINA ISLAM (林川興): Terkini : Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS mati dibunuh??
Saya menerima panggilan telefon dari seorang aktivis PAS di Ipoh memaklumkan berita Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS, Sdr. Siva mati ditembak di Langkap hari ini.
Berita itu juga mengesahkan mangsa ditembak oleh dua orang yang bermotosikal tidak dikenali.
Sementara itu pihak kami masih menjejaki sumber dari pihak berwajib mengenai berita tersebut.
Read More - CINA ISLAM (林川興): Terkini : Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS mati dibunuh??
Saya menerima panggilan telefon dari seorang aktivis PAS di Ipoh memaklumkan berita Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS, Sdr. Siva mati ditembak di Langkap hari ini.
Berita itu juga mengesahkan mangsa ditembak oleh dua orang yang bermotosikal tidak dikenali.
Sementara itu pihak kami masih menjejaki sumber dari pihak berwajib mengenai berita tersebut.
UMNO Dan Rasuah bagaikan Aur dan Tebing
Oh! Krai Utara
Oleh - DATO’ SALLEH MAJID
TEMU bual dengan Tun Musa Hitam yang disiarkan di dalam Mingguan Malaysia, 30 Ogos 2009 yang lalu sesuatu yang menarik. Analisis Tun Musa tentang tanggapan golongan muda berkenaan UMNO memang tepat sekali dan wajar diambil kira oleh ahli-ahli UMNO.
Pertama tanggapan tentang politik wang. Sudah menjadi pengetahuan umum semasa pemilihan pemimpin-pemimpin cawangan, bahagian dan negeri UMNO, banyak wang digunakan oleh pihak-pihak yang bertanding. Beberapa orang kenalan saya sendiri mengakui memerlukan banyak wang kerana pertandingan pada masa itu.
Seorang imam berkelayakan arkitek dari sebuah negeri sebelah selatan yang masuk bertanding kalah di Bahagian kerana tidak mahu terlibat dengan politik wang.
Ada suatu kefahaman di kalangan mereka yang terlibat melakukan perkara ini mewujudkan suatu suasana seolah-olah tidak ada apa-apa. Perebutan kuasa ini tidak kira di peringkat mana sekalipun berbeza sekali pada suatu masa dulu yang mana yang dipilih kadang kala menolak dan memberi laluan kepada orang lain yang lebih layak.
Ramai yang bertanding melihat pemenang akan meraih pelbagai keistimewaan yang akan menjadikan mereka kaya raya semata-mata kerana hubungan yang terbentuk dengan pemimpin-pemimpin tertentu.
Ini jelas dilihat terutama sekali semasa syarat memerlukan 30 peratus Bumiputera untuk terbitan-terbitan saham awam yang baru pada masa dulu. Pihak yang ingin menyenaraikan saham syarikat mereka perlu menamakan sesuatu pihak atau dicadangkan pihak tertentu oleh pihak berkuasa.
Kadangkala yang dicadangkan itu terpilih berkali-kali sehinggakan saya pernah mendengar rungutan daripada salah seorang yang kerap menerima agihan tersebut terlampau banyak yang diberikan kepadanya sehingga dia tidak tahu nak buat apa!
Selain daripada itu diketahui umum jua tentang kemenangan membuka laluan kepada pelbagai projek dan kontrak yang tidak semestinya dilakukan sendiri oleh mereka yang menerima.
Kita berharap pemilihan pemimpin atasan UMNO akan datang akan dipilih oleh semua ahli UMNO dan bukan ahli perwakilan ke persidangan UMNO sahaja. Dengan lebih tiga juta ahli membuat keputusan siapa yang patut menjadi pemimpin, payahlah yang bertanding nak melakukan politik wang.
Bayangkan kuota yang memerlukan sekian-sekian jumlah pencalonan untuk bertanding sesuatu jawatan menggalakkan lagi berlakunya politik wang. Kita mengamalkan demokrasi tetapi melarang perlakuan demokrasi sepenuhnya. Kuota diperkenalkan semata-mata untuk memastikan kelangsungan kepada sesetengah pihak yang sudah berkuasa.
Semuanya ini dapat diperhatikan oleh mereka yang balik dari luar negara atau mereka yang terpelajar. Mereka yang dimaksudkan oleh Tun Musa dalam wawancara tersebut.
Mereka melihat golongan yang mengejar jawatan bukan kerana ingin berkhidmat kepada rakyat tetapi lebih mementingkan diri sendiri. Mereka melihat ramai yang sanggup menggadai nama kepada bangsa lain semata-mata kerana kemewahan. Kesudahannya mereka di dalam syarikat, misalnya, tidak bertambah ilmu dan pengalaman mereka.
Pengalaman bertahun-tahun lebih kepada satu tahun diulang bertahun-tahun. Di situlah terletaknya salah satu kelemahan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Kejayaan terbesar yang boleh dilihat ialah dari segi pendidikan. Begitu ramai yang menerima manfaat biasiswa belajar keluar negara sama ada melalui Mara atau Jabatan Perkhidmatan Awam. Selepas minda mereka terbuka dengan pendedahan yang diterima, tentulah pendirian mereka berubah.
Perkara kedua yang menjadi tontonan golongan muda ini ialah kronisme. Beberapa orang tertentu diamanahkan dengan pelbagai perkara sama ada saham, memimpin syarikat milik kerajaan dan macam-macam lagi.
Lihatlah kesan kepada syarikat-syarikat ini semasa krisis kewangan 1997-98 yang menanggung hutang berbilion ringgit. Begitu banyak pembaziran yang berlaku pada masa itu.
Mereka yang menjadi kroni ini memang gemar menunjuk-nunjuk kemewahan mereka. Sangkaan mereka orang tidak tahu latar belakang mereka. Betapa salahnya sangkaan mereka.
Menunjuk-nunjuk kemewahan menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan mereka yang memerhati dan semua ini membantu mereka membentuk sesuatu persepsi yang kurang selesa tentang keadaan semasa.
Seterusnya komen Tun Musa tentang memberikan tumpuan lebih kepada kualiti daripada kuantiti memang wajar diberikan perhatian.
Lebih 1.5 bilion umat Islam berbanding 14 juta orang Yahudi tetapi segala penemuan perubatan kebanyakannya oleh orang Yahudi seperti Benjamin Ruben (jarum vaksin), Jonas Salk (vaksin polio), William Klofcame (dialisis buah pinggang). Semua Yahudi. Einstein, Freud, Samuelson dan Friedman juga orang Yahudi.
Seluruh negara Islam mempunyai hanya 500 universiti sedangkan di Amerika Syarikat saja ada 5,758 universiti, di India 8,407 dan tidak satu pun universiti di negara Islam terletak di kedudukan 500 teratas di dunia.
Pandangan sesetengah anggota masyarakat tentang pendidikan kita hanya mementingkan berapa banyak pangkat A tetapi kurang dalam memperkukuhkan asas bakal menampung ilmu di peringkat yang lebih tinggi. Ibarat bangunan cantik tetapi cerucuknya lemah.
DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden
Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) -petikan Utusan Melayu





