Orang Asli ni dahhh lebihh!

Oh! Krai Utara

Share

Aku rasa itulah yang akan terpacul dari mulut manusia yang berkenaan, poning kopala dio nok gagau duit, 800 juto bro. Kurang sikit dari satu bilion je, sikit je lagi dengan satu bilion. Pandai betul la orang asli sekarang ni. Hidup Orang Asli! dah pandai dah korang semua ye. Mintak lah apa pun, aku setuju aje, PRU dah nak dekat dah ni, mintak ajelah. Kalau Tak dapat korang toksah keluar ngundi, mampoih PM 1Malasia.
Maka aku rasa bertambah-tambahlah bebannan kepalo hotak dia sebagai seorang penghulu Kampong 1Malaysia nis.
Pandai betul korang ye, tahniah ler.
JHEOA Pohon RM800 Juta Untuk Pembangunan Orang Asli Dalam RMK-10
GUA MUSANG: Jabatan Hal Ehwal OrangOrang As Asli (JHEOA) memohon peruntukan RM800 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pelbagai projek yang dirancang bagi meningkatkan kemajuan masyarakat Orang Asli di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JHEOA, Nisra Nisran Asra Ramlan berkata sebahagian besar peruntukan itu akan dibelanjakan untuk meningkatkan pendidikan di kalangan anak Orang Asli selain pelaksanaan projek kemudahan asas di 869 kampung untuk dinikmati 13,000 keluarga di seluruh negara.
Katanya, beliau menjangkakan apabila dilaksanakan, ia dapat memberi kemajuan lebih tinggi dalam pendidikan anak Orang Asli kerana sasarannya seramai 112 pelajar kaum itu berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
"Keadaan itu semakin berubah sejak kebelakangan ini kerana penduduk Orang Asli sedar mereka ketinggalan dalam mengejar kemajuan itu, menyebabkan mereka kini berminat menghantar anak ke sekolah," katanya kepada media selepas majlis pelancaran Tabung Bantuan 1Malaysia untuk kemajuan pelajaran masyarakat Orang Asli seluruh negara di Kampung Kuala Betis, dekat sini hari ini.
Pelancaran tabung itu dilakukan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Nenggiri, Md Yusoff Ab Ghani.
Nisra Nisran berkata pencapaian pendidikan pelajar anak Orang Asli semakin membanggakan setiap tahun dan ini membuktikan mereka ada keupayaan serta minat dalam mengejar kemajuan pendidikan sehingga ke peringkat pengajian tinggi. - BERNAMA
Read More - Orang Asli ni dahhh lebihh!

Anak Si Drakula

Oh! Krai Utara

Share

Bapa drakula kesal kerana anaknya tak mau hisap darah manusia, darah manusia busuk kata si anak.
Tua-muda, lelaki-pompuan, kulit hitam-putih, semua dibilang busuk.
Bapa drakula menyuruh mempraktikkan di depannya.
Gigi si anak baru menancap, belum sempat mengghisap, kuping telinganya ditarik Si Bapa drakula.

“Hisap di leher lah, bukan di ketipa bodoh!!!!
Read More - Anak Si Drakula

Opera Mini 5 Beta Hadir di Android

Oh! Krai Utara

Share


Opera Software hari ini meluncurkan versi beta terbaru dari browser ponsel paling populer di dunia, Opera Mini 5, untuk platform Android. Opera Mini 5 beta untuk Android ini menawarkan pengalaman penjelajahan web yang cepat dan biaya yang efisien untuk setiap handset dibangun di platform Android.

Alasannya, Opera Mini, dengan lebih dari 50 juta pengguna di seluruh dunia, memungkinkan pelayaran web hampir di semua handset dengan adanya kompresi data hingga 90 persen sebelum mengirimkan konten ke ponsel sehingga akan meningkatkan kecepatan dan pemuatan halaman secara signifikan. Dengan antarmuka yang sederhana dan mudah digunakan, Opera Mini menawarkan pengalaman penjelajahan di ponsel layaknya menjelajah pada komputer desktop dengan fitur-fitur favorit, seperti speed dial, tabbed browsing, password manager, dan bookmark. baca sterusnya 
Read More - Opera Mini 5 Beta Hadir di Android

Dilema Najib 1Malaysia: Cukai rakyat atau hilang undi

Oh! Krai Utara

Share

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.
Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.
Cukai baru dan penarikkan semula subsidi berkenaan, sebenarnya bertujuan mengurangkan defisit belanjawan negara yang kini pada tahap paling tinggi sejak 20 tahun kebelakangan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengambil-alih tampuk pemerintahan negara tahun lalu pernah berikrar untuk mengurangkan defisit negara.
“Mereka kini menunggu Najib bagi mendapatkan mandat besar pada pilihan raya sebelum boleh meneruskan pembaharuan berkenaan,” kata James Chin seorang profesor di Universiti Monash di Kuala Lumpur.
Pilihan raya umum ke-13 tidak perlu diadakan sehingga 2013 tetapi ia mungkin diadakan seawal 2011, serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang merupakan kubu terkuat BN.
Sarawak juga membekalkan 30 daripada 137 kerusi parlimen yang dimiliki BN di Dewan Rakyat.
Cukai GST dirancang untuk mengantikan cukai jualan mulai 2011 dan mendatangkan pendapatan sekitar RM8.8 bilion setiap tahun kepada negara. Ia sepatutnya dibentangkan pada sessi parlimen yang bermula hari ini. – malaysikini
Read More - Dilema Najib 1Malaysia: Cukai rakyat atau hilang undi

Mengapa UMNO takut untuk siasat AYAH PIN

Oh! Krai Utara

Share

Ayah Pin adalah ahli UMNO


oleh ali :

Previously on Ayah Pin "Part 1"

Salam satu Malaysia. Setelah pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia mengenai aktiviti penghinaan Agama Islam oleh Ayah Pin, kita masih belum terdengar tentang laporan Polis tentang si laknatullah oleh NGO-NGO UMNO. Selalunya NGO-NGO UMNO amat prihatin tentang kesucian Agama Islam. Tetapi kali ini tidak. NGO-NGO ini tidak berbunyi langsung. Kenapa agaknya?

Rupa-rupanya, Ayah Pin adalah seorang Ahli UMNO. Ayah Pin adalah ahli UMNO di Besut, Terangganu. Patut la puak-puak ni tak berbunyi langsung. Den nak tunggu apo komen pejuang Islam tunggal di negara ini, Yb Zulkifli Nordin terhadap ahli UMNO Besut ni. Ha Ha Ha.

Click for enlarge. Bukti Ayah Pin adalah seorang ahli UMNO. Gambar diprintscreen oleh PASJB

Read More - Mengapa UMNO takut untuk siasat AYAH PIN

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...