PAS KHIANAT AMANAH RAKYAT : YB DATO' SERI MUSTAPA MOHAMED

Oh! Krai Utara

Share
CERAMAH PERDANA : PAS KHIANAT AMANAH RAKYAT


TEMPAT : KG. PAUH 9, TAWANG, BACHOK
TARIKH : 26 FEBRUARY 2010
MASA : 8.30 MALAM
PENCERAMAH : YB DATO' SERI MUSTAPA MOHAMED
YB SENATOR DATUK DR. AWANG ADEK HUSSIN
YBHG SDR. EZAM MD. NOOR
YBHG UST. KAMAL SAIDIN




Read More - PAS KHIANAT AMANAH RAKYAT : YB DATO' SERI MUSTAPA MOHAMED

Ahli parlimen Balik Pulau 'sesat' ketika ke pejabat PKR

Oh! Krai Utara

Share
Kelewatan Ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff tiba di sidang akhbar oleh 12 ahli parlimen PKR di ibu pejabat parti itu pagi ini mendapat perhatian para wartawan.
Ini kerana, selain Wee Choo Keong (kiri), Wangsa Maju dan Zulkifli Noordin (kanan), Kulim Bandar Bharu, Yusmadi juga hangat diperkatakan akan keluar parti.

Para wartawan kemudiannya bertanya kepada ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin mengenai ketiadaan Yusmadi di sidang akhbar tersebut.

Yusmadi (tiga dari kiri) adalah antara 12 ahli parlimen PKR yang menandatangani kenyataan bersama menafikan akan keluar PKR dan sebaliknya menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. baca lagi 
Read More - Ahli parlimen Balik Pulau 'sesat' ketika ke pejabat PKR

RM300 juta Untuk Menggodam Blog Dan Laman web Pro-PR

Oh! Krai Utara

Share


Sebagai langkah untuk mengekang pengaliran maklumat dari blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat, Umno dipercayai mengguna lebih RM300 juta dana awam untuk mengupah sekumpulan 300 penggodam komputer yang dibawa khas dari India.
Chennai dikenali sebagai pusat teknologi maklumat terkenal di India yang menempatkan banyak syarikat antarabangsa termasuk yang berhubung kait dalam pembangunan perisian berteknologi tinggi.
Sumber-sumber memberitahu bahawa gerombolan penggodam komputer dari India akan dibayar elaun khidmat kepakaran yang mencecah lebih RM100,000 setiap orang, perumahan dan kereta percuma.
“Mereka yang diupah mempunyai kepakaran menggodam sistem komputer dan laman web. Tugas mereka diklasifikasikan sebagai ‘top secret’ dan di bawah pengawasan terus pejabat Perdana Menteri.
“Kumpulan ini akan digembleng sepenuhnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 bagi merosakkan sistem perisian yang dipakai oleh Pakatan Rakyat,” kata sumber.
Langkah mengawal blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat telah digerakkan dengan lebih serius sejak kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12, dua tahun lalu.
Antara langkah awal termasuk mengupah lebih 300 blogger yang berkhidmat di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas, satu unit propaganda di bawah kelolaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Setiap blogger dibayar elaun sebanyak RM3,000 sebulan, yang antara lain memantau blog dan laman web Pakatan Rakyat di samping menyebarkan bahan berita berunsur propaganda dan fitnah untuk memburuk-burukkan imej pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP.
Di samping itu, Umno juga mendapatkan khidmat blogger pro-Umno untuk menulis pelbagai propaganda terutamanya berhubung isu- isu berkaitan agama dan kaum.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama untuk memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.
Bagaimanapun timbul persoalan mengapa pihak KDN dan SKMM berdiam diri atau menutup sebelah mata terhadap puluhan blog dan laman web pro-Umno yang secara terang menimbulkan isu sensitif bersabit agama dan perkauman. -FMT
Read More - RM300 juta Untuk Menggodam Blog Dan Laman web Pro-PR

Maha Suci Tuhan, Air Liur Basi Pon Kau Minum?

Oh! Krai Utara

Share
Salam 1Malaya,

Pagi tadi korang ada bangun tak semayang subuh? kalo bangun ok la...kan tapi kito raso ade  jugak makhluk tuhan yang tak berapa nak bangun subuh2 ni, sejuk katanya. Biasala bro muda lagi kita ni, ye muda lagi ha2. Pah nak buat macam mana kan, dia ingat malaikat maut tu pandai pilih orang tua aje, dah padam baru la nak menyesal mintak tuhan antar balik ke dunia.

Baik, kita rentikan sekat (setakat) tu lah dulu, berbalik kepada tajuk "air liur basi" kito nak tanya ade sesapa yang penah minum tak. Kito raso tak dak orang nak meminum nya, kebuloq bebenor laaa minum air liur basi kan? ape kejadahnya nak minum air liur yang dah basi ni, air kat malaysia tuhan beri dari sungai hingga ke laut tak payah-payah nak proses pon dah tawar, minum aje laa gitu gamaknya korang cakap.

Tapi, ada tapi la bro, Tulah korang, korang bace aje artikel yang kito cilok ni, pasai tulah nabi pesan suoh bangun pagi rezeki banyak la bro.ok salam,

Air Liur Basi dan khasiatnya/Petua Awet Muda


Khasiat Air Liur Basi
Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia
Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi
adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.

Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat
khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia..
Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh
badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang
lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari
tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka,
berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden 

Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum
baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.

Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur
basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Kalau rajin. Tolong sebarkan kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati
Allahuakbar!
Wallahua'lam bisshawab 
wassalam....




Read More - Maha Suci Tuhan, Air Liur Basi Pon Kau Minum?

Nik Aziz di Malukan Di Negeri Sendiri

Oh! Krai Utara

Share
Tindakan penganjur LTdL malukan Nik Aziz - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hangat seketika apabila beberapa wakil kerajaan membangkitkan tindakan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) membelakangkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan kelmarin. 

Rata-rata wakil rakyat Pas itu mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan segera terhadap penganjur serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek yang diberi tanggungjawab melepaskan acara tersebut. 

Malah, Hassan Mahmood (Pas-Tawang) mahu perkataan biadab digunakan bagi menggambarkan situasi sebenar yang berlaku kerana ada cubaan memalukan seorang ketua kerajaan yang sah dilantik oleh rakyat. 

Bagi, Datuk Omar Mohamed (Pas-Perupuk) pula menceritakan pernah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seorang pegawai Jabatan Penerangan meninggalkan majlis apabila dia enggan menghormati ketua Kerajaan Negeri. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri Abdul Fatah Mahmood berkata, pihaknya kesal kerana kejadian tersebut seolah-olah dirancang untuk memalukan Menteri Besar yang seawalnya dijadualkan untuk melepaskan peserta. 

Lebih menyedihkan, Abdul Fatah berkata Nik Aziz pada mulanya tidak di benar menaiki pentas utama untuk bersama-sama Awang Adek membuat pelepasan itu tetapi selepas campur tangan pegawai, Menteri Besar itu dibenarkan naik ke pentas. 

“Ekoran itu, hasil campur tangan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Menteri Besar diberi tempat di atas pentas terbabit bersama Awang Adek, namun ketika itu bendera untuk flag off telah berada di tangan Awang Adek. Menteri Besar hanya berada di atas pentas sekadar memerhati apa yang dilakukan Awang Adek. 

“Saya cukup sedih, sehingga pagi pelepasan, protokol tidak berubah dan Menteri Besar yang melepaskannya. Sekiranya betul Dr Awang yang melepaskannya, beritahu awal, saya akan maklumkan kepada Menteri Besar,” katanya. 

Kesal dengan tindakan tersebut, Abdul Fatah berkata pihaknya mengambil tindakan susulan termasuk menghantar mesej melalui lama sosial Facebook kepada Perdana Menteri supaya tindakan diambil terhadap individu yang bertanggungjawab memalukan Menteri Besar. 

"Saya juga sudah mengutus surat secara rasmi kepada Perdana Menteri hari ini agar sesuatu tindakan susulan diambil terhadap penganjur yang telah memalukan Menteri Besar (Nik Aziz) dan juga rakyat Kelantan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan DUN, di sini semalam. 

Menjelaskan apa yang berlaku kelmarin, Nik Aziz berkata, sifat malu hanya ada pada orang mukmin. 

“Tetapi orang yang kulit muka tebal seperti menggunakan kulit tapak kaki kerana tidak akan ada perasaan malu,” katanya. -SH
Read More - Nik Aziz di Malukan Di Negeri Sendiri

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...