Maha Suci Tuhan, Air Liur Basi Pon Kau Minum?
Oh! Krai Utara
Salam 1Malaya,
Pagi tadi korang ada bangun tak semayang subuh? kalo bangun ok la...kan tapi kito raso ade jugak makhluk tuhan yang tak berapa nak bangun subuh2 ni, sejuk katanya. Biasala bro muda lagi kita ni, ye muda lagi ha2. Pah nak buat macam mana kan, dia ingat malaikat maut tu pandai pilih orang tua aje, dah padam baru la nak menyesal mintak tuhan antar balik ke dunia.
Baik, kita rentikan sekat (setakat) tu lah dulu, berbalik kepada tajuk "air liur basi" kito nak tanya ade sesapa yang penah minum tak. Kito raso tak dak orang nak meminum nya, kebuloq bebenor laaa minum air liur basi kan? ape kejadahnya nak minum air liur yang dah basi ni, air kat malaysia tuhan beri dari sungai hingga ke laut tak payah-payah nak proses pon dah tawar, minum aje laa gitu gamaknya korang cakap.
Tapi, ada tapi la bro, Tulah korang, korang bace aje artikel yang kito cilok ni, pasai tulah nabi pesan suoh bangun pagi rezeki banyak la bro.ok salam,
Air Liur Basi dan khasiatnya/Petua Awet Muda
Khasiat Air Liur Basi
Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia
Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi
adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.
Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat
khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia..
Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh
badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang
lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari
tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka,
berkumur-kumur atau membersihkan badan.
Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden
Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum
baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.
Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur
basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Kalau rajin. Tolong sebarkan kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati
Allahuakbar!
Wallahua'lam bisshawab
0 ulasan:
Catat Ulasan