TAHUKAH ANDA : Bagaimana Bendera Rasulullah saw | Bendera Islam..?
Oh! Krai Utara
Bendera (Liwa') adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah 'La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah' dengan warna hitam
Panji (Rayah) adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah 'La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah' dengan warna putih
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas
yang mengatakan, "Bahawa bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam berwarna putih, sedangkan panji beliau warnanya hitam." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, "Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam. tertulis kalimat 'La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah'.
yang mengatakan, "Bahawa bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam berwarna putih, sedangkan panji beliau warnanya hitam." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, "Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam. tertulis kalimat 'La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah'.
Diriwayatkan dari Jabir,
"Bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa') berwarna putih." [HR Ibnu Majah]
"Bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa') berwarna putih." [HR Ibnu Majah]
"Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta< dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali." [HR Bukhari].
Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, "Kami datang ke Madinah, saat itu dan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan
beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu
aku bertanya: "Ini panji-panjii apa?" Mereka pun menjawab: "(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba
dari peperangan."
Kerajaan Umno tidak berdaya tangani bantahan antarabangsa
Oh! Krai Utara
Bantahan Antarabangsa Terhadap Malaysia Kian Merebak
Dari TV Selangor
Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak lagi mampu menangani merebaknya bantahan antarabangsa yang mempertikai kewibawaan sistem kehakiman negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Demonstrasi yang didalangi Umno BN di kedutaan Australia 17 Februari lalu tidak mungkin berulang kerana semakin banyak negara menyatakan bantahan termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Turki dan beberapa negara serantau.
Dengan nada tegas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengingatkan semua pihak supaya mengambil kira bantahan antarabangsa terhadap amalan sistem perundangan di Malaysia.
Beliau berkata demikian depan lebih 10,000 pengunjung program Rumah Terbuka PKR di Bandar Utama, Damansara hari ini, yang turut dihadiri ramai duta negara termasuk India, Singapura dan Filipina.
“Sebab Australia cakap, mereka buat demonstrasi. Tapi Amerika juga buat kenyataan, jadi saya cadang buat tunjuk perasaan. Kemudian Turki berkawan dengan kita, kena buat demonstrasi lawan Turki pula.
“Semalam, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin tulis surat terbuka, maka kena tunjuk perasaan Kanada. Hari ini ramai wakil duta dari Filipina, Singapura datang sokong kita, jadi mereka kena buat demonstrasi.
“…jadi, kerja mereka hanya tunjuk perasaan kerana negara lain tetap mahu juga bercakap tentang kita,” katanya.
Anwar menyatakan cara Umno-BN berpolitik sudah ketinggalan zaman hingga menyebabkan imej Malaysia di mata dunia semakin menjunam dan tidak lagi dihormati seperti dulu.
Katanya, pandangan masyarakat antarabangsa perlu dihormati dan dinilai sebagaimana kritikan Malaysia dalam isu tuntutan pembebasan Aung San Suu Kyi dan kecaman negara penganiayaan rakyat Palestin.
“Sebab apa kita minta Aung San Suu Kyi dibebas? Sebab kita hormati prinsip kebebasan, hak asasi tanpa kira kaum, agama. Sebab apa kita sedih bila lihat rakyat Palestin dibom? Sebab kita tahu tanggungjawab kita sebagai manusia.”Jadi, kalau orang lain bagi pendapat, kita dengar, kena nilai. Adakah betul atau tidak,” katanya.
Selain negara berkenaan, Anwar turut mendapat sokongan jitu daripada negara Islam termasuk tokoh ulama paling terkemuka termasuk Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi.
"Penasihat PKR tidak pernah jujur" :Ezam
Oh! Krai Utara
| BACHOK - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah jujur dalam hubungan de- ngan Pas termasuk Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ezam mendakwa, pemimpin PKR itu hanya menggunakan Pas untuk meraih sokongan bagi menyelesaikan masalah peribadinya yang kini berhadapan perbicaraan mahkamah berhubung tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. “Anwar memang terdesak sekarang, orang macam Nik Aziz yang dilihat macam tok guru memang diperlukan oleh Anwar kerana dia menghadapi krisis moral. Jadi, dia akan menggunakannya (pengaruh Nik Aziz) untuk menyelesaikan masalah peribadinya," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah royalti minyak di Kampung Pauh Sembila:n, di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. - sinar harian Menurutnya, Pas kini juga dilihat sudah mula terpedaya dengan mainan politik Anwar sehingga sanggup menggadaikan prinsip utama parti itu untuk menubuhkan negara Islam. “Memang betul, kita te-ngok sekarang ni, Pas seperti sudah meninggalkan asas penubuhannya untuk menubuhkan negara Islam dan bagi saya ini semua gara-gara Anwar yang memanipulasikan keadaan menyebabkan Pas tersepit," katanya. Beliau berkata, Anwar juga memanipulasi Pas dan DAP sehingga kedua-dua parti itu dapat bersama dalam Pakatan Rakyat. “DAP bersama Pas bukan kerana Pas tetapi kerana jaminan Anwar bahawa parti itu tidak akan bawa negara Islam, Anwar memanipulasi keadaan sehingga menggadai prinsip utama Pas untuk menubuhkan negara Islam,“ katanya. |
menantu bekas pm: kau nak jadi hero ka Ku Li,
Oh! Krai Utara
Ku Li mahu digelar hero: Khairy
MACHANG- Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang bertentangan dengan prinsip dan pendirian parti dilihat sebagai cubaan mengumpan dan mahu digelar hero.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, pendirian Tengku Razaleigh yang tidak sehaluan dengan keputusan Kerajaan Pusat mengenai isu royalti minyak Kelantan adalah disengajakan untuk menarik perhatian parti.
"Beliau cuba menarik perhatian parti agar mengenakan tindakan ke atasnya dan akhirnya digelar hero oleh penyokong-penyokong beliau. Saya percaya beliau tidak akan keluar parti memandangkan tindakan tersebut tidak akan menguntungkannya dan telah berbuat demikian dulu.
"Perdana Menteri telah memberi isyarat dan akan menunggu pandangan ahli-ahli UMNO terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan lanjut ke atas beliau dan Pergerakan Pemuda juga telah turun ke akar umbi bagi mendengar pandangan ahli," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival Belia dan Pemuda Negeri Kelantan 2010 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan, di sini, semalam. sinar harian
Buaya patah gigi geraham kena belasah ngan manusia
Oh! Krai Utara
DARWIN - Dua pemain ragbi di Australia menewaskan seekor buaya gergasi selepas bergusti dengan reptilia itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Buaya seberat 1,000 kilogram bernama Burt itu menerkam Big Willie dan Johnathan Thurston yang merupakan kapten pasukan North Queensland Cowboys selepas mereka melompat ke dalam sebuah tangki kaca berisi air di Crocosaurus Cove iaitu sebuah taman buaya di sini pada Khamis lepas.
Ibarat bertemu buku dengan ruas, buaya tersebut bukan sahaja gagal membaham dua mangsanya itu tetapi turut kehilangan sebatang giginya dalam pertarungan sengit tersebut.
Kedua-dua pemain itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ia merupakan sebahagian acara sampingan sebelum perlawanan ujian pasukan itu dengan Gold Coast Titans hari ini. - Agensi





