menantu bekas pm: kau nak jadi hero ka Ku Li,

Oh! Krai Utara

Share
Ku Li mahu digelar hero: Khairy


MACHANG- Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang bertentangan dengan prinsip dan pendirian parti dilihat sebagai cubaan mengumpan dan mahu digelar hero. 

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, pendirian Tengku Razaleigh yang tidak sehaluan dengan keputusan Kerajaan Pusat mengenai isu royalti minyak Kelantan adalah disengajakan untuk menarik perhatian parti. 

"Beliau cuba menarik perhatian parti agar mengenakan tindakan ke atasnya dan akhirnya digelar hero oleh penyokong-penyokong beliau. Saya percaya beliau tidak akan keluar parti memandangkan tindakan tersebut tidak akan menguntungkannya dan telah berbuat demikian dulu. 

"Perdana Menteri telah memberi isyarat dan akan menunggu pandangan ahli-ahli UMNO terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan lanjut ke atas beliau dan Pergerakan Pemuda juga telah turun ke akar umbi bagi mendengar pandangan ahli," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival Belia dan Pemuda Negeri Kelantan 2010 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan, di sini, semalam. sinar harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...