Banganglah Rakyat Kelantan Kalau Terima 2 Bilion Barangkali

Oh! Krai Utara

Share


barangkali tajuk diatas amat amatlah sesuai untuk diluahkan oleh pemimpin semacam gambar yang tertera diatas. Barangkali ayat tersebutlah yang dibawa kehulu hilir bersama satu kempen penerangan yang boleh dianggap sebagai salah satu ter...paling penting dalam agenda pimpinan umno untuk meyakinkan rakyat malaysia dengan keikhlasan dan dermawannya pimpinan mereka.

dari cakap keluar dari mulut masuk mic. keluar ikut pembesar suara hingga dalam tv sampailah dalam suratkoba mereka laungkan.

seolah perjuangan utk 2 bilion itu umpama dua posen kot.
dan 20 juta umpama beribu lemon,

maka budak mereka yang bodoh pom rasa 20 juta tu banyak, barangkali mereka pandai ke dak tulih angka dua bilion itu. maka kerana bangangnya pemimpin yang membangankan budak budak mereka, terlompat lah mereka dengan puji pujian tanda suka mereka akan rahmat dari ketua mereka seperti gambar dibawah

 
memberuk lah mereka yang tertipu dengan pemimpim penipu siap kata tq laie hu3

  



Read More - Banganglah Rakyat Kelantan Kalau Terima 2 Bilion Barangkali

Sejarah Yang Di Gelapkan UMNO: Jatuhnya Empayar Melaka kerana pemimpin yang celaka!

Oh! Krai Utara

Share
Kejatuhan Empayar Melayu Melaka Satu Konspirasi 

Sekali lagi sejarah digelapkan. Gelap dan semakin malap dek kerana ramai antara kita yang malas mengkaji dan menggali asal-usul sejarah tamadun kita. Kita hanya menerima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku teks sejarah di sekolah, universiti dan lain-lain pusat pengajian tinggi.

Saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja. 

Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.
 
Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?

Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?

Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak Melayu kalah? Kuno dan mundur ketinggalan zaman.

Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?

Jawapannya tidak sama sekali. Malah, ada kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan melayu di nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol. Catatan-catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan melayu lain di Asia Tenggara.

Malahan, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriam-meriam yang berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara. Apakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki pelabuhan paling kaya di timur menjadi buta dan tuli tidak mendapatkan senjata-senjata ini daripada kerajaan-kerajaan yang berjiran sedangkan kerajaan-kerajaan Eropah, Timur Tengah, India dan Cina mahupun Jepun berebut -rebut ingin mendapatkan senjata-senjata ini daripada nusantara ini ???

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?

Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri.

Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno. Dari dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam-meriam besar, pemuras, istinggar dan lain-lain senjata api. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan. Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang. Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.

Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak. Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?

Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka. Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang? 

Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah. Tiada satu pun yang menyebut tentang angkatan tentera laut Melaka yang ikut mempertahankan kota Melaka. Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?

Memang perlu diakui bahawa Sultan yang memerintah Melaka ketika itu telah melakukan kesilapan besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang gilakan kuasa serta korup. Sultan Melaka ketika itu juga dikatakan sering berfoya-foya dengan penzinaan dan arak.Wallahualam.

Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?

Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot. Si Kitol dan Raja Mendeliar sudah pasti. Namun, masih ada pembelot yang lain yang terlepas daripada catatan sejarah.

Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah baginda menyesal atas segala perbuatannya dahulu?
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!”

Jadi, semua rakyat Malaysia boleh mengambil pengajaran daripada peristiwa kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini. Pemimpin yang korup serta tidak amanah menjual kedaulatan negara haruslah diganti dengan pemimpin yang amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara serta yang paling penting mengamalkan perintah Allah dan rasulnya.

Sekian.
Read More - Sejarah Yang Di Gelapkan UMNO: Jatuhnya Empayar Melaka kerana pemimpin yang celaka!

Bakal Kencundangkah Najib di tangan Sedara Muhyidin

Oh! Krai Utara

Share

Dari “Mahathir vs Abdullah” ke “Muhyiddin vs Najib” 
Khabar mula tersebar bahawa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddn Yassin sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melawan ketuanya, Najib Razak. Malah, analisis ahli akademik Greg Lopez menjangkakan bahawa “Najib yang baru memegang tampuk kuasa mulai April 2009, kini dalam bahaya gagal menyempurnakan tempoh satu penggal sebagai Perdana Menteri”. 【Baca: Is Najib on his way out?】
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menghangatkan “bahang” apabila mencabar dan mendesak Muhyiddin untuk menyatakan pendirian sama ada mendukung gagasan “1Malaysia” oleh Najib, ataupun mewarisi legasi Mahathir Mohamad. Lantas Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan media, malah setiap gerak-gerinya bakal diteliti di bawah kanta pembesar, termasuk berapa kali beliau menyebut “1Malaysia” dalam ucapan selepas ini.
Kisah tikam-menikam antara ketua dengan timbalannya bukanlah sesuatu yang baru dalam politik. Ketua akan sentiasa mengawasi dan menyekat pengaruh timbalannya, di samping timbalannya pula akan menunggu dan mencari kesempatan untuk mengorak satu lagi langkah ke depan…
Persepsi terhadap Najib terlalu negatif
Sebelum Najib menjangkau kemuncak kuasa, tidak kurang desas-desus yang mengatakan bahawa beliau tidak akan dilantik sebagai PM Malaysia. Dari perhitungan politik Abdullah Ahmad Badawi, beliau tidak yakin bahawa Najib akan melindungi kepentingannya. Untuk sesetengah anggota UMNO pula, mereka khuatir bahawa Najib yang terjerat dengan pelbagai tuduhan dan persepsi negatif mudah terdedah kepada serangan pembangkang. Dari segi moral, Najib dikaitkan oleh pembangkang dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu; dari segi integriti pula, beliau tercalit dengan isu komisen pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi.
Sekali imbas, zaman “reformasi” menjadikan Mahathir Mohamad sebagai ikon “zalim”, “rasuah”; dan Abdullah Badawi pula disifatkan sebagai “lemah”, “lambat” sebelum PRU ke-12. Pemimpin akar umbi mendapati diri mereka sukar untuk menangkis serangan sedemikian yang dilontarkan oleh pembangkang dalam ceramah politik. Maka, Najib yang sudah terpaut dengan persepsi negatif sebelum menjadi PM ini sebenarnya adalah beban dari kaca mata mereka.
Muhyiddin puas sekadar TPM?
Dalam situasi sedemikian, Muhyiddin Yassin menjadi calon PM yang boleh “dipertimbangkan.” Lebih-lebih lagi, apabila Mahathir Mohamad sudah tidak sabar dengan Najib yang masih keraguan untuk mencabar Abdullah Badawi seketika dahulu, nama Muhyiddin pula digilap berkali-kali olehnya.
Gandingan pimpinan “Najib-Muhyiddin” hari ini sebenarnya terhasil daripada keberanian Muhyiddin Yassin untuk mendesak agar Abdullah Badawi berundur. Dari sudut ini, Najib boleh dikatakan mengecapi hasil daripada “risiko” yang ditanggung Muhyiddin setahun yang lalu.
Ironinya, jikalau dihitung dari segi umur pula, Najib menjadi tanda noktah kepada riwayat politik Muhyiddin Yassin di sebaliknya. Muhyiddin Yassin, 63, enam tahun lebih tua daripada Najib Razak. Dengan kata lain, semakin lama Najib kekal sebagai PM, semakin tipis peluang Muhyiddin menjadi penggantinya.
Seandainya Muhyiddin tidak puas sekadar menjadi TPM, maka beliau perlu bertindak untuk menyekat Najib, sekurang-kurangnya dalam tempoh tidak melebihi dua penggal. Dalam sistem politik Malaysia (buat setakat ini), sesiapa yang bertekad untuk menjadi PM wajib meraih sokongan UMNO terlebih dahulu.
Gelanggang silat politik di UMNO
Dan di situlah gelanggang silat politik antara Muhyiddin dengan Najib. Muhyiddin memiliki kelebihan dalam UMNO apabila tampil dengan imej pemimpin yang lantang bersuara dalam isu kepentingan Melayu dan Islam. Sebaliknya, Najib berada dalam gelanggang politik yang lebih luas, perlu mengambil kira tuntutan dan keperluan semua pihak.
Bertitik tolak daripada itu, “1Malaysia” dilaungkan untuk memikat undi semua kaum. Najib memainkan peranan untuk menunjukkan kepada masyarakat bukan Melayu-Islam dan pengundi bandar bahawa UMNO sedia berubah. Muhyiddin pula, sebaliknya memainkan peranan untuk meyakinkan masyarakat Melayu-Islam dan penyokong UMNO bahawa kepentingan Melayu dan Islam tidak terjejas berikutan “perubahan UMNO”.
Pendekatan yang digunakan kedua-dua mereka sebenarnya tidak selari dan saling bercanggah. Dan di celah-celah inilah Lim Kit Siang menusuk jarumnya. Persoalannya mudah, apakah Muhyiddin sudah bersedia untuk menggulingkan Najib?
Proses menggulingkan Pak Lah
Persoalan ini semestinya mencungkil minat orang ramai jikalau dilontarkan. Tetapi, seandainya diimbas kembali proses menggulingkan PM kelima, Abdullah Badawi yang berakhir belum genap setahun, kita akan mendapati bahawa syarat yang ada pada Muhyiddin sebenarnya belum matang.
Mahathir melemparkan kritikan terbukanya terhadap Abdullah buat kali pertama pada 7 Jun 2006. Sekiranya dikira dari tarikh tersebut, proses penggulingan Abdullah Badawi sebenarnya mengambil masa lebih daripada dua tahun. Malah, mustahil Abdullah mengundur diri seandainya tidak berlaku tsunami politik pada 8 Mac 2008.
Dalam tempoh lebih daripada dua tahun ini, Mahathir menggunakan segala kritikan tajamnya, sindiran sinisnya, malah mengambil langkah drastik untuk keluar parti sebagai desakan terhadap Abdullah. Bahkan, rombakan semula puak-puak berkepentingan dalam UMNO, misalnya beberapa puak “anti-Pak Lah” bersatu untuk menyerang bersama Abdullah-Khairy, menjurus kepada pencapaian matlamat itu.
Kedudukan Abdullah tidak goyah seandainya hanya tekanan dari dalam parti. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan melalui media internet terhadap saham dan harta yang dimiliki keluarganya, serangan Mahathir sehabis-habisnya gagal menjatuhkan Abdullah dari tempatnya, sebelum PRU ke-12.
Hanya apabila tsunami politik mengombak pada 8 Mac 2008, barulah arus tekanan dalam parti semakin menderas. Biarpun begitu, Abdullah (gambar kanan) masih mampu bertahan pada tempatnya, sehingga kekalahan besar UMNO-BN dalam PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008.
Natijah pergelutan UMNO
Melaga-lagakan musuh politik bukanlah taktik baru, malah sudah berkali-kali pemimpin PAS dilagakan apabila pemimpin PKR mahupun DAP mengambil pendekatan yang kelihatan tidak selari dengan apa yang dihujahkan PAS secara tradisionalnya. Jelas, Muhyiddin belum memiliki syarat-syarat seperti di atas untuk menamatkan riwayat politik Najib.
Namun, persoalan yang lebih penting, apakah natijahnya daripada pergelutan kuasa dalam UMNO? Apakah masyarakat Malaysia perlu mengulangi satu proses yang sama, kembali kepada titik asal setelah habisnya satu putaran di bulatan politik?
Ketika Mahathir melawan Abdullah Badawi melalui Najib, Abdullah ditampilkan oleh pembangkang sebagai pemimpin yang cuba membawa perubahan kepada UMNO, sementara Najib ditonjolkan pula sebagai pendukung Mahathirisme.
Tetapi, apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa, beliau pula ditonjolkan sebagai pemimpin yang bertekad membawa perubahan kepada UMNO, di samping Muhyiddin Yassin memainkan peranan sebagai batu penghalang perubahan, kini dituduh sebagai pewaris legasi Mahathir.
Mungkin ada yang mendakwa bahawa “perubahan” yang dibawa oleh Abdullah Badawi, walaupun tidak mendatangkan hasil yang jelas, tetapi setidak-tidaknya membuka sedikit ruang, yang akhirnya menjurus kepada tsunami politik. Pertarungan antara Mahathir dengan Abdullah, walaupun berkisarkan perebutan kuasa dan kepentingan, tetapi membuka ruang kebebasan bersuara secara tidak sengaja. Pertarungan itu memperlihatkan bagaimana Mahathir yang mencabul kebebasan bersuara semasa pemerintahannya, akhirnya memilih media internet untuk membalas serangan daripada media arus perdana yang dikuasai Abdullah.
Namun demikian, jika dilihat kepada “pergelutan” yang ada sekarang, masyarakat kita sebenarnya tidak dimanfaatkan. Menjuarai isu perkauman dan agama telah memberi laluan kepada pencerobohan rumah ibadat, peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam tempoh puluhan tahun kebelakangan.
Malah, apakah ruang kebebasan dan demokrasi terbuka luas kerana “pergelutan”, atau “ketidak-selarian” antara orang nombor pertama dan kedua dalam negara ini? Apakah “rasuah”, “kebebasan”, “demokrasi”, “keadilan” dibangkitkan sebagai isu, untuk menyelesaikan masalah Malaysia pada hari ini?
Jawapannya amatlah jelas. Cuma, mengapa ghairah sangat untuk berputar-putar di bulatan politik yang sama?
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.
Read More - Bakal Kencundangkah Najib di tangan Sedara Muhyidin

Bernama Lapor 92.55 % calon STPM 2009 lulus penuh

Oh! Krai Utara

Share
92.55 peratus calon STPM 2009 lulus penuh


Kira-kira 92.55 peratus daripada 48,446 pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) tahun lepas lulus penuh, Majlis Peperiksaan Malaysia mengumumkan hari ini. — Bernama
Read More - Bernama Lapor 92.55 % calon STPM 2009 lulus penuh

Cina pertama DUN cempaka terima manfaat kifalah kami tok ponting bangso kami ponting islam

Oh! Krai Utara

Share

KOTA BHARU - Mendiang Aw Eak May dari Cabang Tiga Pengkalan Chepa menjadi penerima Cina pertama skim Takaful Kifalah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Sumbangan berkenaan diterima oleh anaknya, Chiel Tin Kim, 53, dalam satu majlis yang disempurnakan oleh wakil peribadi ADUN Chempaka, Hassan Mamat.

Ketika ditemui, Tin Kim begitu terkejut kerana tidak menyangka akan mendapat sumbangan dari tabung berkenaan selepas kematian ibunya pada 27 Januari lalu.

“Memang mendiang ibu saya ada mendaftar untuk skim ini, tak sangka pula hari ini pihak berkenaan datang menyerah-kan wang sumbangan.

“Sebagai rakyat Kelantan, saya gembira kaum lain seperti kami sentiasa dialu-alukan dan dibantu Kerajaan Negeri, dalam masa sama kepentingan kami juga sentiasa dijaga sebaik mungkin,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, mendiang ibunya cukup gembira tinggal di Kelantan dan menjalani kehidupan dalam masyarakat Islam walaupun diperintah Pas.

Katanya, keterbukaan Kerajaan Negeri kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa adalah contoh terbaik yang boleh dipuji terutamanya galakan dalam menjalankan perniagaan kepada sesiapa sahaja.

“Berbanding negeri lain, kehidupan di sini lebih baik dan gembira, malah kami bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan.

“Selama hidupnya, mendiang ibu saya tidak pernah ada musuh sebaliknya diterima dengan terbuka oleh semua orang walaupun kami golongan minoriti di sini,” katanya.

Sementara itu, Hassan yang ditemui sejurus selepas majlis melahirkan rasa gembira dengan penerimaan bangsa lain terhadap pemerintahan Kerajaan Negeri di bawah Pas.

Katanya, Kerajaan Ne-geri tidak pernah sesekali mengetepikan bangsa lain yang tinggal di :negeri ini sebaliknya mereka sentiasa diberi hak yang sama dengan orang Islam.

“Selagi mereka adalah rakyat Kelantan, tidak kira apa bangsa sekalipun berhak untuk menerima sebarang bentuk bantuan yang disediakan, sebagai pihak yang dipilih oleh rakyat, kita akan sentiasa memastikan kebajikan setiap orang terjaga sebaik mungkin,” katanya.
Read More - Cina pertama DUN cempaka terima manfaat kifalah kami tok ponting bangso kami ponting islam

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...