Cina pertama DUN cempaka terima manfaat kifalah kami tok ponting bangso kami ponting islam
Oh! Krai Utara
KOTA BHARU - Mendiang Aw Eak May dari Cabang Tiga Pengkalan Chepa menjadi penerima Cina pertama skim Takaful Kifalah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka. Sumbangan berkenaan diterima oleh anaknya, Chiel Tin Kim, 53, dalam satu majlis yang disempurnakan oleh wakil peribadi ADUN Chempaka, Hassan Mamat. Ketika ditemui, Tin Kim begitu terkejut kerana tidak menyangka akan mendapat sumbangan dari tabung berkenaan selepas kematian ibunya pada 27 Januari lalu. “Memang mendiang ibu saya ada mendaftar untuk skim ini, tak sangka pula hari ini pihak berkenaan datang menyerah-kan wang sumbangan. “Sebagai rakyat Kelantan, saya gembira kaum lain seperti kami sentiasa dialu-alukan dan dibantu Kerajaan Negeri, dalam masa sama kepentingan kami juga sentiasa dijaga sebaik mungkin,” katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, mendiang ibunya cukup gembira tinggal di Kelantan dan menjalani kehidupan dalam masyarakat Islam walaupun diperintah Pas. Katanya, keterbukaan Kerajaan Negeri kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa adalah contoh terbaik yang boleh dipuji terutamanya galakan dalam menjalankan perniagaan kepada sesiapa sahaja. “Berbanding negeri lain, kehidupan di sini lebih baik dan gembira, malah kami bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan. “Selama hidupnya, mendiang ibu saya tidak pernah ada musuh sebaliknya diterima dengan terbuka oleh semua orang walaupun kami golongan minoriti di sini,” katanya. Sementara itu, Hassan yang ditemui sejurus selepas majlis melahirkan rasa gembira dengan penerimaan bangsa lain terhadap pemerintahan Kerajaan Negeri di bawah Pas. Katanya, Kerajaan Ne-geri tidak pernah sesekali mengetepikan bangsa lain yang tinggal di :negeri ini sebaliknya mereka sentiasa diberi hak yang sama dengan orang Islam. “Selagi mereka adalah rakyat Kelantan, tidak kira apa bangsa sekalipun berhak untuk menerima sebarang bentuk bantuan yang disediakan, sebagai pihak yang dipilih oleh rakyat, kita akan sentiasa memastikan kebajikan setiap orang terjaga sebaik mungkin,” katanya. |
0 ulasan:
Catat Ulasan