Oh Patut la Demo Kaya, Jual Klip Video Porno Rupanya

Oh! Krai Utara

Share

Eksekutif telco ditahan jual klip video lucah

KUALA LUMPUR, Feb 24 — Rahsia di sebalik gaya hidup mewah seorang eksekutif sebuah syarikat telekomuniksi terbongkar tengah malam tadi apabila dia ditahan polis kerana disyaki menjalankan kegiatan terlarang.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun itu menjadi dalang di sebalik penjualan klip video lucah kepada pelanggan syarikat itu melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Seorang pegawai polis yang enggan dikenali mengesahkan suspek memiliki sebuah kereta Porsche dan sebuah BMW serta meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan.

Pegawai itu berkata setakat ini, lelaki berkenaan telah mengaut pendapatan hampir RM11 juta.

Suspek ditahan para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman di rumahnya di Putra Heights berhampiran Subang Jaya berikutan satu laporan polis oleh syarikat berkenaan minggu lepas.

Polis memperoleh perintah mahkamah hari ini bagi menahan reman lelaki terbabit selama tiga hari bagi memudahkan penyiasatan.

Penyiasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dengan cara yang tidak dibenarkan.

Syarikat telekomuniksi terbabit dikatakan menggantung tugas lelaki berkenaan sementara menunggu hasil penyiasatan lanjut tentang kegiatannya itu. — Bernama

Read More - Oh Patut la Demo Kaya, Jual Klip Video Porno Rupanya

1Malaysia Orang Asli Pulak Berdemo!

Oh! Krai Utara

Share

Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan Hospital Orang Asli Gombak tengah hari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.

Dalam satu petisyen berkaitan perkara itu, hospital di bawah seliaan jabatan berkenaan didakwa melakukan penganiayaan kepada masyarakat berkenaan.

Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka sebelum itu mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.

Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Akta 134 kami dicabul," "Mana ubat kami di kampung?," dan "Kami orang miskin di bumi sendiri tapi kami ada maruah dan bukan bodoh."

Kumpulan itu juga turut melaungkan slogan "Jangan rampas hak kami" dan juga "Bunuh kami dulu jika mahu tanah kami" ketika berdemonstrasi di hadapan hospital seliaan bahagian kesihatan dan perubatan JHEOA.

Menurut Sokyen, petisyen itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Baca lagi di

Read More - 1Malaysia Orang Asli Pulak Berdemo!

Exco KEDAH akan ditukar? PR Kedah dah Goncang ke?!!

Oh! Krai Utara

Share

Beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah, mungkin digugurkan setelah dua tahun memegang jawatan berkenaan bagi memberi peluang kepada muka baru untuk menggalas tugas terbabit.

"Saya akan tengok kesesuaian untuk mencari yang terbaik, nak bagi orang lain pula cuba kemahiran masing-masing, tapi saya akan maklumkan kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu," katanya Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, istiadat mengangkat sumpah memegang jawatan dijangka diadakan minggu depan dan akan turut melibatkan beberapa perubahan daripada segi portfolio setiap anggota exco.

Mengenai kuota pelantikan exco, Azizan berkata, ia mungkin dikekalkan iaitu tujuh daripada Pas dan selebihnya daripada Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga berkata, kerajaan Kedah akan membina dua pintu air untuk dijadikan tempat takungan air bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air setiap kali tiba musim kemarau.-Bernama

Read More - Exco KEDAH akan ditukar? PR Kedah dah Goncang ke?!!

Gejala sosial ‘Katakan Tak Nak Kepada Pergaulan Bebas, Zina dan Arak!’

Oh! Krai Utara

Share


KOK LANAS:– Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melancarkan kempen 'Katakan Tak Nak Kepada Pergaulan Bebas, Zina dan Arak!' melalui Lajnah Dakwah & Pembelaan Islam di Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP), di sini.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, Kempen ini mensasarkan golongan muda dan remaja bagi memberi kesedaran kepada mereka mengenai bahaya pergaulan bebas, zina dan arak.

"Amalan tersebut bukan sahaja membawa keburukan dan kebinasaan dalam masyarakat, akan tetapi akibat dosa yang ditanggung akan mendapat azab yang berkekalan di akhirat sekiranya mereka tidak bertaubat,'' katanya ketika merasmikan kempen tersebut.

Turut hadir sama ialah wakil DPPP, Wan Sukairi Wan Abdullah dan ramai lagi.

Abdul Latiff berkata, peringkat awal kempen itu dilancarkan dalam bentuk edaran pelekat kenderaan dalam dua saiz yang tertulis 'Katakan Tak Nak Kepada Pergaulan Bebas, Zina dan Arak!' dan edaran risalah 'Zina meruntuhkan Institusi Kekeluargaan'.

Beliau berkata, turut tertera ialah petikan maksud ayat al-Quran supaya menjauhi zina, statistik Jabatan Pendaftaran Negara mengenai pendaftaran anak tanpa bapa dan statistik anak luar nikah menurut negeri-negeri di Malaysia.

Menurutnya, kempen tersebut juga bertujuan memberi kefahaman mengenai cara hidup Islam yang sebenar kepada golongan muda supaya mereka betul-betul menjadi rakyat yang faham dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan mereka seharian di samping tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara.

Seramai lebih 100 orang wakil Dewan Pemuda setiap kawasan termasuk Jeli dan Gua Musang turut hadir dalam program ini.

Kesempatan ini juga turut diambil oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang untuk melancarkan derma kilat kepada mangsa kebakaran rumah kedai di Pulai Chondong pada Sabtu lalu dan mereka berjaya memungut sumbangan derma sebanyak RM596.10.

Read More - Gejala sosial ‘Katakan Tak Nak Kepada Pergaulan Bebas, Zina dan Arak!’

Jemaah Gempar, Lidah Manusia Dalam Masjid

Oh! Krai Utara

Share
KOTA BHARU - Jemaah Masjid Muhammadi digemparkan dengan penemuan sebuku daging seakan-akan seperti lidah manusia dalam tandas lelaki masjid tersebut di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, sebuku daging tersebut ditemui atas lantai berhampiran pintu tandas oleh seorang tukang cuci. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penemuan sebuku daging tersebut. 

“Namun kami tidak dapat mengesahkan daging tersebut sama ada lidah manusia atau sebaliknya,” katanya. 

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk menjalankan pemeriksaan dengan lebih terperinci bagi mengecam benda berkenaan. 

Sementara itu saksi kejadian, seorang tukang cuci yang sudah tiga tahun berkhidmat di situ, Zulkifli Ibrahim, 37, berkata, pada pagi itu dia seperti biasa menjalankan tugasnya di kawasan masjid tersebut. 

“Apabila memasuki tandas lelaki, saya terkejut apabila melihat ada sebuku daging yang sekali dipandang ia seakan-akan menyerupai lidah manusia di atas lantai,” katanya. 

Beliau yang risau tentang kejadian tersebut terus memaklumkan kepada pihak berkuasa masjid sebelum membuat laporan polis kira-kira jam 12 tengah hari.sinar harian
Read More - Jemaah Gempar, Lidah Manusia Dalam Masjid

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...