Serabut La Kerja Dengan Pakatan Rakyat Ni!!!!

Oh! Krai Utara

Share
huuu huuu huuu poilitikkkk poning aku
Read More - Serabut La Kerja Dengan Pakatan Rakyat Ni!!!!

Koyak Surat Korang Berani la, Debat Korang Takut Bacul la Pemuda 1Malaysia ni

Oh! Krai Utara

Share
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.


"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.

"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.

"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.

Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.

"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.


sumber: bloglist politik
Read More - Koyak Surat Korang Berani la, Debat Korang Takut Bacul la Pemuda 1Malaysia ni

Andainya Adikku Di Liwat, Siap La Engkau

Oh! Krai Utara

Share

MEREKA BERTANYA, ANDAIKATA ADIKKU DILIWAT

Oleh: WFAUZDIN NS
TERBACA pula saya satu tulisan di dalam sebuah laman web pro Umno yang kelihatan begitu rungsing dengan kehadiran penyokong-penyokong DS Anwar di Mahkamah pada setiap kali perbicaraan kes liwat yang beliau hadapi sekarang. Di dalam tulisannya, penulis agak hairan mengapa terdapat beberapa penyokong DS Anwar yang membaca Surah Yaasin di sekitar bangunan Mahkamah. Akhirnya, penulis berpendapat biar sahaja Mahkamah menentukan samada DS Anwar bersalah atau tidak dan penulis mengajukan soalan bagaimana perasaan kita sekiranya adik kita diliwat orang? Soalan itu tentunya bermaksud bagaimana perasaan yang dihadapi oleh keluarga Si Saiful yang dikatakan diliwat oleh DS Anwar.

Pertamanya, saya ingin mengandaikan (mohon dilindungi Allah) sekiranya adik saya menjadi mangsa liwat tidak kira oleh sesiapa pun hatta oleh Si Tua berusia 60 tahun ke atas. Saya akan memaksa adik saya membuat laporan Polis SEGERA sebaik sahaja beliau diliwat secara paksa. Ini membolehkan agar tindakan segera oleh pihak berwajib dapat dilakukan di samping memudahkan siasatan pihak Polis. Tindakan segera ini juga membolehkan `bahan bukti' diperolehi dengan mudah. Saya tidak akan membenarkan adik saya menangguh untuk membuat laporan Polis walaupun untuk dua hari apatah lagi memaksa adik saya `menahan membuang air besar' selama dua hari semata-mata untuk `memelihara bukti' yang ada tersimpan.

Seandainya adik saya mengadu beliau diliwat oleh seseorang, selain dari saya memaksanya untuk membuat laporan Polis saya juga akan menasihati beliau agar tidak lagi berjumpa dengan orang yang meliwatnya. Adik saya mesti menjauhkan diri selepas sahaja kejadian itu berlaku. Seandainya adik saya memberitahu beliau di`ugut' agar bersetuju untuk melakukan perbuatan terkutuk itu, saya juga akan meminta adik saya terus membuat laporan Polis agar pihak berwajib itu dapat melindungi beliau. Saya tidak akan meminta adik saya untuk membuat laporan kejadian itu kepada mana-mana Ketua Kampung, Imam, YB-YB, atau mana-mana Menteri sekali pun kerana ini merupakan kes jenayah dan pihak Polis adalah tempat yang pertama mesti dilaporkan kejadian itu.

Saya pastinya akan memastikan adik saya tidak berjumpa lagi dengan orang yang meliwatnya walaupun semata-mata untuk menghidangkan air teh di rumahnya. Selepas membuat laporan Polis, tentunya pihak berkenaan terus mengarahkan adik saya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di mana-mana Hospital Kerajaan, dan saya tidak akan izinkan adik saya pandai-pandai pergi sendiri ke mana-mana klinik kerana ini merupakan kes jenayah bukan sekadar sakit perut atau buasir biasa. Katakan lah (sekali lagi mohon dilindungi Allah) adik saya diliwat pada 26hb, saya akan tentukan adik saya membuat laporan Polis dan pemeriksaan kesihatan pada hari itu juga kerana `bahan bukti' masih dikira `fresh' lagi.

Sekiranya laporan Polis telah dibuat, bukti telah cukup memudahkan siasatan dilakukan. Tentunya saya tidak setuju kalau adik saya menggatal-gatal pula hendak membuat `sumpah laknat' junjung Al-Quran di mana-mana sekali pun, apatah lagi di Rumah Allah. Kenapa saya tidak setuju? Pertamanya, mengapa pula adik saya perlu `bersumpah' jika bukti sudah cukup? Keduanya, berdosa besar jika mempermainkan hukum agama dengan sumpah yang tidak mematuhi hukum Islam itu, walaupun adik saya ingin sangat untuk `bersumpah laknat' dengan berpakaian bagai pengantin akad nikah. Tentunya saya akan malu dengan perbuatan adik saya itu, apatah lagi yang hendak disumpahkan itu melibatkan binasa keturunan keluarga saya. Pada saya, jika semua kejadian jenayah hendak guna `sumpah' maka tidak perlu diadakan mahkamah, hakim mahu pun Qadhi. Lainlah jika Mahkamah Syariah yang memerintah berbuat demikian.

Tentang bacaan Yaasin di mahkamah sewaktu bersidang, jika berlaku kepada adik saya, saya tidak hairan kerana apa salahnya sesiapa pun ingin membaca Yaasin. Mengapa pula adik saya rasa takut dan bimbang dengan Surah Yaasin, kerana yang takut mendengar Surah Yaasin itu lazimnya adalah Iblis, Syaitan dan Hantu Puaka. Jika benar, takut apa? Malah, saya akan suruh adik saya juga membaca Surah Yaasin bukan sahaja di mahkamah bahkan di rumah sebilang waktu kerana membaca Surah Yaasin itu mendapat pahala serta fadhilatnya terlalu banyak. Saya akan nasihatkan adik saya memperbanyakkan Solat Hajat, Solat Taubat atau apa jua amalan baik tidak kira dahi adik saya bakal menjadi hitam atau tidak kerana ibadah itu. Apa yang penting adik saya ikhlas dan jujur di dalam ibadahnya.

Begitulah serba sedikit apa yang saya rasa perlu saya lakukan sekiranya adik saya menjadi mangsa seperti Si Saiful dakwa itu. Saya tidak mahu adik saya akan disumpah seranah orang tujuh keturunannya walau pun adik saya nanti bakal menjadi jutawan. Apalah gunanya harta benda jika hidup dicaci orang sepanjang hayat./
wfauzdin.blogspot 
Read More - Andainya Adikku Di Liwat, Siap La Engkau

Cara Mossad Membunuh Mahmoud al-Mabhouh terungkai

Oh! Krai Utara

Share

NEW YORK - Seperti filem di Hollywood mengenai kisah pembunuhan.
Akhbar New York Post kelmarin menyenaraikan cara satu skuad pembunuhan membunuh seorang komander Hamas, Mahmoud al-Mabhouh di sebuah hotel mewah di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Januari lalu.
Skuad pembunuhan itu sebelum ini dikaitkan dengan agensi perisikan Mossad milik Israel.
Menurut akhbar itu, Mahmoud yang dilahirkan di Kem Jabalia di Genting Gaza pada 1960 pernah menculik dan membunuh dua askar Israel pada 1989 di Palestin.
Selepas pembunuhan itu diketahui oleh umum, Israel berikrar akan membalas dendam manakala Mahmoud melarikan diri tetapi dia tidak keluar daripada pergerakan Hamas.
Mahmoud kemudiannya dilaporkan menyeludup senjata api dan bahan letupan kembali ke Gaza dari Syria yang merupakan tempat tinggalnya yang baru. baca seterusnya
Read More - Cara Mossad Membunuh Mahmoud al-Mabhouh terungkai

Kadir Jasin dakwa khalid samad pertikai kepimpinan PAS

Oh! Krai Utara

Share

KEWIBAWAAN kepemimpinan Pas terus dipertikaikan dari dalam apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, menggesa kepemimpinan parti itu menghukum semua ahli yang “mensabotaj Pakatan Rakyat.”

Sementara itu Ketua de fakto PR, Anwar Ibrahim, mengumumkan pelan menyegarkan semula PR yang termasuk penubuhan Panel Disiplin bagi menangani pergaduhan di kalangan ahli parti-parti komponen.

Kenyataan beliau dibuat ketika pertikaman lidah secara terbuka sedang memuncak antara ahli partinya, PKR dengan DAP di Pulau Pinang.

Khalid dilaporkan oleh laman berita bebas The Malaysian Insidersebagai berkata kepemimpinan sedang diadili kerana menggantung beliau selama enam bukan, tetapi membebaskan Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya Pas Selangor, dengan hanya amaran.

Lembaga Disiplin Pas pada 29 Januari lalu mengambil tindakan ke atas Hasan kerana membuat kenyataan terbuka mengkritik Selcat, badan pengawasan pelaksanaan kerajaan PR Selangor.

Manakala Khalid dihukum kerana dituduh mendedahkan rahsia parti dalam pergaduhannya dengan Dr Hassan. Khalid mahu Dr Hassan ikut dasar parti atau meletakkan jawatan.

“Bukan saya sahaja yang sedang diadili tetapi parti juga kerana orang ramai sedang memerhatikan bagaimana kita menguruskan diri kita,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Beliau mendakwa Pas telah gagal memastikan keadilan dilakukan dan berkata dia belum dimaklumkan apakah rahsia parti yang didedahkannya itu. Katanya Lembaga Disiplin tidak menyatakan apa kesalahan beliau selain mengatakan dia didapati bersalah.

Khalid berkata beliau akan merayu kepada kepemimpinan Pas supaya membuktikan keikhlasan dan komitmen mereka kepada PR. Katanya keikhlasan dan komitmen Pas kepada PR sedang dipersoalkan.

Katanya Islam menyeru pengikutnya menunaikan janji sambil merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada tahun 2008 bahawa Pas wajib meletakkan kedua-dua belah kaki di dalam sebuah sampan dan bukan sebelah kaki dalam dua buah sampan.

Khalid mengulangi kenyataan yang dia tidak akan merayu hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh Lembaga Disiplin.
Read More - Kadir Jasin dakwa khalid samad pertikai kepimpinan PAS

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...