Kadir Jasin dakwa khalid samad pertikai kepimpinan PAS

Oh! Krai Utara

Share

KEWIBAWAAN kepemimpinan Pas terus dipertikaikan dari dalam apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, menggesa kepemimpinan parti itu menghukum semua ahli yang “mensabotaj Pakatan Rakyat.”

Sementara itu Ketua de fakto PR, Anwar Ibrahim, mengumumkan pelan menyegarkan semula PR yang termasuk penubuhan Panel Disiplin bagi menangani pergaduhan di kalangan ahli parti-parti komponen.

Kenyataan beliau dibuat ketika pertikaman lidah secara terbuka sedang memuncak antara ahli partinya, PKR dengan DAP di Pulau Pinang.

Khalid dilaporkan oleh laman berita bebas The Malaysian Insidersebagai berkata kepemimpinan sedang diadili kerana menggantung beliau selama enam bukan, tetapi membebaskan Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya Pas Selangor, dengan hanya amaran.

Lembaga Disiplin Pas pada 29 Januari lalu mengambil tindakan ke atas Hasan kerana membuat kenyataan terbuka mengkritik Selcat, badan pengawasan pelaksanaan kerajaan PR Selangor.

Manakala Khalid dihukum kerana dituduh mendedahkan rahsia parti dalam pergaduhannya dengan Dr Hassan. Khalid mahu Dr Hassan ikut dasar parti atau meletakkan jawatan.

“Bukan saya sahaja yang sedang diadili tetapi parti juga kerana orang ramai sedang memerhatikan bagaimana kita menguruskan diri kita,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Beliau mendakwa Pas telah gagal memastikan keadilan dilakukan dan berkata dia belum dimaklumkan apakah rahsia parti yang didedahkannya itu. Katanya Lembaga Disiplin tidak menyatakan apa kesalahan beliau selain mengatakan dia didapati bersalah.

Khalid berkata beliau akan merayu kepada kepemimpinan Pas supaya membuktikan keikhlasan dan komitmen mereka kepada PR. Katanya keikhlasan dan komitmen Pas kepada PR sedang dipersoalkan.

Katanya Islam menyeru pengikutnya menunaikan janji sambil merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada tahun 2008 bahawa Pas wajib meletakkan kedua-dua belah kaki di dalam sebuah sampan dan bukan sebelah kaki dalam dua buah sampan.

Khalid mengulangi kenyataan yang dia tidak akan merayu hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh Lembaga Disiplin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...