Dr. 1M Mahu Lotus F1 Racing Pamer Aksi Pembaziran Terbaik 1Malaysia di Bahrain Bukti

Oh! Krai Utara

Share

NORFOLK (NORWICH): Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mahu pasukan Formula One (F1) Malaysia, Lotus F1 Racing memberikan saingan terbaik pada perlumbaan pembukaan di Bahrain bulan depan bagi menjaga imej dan reputasi jenama Lotus.
Beliau percaya pasukan itu pastinya mempunyai misi tersendiri untuk mencatat kejayaan terbaik dan berusaha mencapainya sementelahan mereka menggunakan nama Lotus, yang mempunyai reputasi tinggi.
Dr. M Mahu Lotus F1 Racing Pamer Aksi Terbaik Di Bahrain
Jika mereka gagal mencatat kejayaan, ia pastinya akan menjejaskan imej pasukan yang menggunakan nama tersohor jenama kuasa automotif dari United Kingdom itu dan memberi kesan tidak baik kepada pasukan.
Dr Mahathir, yang memainkan peranan penting dalam sukan permotoran di Malaysia berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kilang pasukan itu di sini semalam.
Hadir sama Ketua pasukan Lotus F1 Racing, Datuk Seri Tony Fernandes, kedua-dua timbalannya Datuk Kamaruddin Meranun dan SM Nasaruddin SM Nasimuddin, serta Ketua Pegawai Eksekutif Riad Asmat dan Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne.
Dr Mahathir secara berseloroh berkata keupayaan pasukan itu membina jentera perlumbaan dalam masa yang singkat telah menyebabkannya "tewas pertaruhan".
"Saya berada di sini kerana saya tidak percaya mereka akan dapat menyiapkan jentera perlumbaan mereka, jadi saya mencabar mereka. Anda siapkan dahulu jentera perlumbaan dan saya akan datang melawat, dan mereka berjaya menyediakannya. Saya tewas dalam pertaruhan ini... nasib baik tidak melibatkan wang," katanya.
Ditanya mengenai persepsinya tentang pasukan itu, Dr Mahathir berkata keupayaan pasukan kecil Lotus F1 Racing membina jentera untuk perlumbaan F1 dalam masa yang singkat lima bulan sangat menakjubkan kerana bagi membina sebuah kereta sekurang-kurangnya mengambil masa setahun walaupun hanya sebuah jentera prototaip.
"Saya sangat kagum dan melihat mereka amat bernasib baik kerana mereka dapat memiliki kilang yang sedia mempunyai kelengkapan untuk membina kereta. Kilang ini asalnya milik Toyota dan Audi serta semua telah tersedia, maka mereka perlu melakukan sedikit sahaja untuk mengendalikannya atau menambah apa jua keperluan," katanya.
Dr Mahathir berkata adalah sesuatu yang menakjubkan bagi sebuah pasukan kecil Lotus F1 Racing berjaya memulakan dan menghimpunkan sejumlah individu yang pakar dalam pembuatan kereta.
Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Bapa Sukan Permotoran di Malaysia, diberi peluang untuk duduk di dalam jentera Lotus Cosworth T127 Chassis 02 dengan enjin jentera dihidupkan.
Sementara itu, Fernandes berkata Lotus F1 Racing sedang bersaing dengan mereka yang terbaik di dunia dan beliau percaya pasukan itu akan melakukan yang terbaik meskipun dengan bajet terhad.
Ia bukanlah mengenai sejumlah wang yang banyak tetapi lebih untuk menunjukkan kebolehan kepada dunia, khususnya sebagai rakyat Malaysia, katanya.
Menafikan dakwaan pasukan itu gagal menarik penaja kerana ragu akan keupayaan mereka, beliau berkata: "Saya tahu banyak keraguan timbul tetapi pertamanya, kamu hanya mempunyai lima bulan, pasukan lain memiliki 10 tahun. Tunggu dan lihat sahajalah, malahan kami juga tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk membawa penaja.
"Matlamat kami pada masa ini ialah untuk menamatkan empat perlumbaan pertama. Kami juga tidak mensasarkan sebarang kedudukan. Anda berlumba dengan Ferrari yang telah berada dalam dunia perlumbaan sejak 1930, ini bermakna sudah 80 tahun sedangkan kami baru lima bulan.
"Bajet Ferrari pastinya lebih besar daripada kami, jadi berilah sokongan kepada kami dan tunjukkan kepada dunia apa yang boleh kita lakukan. Memiliki wang yang banyak bukanlah kunci utama mencapai kejayaan.
"Saya mempunyai individu yang hebat. Tenaga, innovasi bukanlah sesuatu yang boleh dibeli dengan wang, maka saya tidak terlalu khuatir mengenainya. Sudah tentu kami mahu memiliki penaja besar yang dapat memberikan kami tajaan yang besar dan kami menjadi lebih berdaya saing tetapi jika itu tidak berlaku maka kami akan melakukan dengan apa yang kami ada," katanya. - BERNAMA
Read More - Dr. 1M Mahu Lotus F1 Racing Pamer Aksi Pembaziran Terbaik 1Malaysia di Bahrain Bukti

Fakta Sejarah dan Keunggulan Bangsa Melayu Yang Di Gelap OLeh Barat dan diteruskan pewarisnya BN

Oh! Krai Utara

Share

di petik dari : Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah







Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.

Dalam artikel saya akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Saya akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

Benarkah begitu?







'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu





Pada tahun 80-an,satu filem telah diterbitkan berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik serta unik dan menimbulkan pelbagai misteri.

Apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:




Pemuras


Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoonini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.




Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atauFlintlock Musket.Mengapa?

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.


*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.


Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkanblunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.





Terakol











Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.



*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)


Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.





Istinggar




Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.





Lela Rentaka


Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.





Meriam/Lela


*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand


Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.




Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dangunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang asing??

SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).


*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.

Masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu.

Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunnersMelayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkanblunderbassnya (Pemuras) di bahu.





Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket,blunderbuss dan cannon?








Bibliografi:



Mistisfiles

Melayu Nusantara
Sejarah Kesultanan Brunei
Sulalatus Salatin
Surat-surat Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus
Dan kajian persendirian yang lain.
Read More - Fakta Sejarah dan Keunggulan Bangsa Melayu Yang Di Gelap OLeh Barat dan diteruskan pewarisnya BN

Tolak debat - DPMMPP, Umno dianggap bacul plus pengecut la nie

Oh! Krai Utara

Share
NONETindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.
Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.

Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan. baca lagi 
Read More - Tolak debat - DPMMPP, Umno dianggap bacul plus pengecut la nie

KALAMULLAH SEBAGAI ASAS PENULISAN DAKWAH: SARANAN MENCONTOHI KEBIJAKSANAAN AL-QURAN

Oh! Krai Utara

Share

KALAMULLAH SEBAGAI ASAS PENULISAN DAKWAH: SARANAN MENCONTOHI KEBIJAKSANAAN AL-QURAN


sumber
Dunia penulisan di tangan penulis muda mutakhir ini memperlihatkan perkembangan yang begitu menarik dalam menghasilkan karya-karya yang bernafas Islam. Kita menyaksikan munculnya ramai penulis yang menghasilkan karya-karya yang mengandungi nilai-nilai dan akhlak Islam atau kita menyebutnya sebagai karya yang bernafas Islam.[1] Jika karya itu dalam bentuk puisi, selalunya ramai yang akan menamakannya dengan karya sufi. Walaupun saya sendiri sebenarnya tidak bersetuju apabila ada karya-karya bernafas Islam dinamakan dengan karya sufi. Ini kerana bukan semua orang berminat dengan karya-karya Islam yang diberi nama karya sufi. Apabila dilabelkan sesebuah karya Islam itu dengan nama karya sufi, ramai yang beranggapan tentu ianya untuk orang-orang sufi dan orang-orang yang berminat dengan aliran sufi sahaja. Bagaimana dengan nasib masyarakat Islam lain yang bukan di aliran sufi dan mereka juga tidak berminat dengan karya-karya sufi? Tentunya mereka awal-awal lagi tidak akan membaca karya-karya yang dilabelkan dengan nama karya sufi kerana mereka menganggap karya berkenaan bukan untuk orang seperti mereka.[2]


Saranan agar mencontohi kesusasteraan al-Quran barangkali kedengaran remeh bagi sesetengah orang atau kedengaran terlalu biasa bagi sebahagian orang. Barangkali juga tidak begitu dipedulikan oleh sebahagian yang lain. Mungkin juga ada yang menganggap saranan untuk kembali kepada al-Quran adalah kerja pendakwah, mufti, pegawai agama, imam, bilal, ustaz dan ustazah sahaja. Atau mungkin juga ada yang menganggap saranan kembali kepada al-Quran adalah datang daripada penulis lapuk yang ketinggalan zaman sahaja. Makalah ini insya-Allah sedikit sebanyak akan dapat menjawab hujah-hujah rapuh yang tidak benar itu.


Keagungan Al-Quran


“Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan). Yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.” (Al-Waqi’ah: 77 – 79)

Syeikh Manna’ Khalil al-Qathan dalam Mabahith fi ‘Ulum al-Quran menyebutkan, “Dengan keistimewaannya itulah, al-Quran menyelesaikan masalah-masalah kemanusiaan dalam pelbagai segi kehidupan, sama ada yang berhubungkait dengan masalah kejiwaan, jasmani, sosial, ekonomi mahupun politik, dengan penyelesaian yang penuh bijaksana, kerana ia diturunkan oleh yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji. Untuk menjawab setiap masalah yang ada, al-Quran meletakkan dasar-dasar yang dapat dijadikan pedoman oleh manusia yang sesuai dengan segala zaman. Dengan demikian, al-Quran akan selalu sesuai dengan waktu dan tempat. Sebab Islam adalah agama abadi.”

Imam Ibn Taimiyyah menukilkan satu ungkapan yang sangat indah tentang sifat al-Quran dalam karyanya Muqaddimah fi Usul al-Tafsir yang dikutip daripada hadis marfu’ yang dikeluarkan oleh Imam al-Darimi dan Imam al-Tirmizi yang bermaksud, “...keperluan ummah kepada memahami al-Quran amat tinggi kerana ia adalah tali Allah yang kukuh, peringatan yang berhikmah, jalan yang lurus tidak boleh diselewengkan oleh hawa nafsu, tidak dikelirukan oleh pengucapan yang menarik, tidak lapuk (terhapus – pent.) sekalipun banyak al-radd (penentangan), tidak pernah putus keajaiban dalamnya, tidak memberi kenyang (tidak pernah jemu – pent.) ulama yang mengkajinya, sesiapa yang berdalil dengannya dialah yang benar, sesiapa yang beramal dengannya akan memperolehi pahala, sesiapa berhukum dengannya menjadi adil, sesiapa yang menyeru ke jalannya akan diberi petunjuk ke jalan yang lurus, sesiapa yang meninggalkannya dengan angkuh akan dipatahkan oleh Allah, sesiapa yang mencari petunjuk bukan dengannya akan disesatkan oleh Allah.” Menurut Dr. Adnan Zarzur yang menganalisis karya Ibn Taimiyyah tersebut bahawa teks hadis ini adalah elok dan maknanya pula adalah betul.

Kata Sahibus Samahah Datuk Haji Muhammad Noor Ibrahim yang membuat semakan terhadap terjemahan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman yang dikerjakan oleh Syeikh Abdullah Basmeih, “Jika kita ingin – dan sewajibnya ingin – mengembalikan keadaan zaman gemilang kita yang lampau maka perlulah kita kembali kepada al-Quran, kembali memahami, mengkaji dan seterusnya mengamalkan isi-isi pengajarannya yang mulia dan tinggi tarafnya; dan jalan yang wajar untuk mempelajari maksud kandungan al-Quran ialah memahami makna ayat-ayatnya...”

Saranan ini sepatutnya awal-awal lagi disahut oleh golongan penulis yang diberikan pena oleh Allah untuk berdakwah kepada manusia dengan tulisan. Kepada semua penulis muda Islam yang hidupnya dimestikan berpandu kepada al-Quran dan sunah, perlunya masing-masing bertanya kepada diri sendiri – kenapa dalam kehidupan sebagai seorang Islam kita mengambil al-Quran dan sunah sebagai panduan tetapi melupakannya dalam penulisan? Sepatutnya al-Quran juga dijadikan asas utama dalam penulisan bagi setiap penulis Islam seperti mana dia menjadikan al-Quran itu sebagai asas utama dalam kehidupan.

Soalan yang seterusnya yang perlu ditanya dalam setiap diri penulis Islam ialah kenapa kita tidak menjadikan al-Quran sebagai dasar dan asas penulisan itu sekarang? Kenapa perlu menunggu berumur 60 atau 70 tahun baru ingin kembali kepada Islam, kembali kepada al-Quran dan kembali menghasilkan karya-karya yang bernafas Islam? Kenapa kita tidak menggunakan kebijaksanaan dan kehebatan al-Quran itu ke dalam penulisan kita sekarang, ketika kita baru mula menulis dan masih dipanggil penulis muda ini? Mengapa ketika sudah dipanggil penulis veteran baru ingin menghasilkan karya-karya yang mempunyai nilai Islam?
Allahyarham T. Alias Taib misalnya walaupun tidak pernah disebut sebagai penulis karya yang bernafas Islam namun dalam kumpulan puisinya yang kedua berjudul Seberkas Kunci yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1985 turut menghasilkan beberapa buah puisi yang bernafas Islam. Puisi-puisi tersebut ialah seperti ‘Sebuku Kemenyan’, ‘Maghrib’, ‘Bilal’, ‘Sembahyang’, ‘Tuhanku, ‘Antara Kita’, ‘Tuhanku, kalau Bukan’, ‘Tak Berkata-Mu’, ‘Kepada Allah’ dan beberapa yang lain.

Pupuklah kesedaran untuk menghasilkan karya dengan menggunakan asas Islam yang berpandukan al-Quran dan sunah itu sekarang, tanpa perlu menunggu hari tua atau dalam karya-karya akhir sebagai penulis, baru ingin menghasilkan karya Islami. SN A. Samad Said menyebutkan tentang kesedaran ini dalam tulisan beliau yang berjudul Suara seniman wajar bijaksana, ranum dan indah[3] bahawa penulis yang sudah tua baru menuju kepada agama adalah penulis yang bermasalah. Kesedaran untuk menuju kepada agama itu sepatutnya sudah datang secara berperingkat-peringkat sebelumnya. Dan alangkah eloknya kesedaran itu datang sekarang, ketika kalian (termasuk saya) masih dipanggil penulis muda.



Dalil Kehebatan dan Keistimewaan Al-Quran


“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang akan memelihara dan menjaganya.” (Al-Hijr: 9)

“Demi al-Quran yang sangat mulia.” (Surah Qaf: 1)

“Kalau sekiranya Kami menurunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.” (Surah al-Hasyr: ayat 21)


Tujuan dan Kepentingan Al-Quran


Sebagai penulis, yang dianugerahkan akal yang cerdas dan bijaksana oleh Allah, maka sewajarnya keimanan kita semakin bertambah sesudah membaca ayat-ayat Allah di dalam al-Quran. Janganlah kita termasuk dalam golongan orang munafik yang ayat-ayat al-Quran tidak memberi kesan apa-apa kepada mereka, malah makin menambahkan lagi kekafiran mereka seperti mana yang difirmankan Allah, “Dan apabila diturunkan suatu surah, maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata, “Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?” Adapun orang-orang yang beriman, maka surah ini menambah imannya sedang mereka berasa gembira. Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surah itu bertambah kekafiran mereka, di samping kekafirannya (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir.” (Surah al-Taubah: ayat 124 – 125)

Antara ayat-ayat lain yang Allah ceritakan tentang tujuan dan kepentingan al-Quran ialah seperti:

“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan al-Quran itu ke jalan yang lurus; iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.” (Surah al-Syura: ayat 52 – 53)

“Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan.” (Surah al-Maidah: 48)

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Surah Sad: 29)

“...dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang-orang Islam.” (Al-Nahl: 89)

“Maha suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan (al-Quran) kepada hambanya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Furqan: 1)

“Alif laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. Allah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi. Dan celakalah bagi orang-orang kafir kerana seksaan yang sangat pedih.” (Surah Ibrahim: 1 – 2)

“Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmah, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang menggembirakan bagi orang-orang Islam.” (Surah al-Nahl: 102)


Al-Quran Tidak Membicarakan Hal yang Tidak Penting, Tiada Faedah dan Remeh-temeh


Al-Quran sebagai sebuah kitab agung orang Islam dan panduan yang paling benar kepada umat manusia tidak memperihalkan di dalamnya hal remeh-temeh yang tidak penting dan tidak memberi manfaat kepada umat manusia. Kalaulah al-Quran itu membuang masa berbicara benda-benda remeh yang tidak diperlukan manusia, barangkali ia akan menjadi lebih tebal daripada kitab Musnad Imam Ahmad yang tebalnya mencecah sampai 24 jilid, lebih tebal daripada kitab Al-Imam karya Imam Ibn Daqiq al-‘Ied yang dikatakan sampai mencecah 15 jilid, lebih tebal daripada kitab Fathul Bari karangan Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani yang mengambil masa 25 tahun untuk disiapkan dan lebih tebal daripada sekian banyak kitab besar yang dikarang oleh para ulama. Namun Al-Quran hanya sekitar 604 muka surat sahaja tetapi ianya telah mencakupi pelbagai disiplin ilmu; daripada ekonomi, politik, sejarah, astronomi, muamalat, kajian samudera, sosiologi, sastera hinggalah kepada ilmu penyiasatan dan undang-undang – daripada ilmu pengurusan rumah tangga hinggalah kepada hal ehwal pemerintahan negara, semuanya ada.

Antara contoh hal yang tidak penting itu ialah seperti apa yang dinukilkan oleh Imam Ibn Taimiyyah dalam Muqaddimah fi Usul al-Tafsir, “Apa yang perlu diketahui oleh seorang Muslim ialah bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. meletakkan kebenaran bersama dalil-dalilnya. Contoh daripada apa yang tidak ada guna dan tidak ada dalil yang sahih baginya: Perbezaan mereka mengenai “warna anjing yang dimiliki oleh ashab al-kahfi”, “bahagian anggota badan yang dipukul oleh Musa dengan menggunakan daging lembu”, “ukuran besar perahu [Nabi] Nuh dan ia terbuat daripada bentuk kayu yang bagaimana”, “nama kanak-kanak yang dibunuh oleh Khidir”, dan seumpamanya. Perkara-perkara seperti ini tidaklah dapat diketahui melainkan daripada jalan naql, sama ada daripada Rasulullah s.a.w. seperti nama sahabat Musa iaitu Khidir, dan ini adalah kebenarannya dimaklumi adanya.

Manakala, berita yang bukan seperti itu (naql yang sahih, pent.), lebih-lebih lagi jika berita itu datangnya daripada Ahli Kitab – seperti berita-berita yang dibawakan oleh Ka’ab, Wahab, Muhammad bin Ishaq, dan ramai lagi yang mengambil daripada Ahli Kitab, maka berita semacam ini tidak boleh dipercayai dan tidak juga harus dibohongi melainkan jika adanya hujah sebagaimana yang sabit dalam Hadis Nabi s.a.w. yang sahih. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika ada ahli kitab yang memberikan berita kepadamu, maka janganlah kamu mempercayai mereka dan jangan pula kamu bohongi mereka, sebab boleh jadi jika mereka benar padahal kamu tidak mempercayainya. Dan boleh jadi jika mereka berbohong dengan segala kebatilan, tentu kamu mempercayai mereka.” (Diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir, dan perawi-perawinya thiqah [dipercayai])

Manakala dalam halaman yang lain ketika membicarakan tentang riwayat Israiliyyat yang tidak diketahui kebenaran dan juga kebohongannya, Imam Ibn Taimiyyah menukilkan lagi, “Kebanyakannya cerita-cerita itu tidak ada manfaat yang dapat diambil mengenai perkara-perkara agama. Oleh sebab itu, ulama-ulama ahli kitab bertikai dalam perkara-perkara seperti ini (agama), manakala para mufassir pun berselisih mengenai riwayat-riwayat berkenaan disebabkan oleh perselisihan sumbernya, seperti perselisihan mereka mengenai nama ashab al-kahfi dan “warna anjing mereka”. Ini termasuklah mengenai jumlah bilangan mereka, terbuat daripada kayu apakah tongkat Nabi Musa, nama-nama burung yang telah dihidupkan oleh Allah bagi Nabi Ibrahim, penentuan anggota badan lembu yang dijadikan pemukul untuk memukul orang-orang yang terbunuh, bentuk pokok yang di sebaliknya Allah berbicara kepada hamba-Nya Nabi Musa, dan seterusnya yang tidak diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran, sebab ia tidak mempunyai faedah bagi mukallaf (yang dibebani perintah dan larangan) dengan menentukan secara terperinci perkara-perkara bukan asas berkenaan, sama ada dalam agama dan dunia mereka.”

Jadi sebagai penulis, apatah lagi penulis yang masih muda dan segar mindanya sepatutnya perlu menulis hanya yang berfaedah untuk agama dan masyarakatnya. Kepada sekalian penulis muda, iktibar daripada kebijaksanaan al-Quran ini – maka tulislah sesuatu yang penting dan bermanfaat sahaja. Elakkanlah daripada menulis dan berbicara sesuatu yang tidak bermanfaat walau hanya mencoret kata-kata dalam ruangan surat pembaca dalam mana-mana majalah atau akhbar. Janganlah mengotorkan karya-karya kalian dengan sesuatu yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada manusia dan membuang masa pula mereka membacanya. Janganlah memalukan diri sendiri dengan hanya menulis sesuatu yang sia-sia. Belajarlah menulis sesuatu yang penting dan berfaedah sahaja.


Gaya Pengulangan Al-Quran


Setelah kita memperkatakan tentang sifat al-Quran yang tidak membicarakan hal-hal yang tidak penting, mungkin ada yang hairan dan berasa pelik apabila menemui ayat-ayat al-Quran yang diulang beberapa kali atau juga berkali-kali di dalam al-Quran. Perulangan yang paling mudah dikesan dan pastinya diketahui umum ialah yang terkandung di dalam surah al-Rahman bagaimana Allah mengulang-ulang kalimah ‘Fabi-ayyi-aa-laaaa-irobbikumaa-tukazzibaaaan’ yang bermaksud, “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan,” sebanyak 30 kali secara selang-seli dengan ayat-ayat yang lain.

Di dalam surah ini Allah bercerita tentang pelbagai nikmat yang ada di atas dunia yang diberikan kepada manusia dan kemudian Allah bercerita sedikit tentang azab seksa api neraka. Dalam surah ini juga kemudiannya Allah menceritakan pelbagai nikmat syurga yang akan diberikan kepada manusia yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya. Maka tidak syak lagi tentang kepentingan ayat yang sengaja diulang itu dan jelaslah kepada kita Allah mempunyai alasan yang kukuh untuk mengulang ayat tersebut sampai 30 kali hanya dalam satu surah yang tidaklah begitu panjang.

Manakala tentang kisah yang terkandung di dalam al-Quran pula, ada yang disebut hanya sekali dan ada juga yang diulang beberapa kali. Misalnya kisah Nabi Nuh a.s. yang disebutkan dalam beberapa surah iaitu dalam surah Nuh serta dalam Saaffaat, al-Mu’minun dan dalam surah Hud. Tentang kisah yang tidak berulang dan diulang-ulang ini, Syeikh Muhammad Shalih al-‘Utsaimin menyebutkan, “Terdapat kisah al-Quran yang disebut sekali sahaja seperti kisah Luqman dan Ashab al-Kahfi. Ada pula kisah yang berulang mengikut keperluan dan maslahah (manfaat). Kisah-kisah ini diulang dalam olahan yang berbeza-beza, ada yang panjang, pendek, keras, lembut dan menerangkan sudut-sudut yang tidak disentuh pada tempat lain. Di antara hikmah pengulangan kisah ini ialah:

1 – Menerangkan betapa pentingnya kisah itu kerana pengulangannya menunjukkan ianya diberi kepentingan.
2 – Menekankan kisah itu supaya kekal dalam sanubari manusia.
3 – Mengambil kira zaman dan keadaan para pendengar. Di dalam surah-surah Mekah, kebiasaannya kisah diolah dengan ringkas dan tegas, berbeza dengan kisah dalam surah-surah Madinah.
4 – Menjelaskan kesusasteraan al-Quran yang dapat menonjolkan kisah-kisah ini dalam dua bentuk yang lain mengikut keadaan.
5 – Menonjolkan ketepatan dan kebenaran al-Quran serta pengesahan bahawa ianya datang daripada Allah Ta‘ala apabila kisah-kisah ini berulang-ulang tanpa percanggahan.”

Gaya pengulangan ini seperti yang kita semua maklum sudah banyak digunakan oleh para penulis kita dalam karya mereka. Tentu saja yang paling terkenal ialah gaya pengulangan yang digunakan SN Shahnon Ahmad dalan karya-karyanya. Ternyata gaya pengulangan yang dimulakan oleh al-Quran memberikan faedah yang sangat banyak kepada para pembaca jika turut digunakan dalam karya penulisan kita.

Iktibar Daripada Perumpamaan al-Quran
Dalam perumpamaannya, al-Quran juga menggunakan binatang sebagai objek perumpamaan. Sebahagian daripada perumpamaan itu antaranya ialah seperti anjing, lalat, labah-labah dan keldai. Kita perhatikan setiap satu perumpamaan itu:

(1) Dalam surah al-A’raf ayat 175 – 176, Allah membuat perumpamaan dengan anjing. Firman Allah yang bermaksud, “Dan bacakanalah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. Kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah ia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustaka ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.”

(2) Dalam surah al-Hajj ayat 73, Allah membuat perumpamaan dengan lalat. Firman Allah yang bermaksud, “Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).”

(3) Dalam surah al-‘Ankabut ayat 41, Allah membuat perumpamaan dengan labah-labah. Firman Allah yang bermaksud, “Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongan) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang sehabis-habis reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.”

Sebagai contoh, perumpamaan al-Quran ini telah digunakan oleh seorang penulis muda ke dalam puisi beliau. Azman Hussin turut menggunakan perumpamaan labah-labah dalam puisinya yang berjudulSajak Labah-labah. Perhatikan keseluruhan puisi tersebut:

Hanya belalang,
kupu-kupu,
pepatung,
kelkatu,
lalat,
nyamuk
atau serangga halus lain
yang terjaring pada benang perangkapmu.

Tidak burung gagak
atau kelelawar buta.

Azman yang tidak pernah disebut sebagai penulis karya-karya yang bernafas Islam pun turut menghasilkan puisi berpandukan ayat al-Quran. Beliau juga menulis dua buah puisi lain berjudul Syair Asy Syu’ara dan Penyair yang diasaskan daripada surah Asy-Syu‘ara yang Allah tujukan peringatan kepada para penyair. Dan Azman juga dengan puisi Syair Asy Syu’ara ini menujukan pesanannya kepada intelektual, sasterawan, seniman dan lain-lain.

(4) Dalam surah al-Jumu’ah ayat 5, Allah membuat perumpamaan dengan keldai. Firman Allah yang bermaksud, “(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telah pun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungan dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya).”


Contoh Lain Kebijaksanaan Al-Quran


Sekadar satu contoh tambahan daripada sekian banyak kehebatan dan kebijaksanaan al-Quran itu ialah kesimpulan hukum yang dibuat oleh para ulama bagi menetapkan tempoh minima wanita hamil yang merupakan gabungan daripada dua ayat al-Quran. Betapa banyak ilmu yang dapat dikutip di dalam al-Quran dan betapa banyak hukum yang telah diputuskan oleh para ulama menggunakan al-Quran. Dengan menggunakan kecerdasan akal yang dianugerahkan Allah, para ulama Islam telah memutuskan antaranya penentuan tempoh perempuan mengandung ini.

Syeikh Muhammad Shalih dalam syarahnya kepada kitab Al-Hilyah karangan Syeikh Bakr Abu Zaid mencatatkan kaedah penentuan yang ditetapkan daripada dalil al-Quran itu iaitu daripada ayat 15 surah al-Ahqaf dan juga ayat 14 surah Luqman. Dua ayat tersebut bermaksud:

“...sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan...” (Surah al-Ahqaaf: ayat 15)

“...dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun...” (Surah Luqman: ayat 14)

Tiga puluh bulan sama dengan dua tahun enam bulan, jadi untuk mengetahui tempoh hamil sahaja perlulah tempoh 30 bulan dalam ayat pertama itu ditolak dengan tempoh menceraikan susu selama dua tahun dalam ayat kedua, maka akan keluarlah tempoh hamil sahaja. Maka daripada gabungan dua ayat inilah para ulama dapat menyimpulkan hukum-hukum yang berkaitan dengan tempoh hamil kaum wanita.

Inilah antara sebahagian kecil daripada kebijaksanaan al-Quran yang dapat saya kemukakan dalam makalah yang ringkas ini untuk sama-sama kita hayati sebagai langkah awal menyahut saranan kembali kepada al-Quran. Saranan yang sepatutnya sudah lama disambut oleh setiap penulis Islam, penulis yang sejak kecil lagi sudah mengakui dengan yakin bahawa Allah itu Tuhannya – yang tidak ada Tuhan lain selain Dia dan Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah pesuruh Allah. Mana mungkin orang yang melafazkan pengakuan ini menolak al-Quran dan sunah sebagai panduan dalam semua aspek kehidupannya termasuklah juga dalam aspek penulisan. Ini bermakna kewajipan seorang penulis Islam menjadikan al-Quran dan sunah sebagai sumber asas dalam penulisannya adalah sama seperti mana dia wajib berpandukan kepada al-Quran dan sunah dalam kehidupannya. Setelah meneliti keagungan ayat-ayat Allah dalam al-Quran, kita pasti akan menemukan sekian banyak hikmah kebijaksanaan dan juga pelbagai iktibar yang memberi faedah yang sangat besar kepada manusia.

Sekian banyak lagi ilmu, kebijaksanaan, hikmah dan segala macam pengetahuan yang dapat dikutip dan disimpulkan daripada keagungan kalamullah. Penulis adalah golongan yang termasuk dalam kalangan kaum pemikir dan cendekiawan. Maka penulis adalah antara golongan cendekiawan yang bertanggungjawab menyampaikan pesan al-Quran kepada masyarakat. Tegas Syeikh Muhammad Shalih al-‘Utsaimin dalam Al-Usul fi al-Tafsir tentang hal ini, “Para cendekiawan wajib menjelaskan al-Quran kepada manusia sama ada dengan penulisan atau percakapan berdasarkan firman Allah Ta‘ala yang bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu) hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia dan jangan kamu menyembunyikannya.” Penerangan al-Quran kepada manusia merangkumi penerangan lafaz dan maksudnya. Dengan ini, tafsir al-Quran adalah salah satu daripada perkara yang Allah Ta‘ala ambil pengakuan para cendekiawan supaya menjelaskannya.”

Bukankah penulis itu orang yang cerdik, bijak pandai dan intelektual yang sepatutnya menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran – maka, saranan agar kembali kepada al-Quran dan berdakwah dengan menggunakan kebenaran kalamullah itu sepatutnya digalas di bahu setiap penulis Islam lebih-lebih lagi penulis muda.

Sebagai ingatan akhir, sama-samalah kita menghayati penegasan Allah dan ingatan-Nya ini yang bermaksud, “Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara. Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Dia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?”. Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.” (Surah Taha: ayat 123 – 126)


Nota Hujung[1] Saya menyebutkan nama sebahagian daripada penulis muda dan karya mereka yang bernafas Islam itu dalam tulisan saya berjudul “Menggempur sastera dengan al-Quran” dalam Siasah, edisi 17 – 23 Ogos 2008.[2] Jawapan saya lebih lanjut tentang karya tulis bernafas Islam ini, sila rujuk wawancara oleh Mohd Dahri Zakaria berjudul “Saya Bukan Sufi” dalam www.esastera.com/profil, 2006.[3] Tulisan SN A. Samad Said tersebut disiarkan dalam dua siri iaitu “Sasterawan Negara perlu jadi pelopor jujur: Idealisme anak seni” dalam Mingguan Malaysia, 19 Mac 2000 dan sambungannya berjudul “Suara seniman wajar bijaksana, ranum dan indah” dalam Utusan Malaysia, 22 Mac 2000.

Rujukan

A. Samad Said. 2000. Suara seniman wajar bijaksana, ranum dan indah. Utusan
Malaysia. 22 Mac.
Abdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an.
Kuala Lumpur: DARULFIKIR.
Al-Qathan, Manna’ Khalil. 2006. Cara Mudah Memahami Al-Quran (Mabahith fi ‘Ulum

al-Quran). Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa.
Al-‘Utsaimin, Muhammad bin Shalih. 2005. Pengenalan Ringkas kepada Ilmu Ushul Al-

Tafsir (Al-Ushul fi al-Tafsir). Sunt. Hafiz Firdaus Abdullah. Johor Bahru: Perniagaan
Jahabersa.
____________. 2005. Syarah Adab & Manfaat Menuntut Ilmu (Syarh Hilyah Thaalibil

‘Ilmi). Jakarta: Pustaka Imam Asy-Syafi’i.
Azman Hussin. 2001. Candu. Pasir Puteh: Pustaka Pemikir.
Ibn Taimiyyah, Abu ‘Abbas Taqiy al-Din Ahmad ibn ‘Abd al-Halim ibn ‘Abd al-Salam
al-Harrani. 2005. Pengantar Kepada Usul al-Tafsir (Muqaddimah fi Usul al-Tafsir).
Sunt. Adnan Zarzur. Petaling Jaya: Intel MULTIMEDIA PUBLICATION.
T. Alias Taib. 1985. Seberkas Kunci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


*Kertas kerja ini telah dibentangkan semasa Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPMN) 2009 di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka pada 22 - 24 Mei 2009 yang lalu.
Read More - KALAMULLAH SEBAGAI ASAS PENULISAN DAKWAH: SARANAN MENCONTOHI KEBIJAKSANAAN AL-QURAN

Ayat-ayat Cinta : Lamar Guna Ayat Langit

Oh! Krai Utara

Share

SYDNEY - Seorang wanita bertuah yang bernama Sally mungkin berasa terkejut apabila dia melihat ke langit pada pagi semalam.
Menurut akhbar Daily Telegraph, ayat Marry Me Sally atau berkahwinlah dengan saya Sally terdapat di udara pada kira-kira pukul 10 pagi di sini.
Ayat itu yang dibuat dengan menggunakan sebuah pesawat ringan turut menyebabkan ribuan orang berasa seronok apabila mereka melihat ke langit.
Pada mulanya perkataan me tidak mengandungi huruf e tetapi ia kemudiannya muncul di langit.
Siapakah Sally yang dilamar oleh lelaki itu?
Akhbar itu berharap wanita yang bernama Sally itu akan menerima lamaran lelaki tersebut. - Agensi
Read More - Ayat-ayat Cinta : Lamar Guna Ayat Langit

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...