Gambar: XTVT Ketua Pemuda PAS Kelantan

Oh! Krai Utara

Share




Read More - Gambar: XTVT Ketua Pemuda PAS Kelantan

Pemimpin PAS memang Juara Rakyat Terbukti: Haji Hadi Selamat mangsa lemas

Oh! Krai Utara

Share


Nah macam mana mau tak bro najib celen dengan ustaz haji hadi (skang orang panggil tuk guru haji hadi). Aku ingat mesti bro najib ngan muyiddin ketar lutut bila di beritakan kepadanya tentang kehebatan pimpinan pakatan rakyat (BN panggil pakatan pembangkang).

Cuba kita bayangkan bro. najib skang ni dok pikir apa. mugkin belaiu pening kapla kot, macam mana boleh terjadi ni.

bukan nak kata la, setakat makan ubi kayu rebuih tu kau kira dah jadi juara rakyat ke bro.najib? kau bising mengalahkan ayam kampung nak bertelor. alahhh setakat ubi kayu rebuih je... kau laungkan macam raja mencemar duli. apala ko ni bro

apa apa ajelah kau ni bro.najib oiii.aku cabar kau buktikan kehebatan kau setanding dengan ustaz hadi tu...ada berani, bang bang booom

bro. najib kau patut di gelar PM Ubi Kayu laa hua3
Read More - Pemimpin PAS memang Juara Rakyat Terbukti: Haji Hadi Selamat mangsa lemas

Najib makan Ubi Rebus, katanya sampai menjilat jari,

Oh! Krai Utara

Share

Artikel ini sebagai respon terhadap artikel propaganda Utusan Malaysia bertajuk Najib dijamu ubi kayu rebus di Kuala Chenang yang disiarkan hari ini...
Nelayan Langkawi Jamu Najib Ubi Rebus Sebagai Sindiran Kepada Kegawatan Ekonomi !

"Ubi kayu rebus dicicah kelapa parut dan sambal tumis ikan bilis mungkin juadah biasa bagi masyarakat nelayan Kuala Chenang di sini." begitulah laporan akhbar Utusan malaysia hari ini tentang Lawatan Najib Tun Razak yang disambut dengan jamuan Ubi kayu rebus oleh penduduk Pulau Langkawi itu.

Bagi Najib dan ahli Umno-BN itulah program mesra rakyat yang berjaya menaikan imejnya. Tetapi pada rakyat marhaien, juadah itu adalah sindiran tajam masyarakat Nelayan dan marhaien dinegara ini yang begitu terkesan dengan kegawatan ekonomi.

Mac ini sahaja kira-kira 50 ribu kakitangan kontrak Kerajaan akan ditamatkan perkhidmatan dan mereka pasti akan mengalami masalah kewangan selepas itu. Selain itu dasar penjimatan kerajaan telah menyebabkan guru sekolah yang berkursus kini hanya makan nasi bungkus. Ianya jelas sebagai implikasi dari kegagalan pengurusan kewangan negara.

Tetapi yang rakyat sedikit terasa, dalam keadaan kerajaan yang gawat ini tiba-tiba sahaja majalah Malaysian Business mengumumkan Nazir Razak yang juga adik kepada Najib sebagai orang yang ke-40 terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai lebih AS$ 100 juta.

Tercekik pakcik makcik di Kuala Chenang yang sedang santai menjamu Ubi rebus bila membaca berita ini. Mereka pasti tidak lupa bahawa Syarikat kewangan CIMB yang diterajui Nazir pernah menerima bantuan Kerajaan sebanyak RM 3.5 Bilion pada Oktober 2008. Ketika itu Najiblah Menteri Kewangan Negara.

Dalam lawatannya di Kuala Chenang Najib hanya beri RM 7 juta kepada nelayan disitu untuk membina pelabuhan baru, tapi CIMB dapat RM 3.5 Bilion.

Rakyat pasti membuka mata dan faham akan hal ini. Dan Najib harus mengenang ubi rebus itu sebagai satu peringatan yang paling sinis dari rakyat Marhaien. Terima kasih kepada nelayan Kuala Chenang kerana memberikan simbolik yang begitu berkesan pada Najib. Kalau benar Najib mahu membuktikan yang dia berjiwa rakyat, selepas ini wajarlah beliau menjamu ubi rebus tiap-tiap hari sehinggalah keadaan ekonomi pulih.
Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat
Read More - Najib makan Ubi Rebus, katanya sampai menjilat jari,

Pimpinan BN macam buat2 tak nampak je Gajah kat depan mata mereka

Oh! Krai Utara

Share
Bukan Soal Anwar Sahaja Tapi Soal Demokrasi


Oleh Fansurina Abdullah

Kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menyuburkan demokrasi di negara ini punca masyarakat antarabangsa termasuk Australia mendesak pertuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, digugurkan.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just World Movement), Dr Chandra Muzaffar, kononnya lebih 50 Ahli Parlimen Australia tidak memahami amalan demokrasi berparlimen.
“Ahli-ahli Parlimen Australia dan negara lain bimbang kerana ia bukan soal Anwar sahaja tetapi persoalan mengenai kegagalan Umno-BN menyuburkan demokrasi dalam Malaysia,” katanya kepada TV Selangor.
Azmin berharap pandangan antarabangsa itu tidak dilihat sebagai campur tangan kerana Malaysia juga sering menegur negara dalam dalam isu kemanusiaan dan hak asasi manusia.
Beliau menyifatkan pemimpin UMNO-BN hanya nampak ‘kuman di seberang lautan’ sedangkan ‘gajah di hadapan mata tidak nampak’, semata-mata mahu mempertahan kedudukan dan pangkat mereka.
Malah, Ahli Parlimen Gombak itu percaya pandangan masyarakat antarabangsa itu turut dikongsi bersama majoriti rakyat Malaysia yang melihat pertuduhan kes berkenaan sebagai konspirasi kedua.
“Jangan kita melihat masyarakat antarabangsa sahaja membantah, malahan rakyat Malaysia, majoritinya sudah jemu dan muak dengan fitnah Umno-BN.
“Malangnya suara rakyat Malaysia sudah ditutup dan dinafikan seolah-olah tidak ada sesiapa boleh bersuara,” katanya.

aku bukan nak kata tak setuju ngan kamu ni azmin ali, tapikan aku rasala, just 'rasa' pepatah yang kau pakai tu dah tak berapa sesuai la ngan dunia 1malaysia yang serba berkemajuan nih.


so, aku ingatla kan, pekata kita pakat ubahsuai pepatah tu ikut peredaran semasa, kita cakap cam ni la " duit kat lautan kelantan kau nampak, scorpene tak leh menyelam kau buat tak nampak je, atau korang ni memang jenih rabun duit"




Read More - Pimpinan BN macam buat2 tak nampak je Gajah kat depan mata mereka

40 orang terkaya di Malaysia, Robert Kuok terus terpacak kat ranking ter atas

Oh! Krai Utara

Share


KUALA LUMPUR: Kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan kekayaan mereka yang terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Januari atau 63 peratus lebih daripada RM96.3 bilion berikutan pemulihan dalam pasaran saham, demikian didedahkan hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business. 

Bagaimanapun, menurut kenyataan hasil kaji selidik majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008. 

Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.



Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran hari ini. 

Seperti tahun lalu, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari tahun ini. 

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.

Ada lebih jutawan tahun ini, iaitu 22 orang - lebih lapan orang berbanding tahun lalu. baca lagi di sini
Read More - 40 orang terkaya di Malaysia, Robert Kuok terus terpacak kat ranking ter atas

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...