Ceramah Isu Semasa Di Taman Sri Guchil

Oh! Krai Utara

Share
Read More - Ceramah Isu Semasa Di Taman Sri Guchil

Gagal bantu punca masalah keluarga :Mat Jusoh

Oh! Krai Utara

Share

CHENULANG - Hasrat pemimpin Kerajaan Negeri untuk membantu mangsa kejadian pokok getah tumbang di Kampung Pasir Jering, dekat sini, tidak kesampaian selepas timbul masalah di pihak anggota keluarga mangsa.

Penghulu Mukim Chenulang, Mat Jusoh Mat Nor berkata, peruntukan awal untuk membaiki rumah ke-luarga miskin terbabit yang rosak teruk dalam kejadian itu segera diluluskan Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Menurutnya, peruntukan itu bagaimanapun tidak dapat digunakan selepas salah seorang anggota keluarga terbabit, juga abang mangsa tidak membenarkan bahagian rumah yang musnah itu dibaiki atas alasan membabitkan harta pusaka.

“Bila usaha kita nak baiki rumah ini gagal, Ustaz (Abdul Latiff) bersetuju menukar peruntukan kepada projek bina rumah baru secara gotong-royong tetapi kita kena cari tapak baru.

“Rumah yang rosak ini memang peninggalan arwah ayah mereka walaupun tapak rumah sebenarnya atas rizab jalan,” katanya kepada Sinar Harian: di sini, semalam.

Beliau mengulas perkembangan terkini seorang penduduk Mukim Chenulang di Kampung Pasir Jering, Ab Rahman Nor, 27, dan tiga lagi ahli keluarganya selepas ke-luarga miskin itu menjadi mangsa kejadian pokok tumbang pada 2 Januari lalu.

Kejadian memusnahkan ruang tamu rumah yang kini hanya tinggal dapur dan bilik kecil itu turut nyaris mengorbankan abang Ab Rahman, Muhamad, 59, juga seorang orang kelainan upaya (OKU).

Isteri Ab Rahman, Rohaya Hassan, 23, dan anak sulung mereka yang baru berusia empat hari waktu itu juga bernasib baik apabila berada dalam bilik ketika kejadian.

Mat Jusoh berkata, selepas mengenal pasti lokasi untuk kediaman baru kira-kira 500 meter dari rumah lama dan bersebelahan rumah seorang lagi abang mangsa, kerja menyiapkan tapak sekali lagi ‘dihalang’ orang sama.

“Semua bahan binaan sudah dibeli untuk buat (bina) rumah baru tapi bila kita nak masuk siapkan tapak, abang dia (mangsa) tak benarkan atas alasan sama, sebab harta pusaka.

“Sekarang ini kita tak tahu lagi macam mana nak bantu mangsa walaupun kita memang kasihan dengan nasib dia terpaksa duduk dalam keadaan rumah sekarang,” kata Mat Jusoh.

Beliau berkata, perkara itu perlu dijelaskan agar semua pihak terutama masyarakat setempat mengetahui punca sebenar rumah mang-sa sehingga kini masih belum dibaiki dan projek membina rumah baru tidak dapat dilaksanakan.
Read More - Gagal bantu punca masalah keluarga :Mat Jusoh

Iran lancar kilang baru peluru berpandu

Oh! Krai Utara

Share
TEHERAN - Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi merasmikan dua kilang baru peluru berpandu semalam, tiga hari selepas Teheran melancarkan roket membawa haiwan hidup ke angkasa. 


Laporan televisyen menyatakan kilang itu akan mengeluarkan peluru berpandu darat ke angkasa yang dinamakan Qaem (Kebangkitan) dan peluru berpandu antara permukaan, Toofan 5 (Taufan). 

Peluru berpandu Qaem direka untuk menyerang dan memusnahkan helikopter pada altitud rendah dan sederhana. 

Iran mendedahkan kilang baru peluru berpandu itu sebagai sebahagian sambutan ulang tahun ke-31 Revolusi Islam pada akhir bulan ini. 

Pada Rabu lalu, republik itu melancarkan satelit yang membawa tikus, cacing dan kura-kura menerusi roket Kavoshgar 3 (Penjelajah) dalam eksperimen pertama menghantar haiwan hidup ke angkasa lepas. 

Program peluru berpandu dan angkasa lepas Iran mencetuskan kebimbangan di Barat berikutan kejayaan Teheran menguasai teknologi peluru berpandu balistik dan nuklear. 

Sementara itu, Kesatuan Eropah memberikan tindak balas berhati-hati ke atas komen Iran untuk menukar beberapa simpanan uraniumnya menjadi bahan api bagi program nuklear. 

Bahan api itu akan digunakan di reaktor penyelidikan nuklear Teheran bagi menghasilkan isotop perubatan.-www.sinarharian.com.my
Read More - Iran lancar kilang baru peluru berpandu

Selamatkah Negara 1Malaysia ini wahai Najib ?

Oh! Krai Utara

Share
Kedutaan asing intip maklumat sulit negara


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan, terdapat kedutaan asing di negara ini menggunakan Atase Pertahanan mereka bagi tujuan mengintip maklumat sulit negara terutamanya yang berhubung dengan soal ketenteraan.
Ahmad Zahid ketika mengesahkan perkara itu berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut turut dibantu oleh ‘orang dalam’ Kementerian Pertahanan (Kementah) dan para pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
''Kita mempunyai maklumat bahawa kedutaan asing menggunakan Atase Pertahanan mereka dengan dibantu oleh orang dalam untuk mendapatkan maklumat sulit negara. Orang dalam ini mungkin dibayar dan pihak kami telah kenal pasti pihak yang bertanggungjawab.
''Perkara ini saya akan bawa dan jelaskan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum tindakan susulan (ke atas kedutaan asing) diambil dan maklumat terperinci mengenainya didedahkan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini. - Utusan
Read More - Selamatkah Negara 1Malaysia ini wahai Najib ?

Rumah Mewah Orang Kaya (VVIP) di Malaysia : SIRI 2

Oh! Krai Utara

Share

Ini merupakan paparan bagi siri yang kedua dan artikel hari ini merupakan sambungan daripada (Gambar) Rumah Mewah Orang-orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia. Kalau diikutkan inilah yang dikatakan rumahku syurgaku. Betul ker?
Rumah Allahyarham Datuk Zakaria, bekas ahli Dewan Undang Negeri Pelabuhan Klang suatu masa dahulu.
Rumah dan villa Datuk Mukhriz Tun Mahathir, iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
lagi sila baca di sini
Read More - Rumah Mewah Orang Kaya (VVIP) di Malaysia : SIRI 2

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...