Iran lancar kilang baru peluru berpandu

Oh! Krai Utara

Share
TEHERAN - Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi merasmikan dua kilang baru peluru berpandu semalam, tiga hari selepas Teheran melancarkan roket membawa haiwan hidup ke angkasa. 


Laporan televisyen menyatakan kilang itu akan mengeluarkan peluru berpandu darat ke angkasa yang dinamakan Qaem (Kebangkitan) dan peluru berpandu antara permukaan, Toofan 5 (Taufan). 

Peluru berpandu Qaem direka untuk menyerang dan memusnahkan helikopter pada altitud rendah dan sederhana. 

Iran mendedahkan kilang baru peluru berpandu itu sebagai sebahagian sambutan ulang tahun ke-31 Revolusi Islam pada akhir bulan ini. 

Pada Rabu lalu, republik itu melancarkan satelit yang membawa tikus, cacing dan kura-kura menerusi roket Kavoshgar 3 (Penjelajah) dalam eksperimen pertama menghantar haiwan hidup ke angkasa lepas. 

Program peluru berpandu dan angkasa lepas Iran mencetuskan kebimbangan di Barat berikutan kejayaan Teheran menguasai teknologi peluru berpandu balistik dan nuklear. 

Sementara itu, Kesatuan Eropah memberikan tindak balas berhati-hati ke atas komen Iran untuk menukar beberapa simpanan uraniumnya menjadi bahan api bagi program nuklear. 

Bahan api itu akan digunakan di reaktor penyelidikan nuklear Teheran bagi menghasilkan isotop perubatan.-www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...