Virgin Racing lancar VR-01
Oh! Krai Utara
“Can I f*** you today?” - semudah itukah saiful ?
Oh! Krai Utara
Mudahnya Saiful Serah Tubuh Pada Anwar
Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa Datuk Seri Anwar mengajak melakukan hubungan Seks luar tabiie dengan berkata “Can I f- you today?”….begitu mudah…setelah berbincang panjang tentang soal kerja, Anwar didakwa melontarkan 5 patah perkataan ini…Dan paling menghairankan, Saiful hanya menolak pelawaan ini sebanyak dua kali sahaja sebelum menurut arahan untuk membersihkan diri di bilik air…rasa memang janggal dan pelik. Bagaimana seorang pemuda yang waras dan cukup sifat hanya mampu mempertahankan maruahnya setakat itu sahaja….
Seorang wanita yang jadi mangsa rogol atau dipaksa melakukan hubungan pasti akan meronta dan cuba untuk lari jika dia tahu akan menjadi mangsa habuan seks. Seorang pelacur pula akan bincang harga dulu sebelum apa-apa berlaku. Manakala seorang isteri yang setia pula akan memberikan layanan yang sempurna jika dia mahu melakukan hubungan, jika tidak ia akan memberikan reaksi yang lebih tegas untuk menolak.
Memang pelik juga membaca kenyataan Saiful. Semacam satu skrip filem yang tidak habis atau cerita panggung wayang yang tergantung jalan ceritanya.
Kita dengar pula, apa lagi cerita Saiful hari ini….
Anwar Ajak Saiful Adakan Hubungan Seks Luar TabiiKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini yang memulakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, digemparkan dengan dakwaan mangsa Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diajak oleh ketua pembangkang itu untuk mengadakan hubungan seks di luar tabii.Mohd Saiful, 24 yang merupakan saksi pertama pendakwaan berkata perkara itu berlaku pada 26 Jun 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.Anwar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan pada perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.Mohd Yusof: Apa soalan itu?Mohd Saiful: Can I f- you today?Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?Mohd Saiful: Marah dan takut.Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata “what” (apa)?Mohd Yusof: Apa respon kamu?Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.Mohd Yusof: Seterusnya?Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?Mohd Saiful: Ya.Mohd Yusof: Lepas bilas diri?Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.Mohd Yusof: Kamu bertuala?Mohd Saiful: Saya bertuala.Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri. Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.Permohonan itu dibenarkan oleh Hakim untuk perbicaraan yang bersambung esok.Sebelum itu, Mohd Saiful, 25, berkata beliau pergi ke kondominium tersebut dengan menaiki sebuah van dan tiba di hadapan pondok pengawal pada kira-kira pukul 2.15 petang dan hanya perlu menyebut perkataan “Mokhtar” sebelum dibenarkan masuk.Mohd Saiful berkata beliau pernah pergi ke kondominium tersebut untuk bertemu Anwar di sebuah unit lain yang dimiliki rakan tertuduh bernama “Hasanuddin”.“Untuk sampai ke unit bernombor 1152, saya terpaksa menaiki lif dan menggunakan intercom, dan setiap kali mendengar suara lelaki yang sama menjawab sebelum pintu unit itu dibuka,” jelas Mohd Saiful.Beliau kata sebaik sahaja bilik itu dibuka, beliau melihat Anwar duduk di meja makan.Mohd Saiful berkata beliau hanya bekerja dengan Anwar selama empat bulan iaitu pada awal Mac 2008 sehingga 28 Jun tahun yang sama dan berhenti sebagai pembantu peribadinya kerana tidak sanggup lagi diliwat oleh majikannya itu.Mohd Saiful yang berkot biru gelap dan kemeja biru berkata beliau tidak memberikan surat peletakan jawatan kepada Anwar tetapi memberitahu mengenai perkara itu melalui e-mel yang dihantar menerusi blackberrynya kepada e-mel Anwar pada 27 Jun 2008.Dalam e-mel itu, beliau memberitahu Anwar alasannya berhenti kerja kerana dua sebab iaitu beliau tidak berdisiplin ekoran selalu datang lambat ke pejabat dan kurang kelayakan.Ditanya Mohamed Yusof mengapa beliau berhenti kerja Mohd Saiful berkata beliau tidak rela lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan.Bagaimanapun apabila ditanya kali kedua kenapa beliau berhenti kerja, katanya beliau tidak sanggup lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan itu.Mohd Saiful berkata disebabkan beliau mula bekerja seminggu sebelum pilihan raya umum ke-12, beliau ditugaskan sebagai sukarelawan iaitu mengatur jadual perjalanan pilihan raya dan program pilihan raya bagi Anwar.Setelah dua bulan bekerja, iaitu pada April beliau dilantik sebagai pembantu peribadi tetapi tiada surat pelantikan diberikan kepadanya.Selaku pembantu peribadi, Mohd Saiful berkata beliau mempunyai empat tugas iaitu mengatur pertemuan sulit Anwar untuk berkomunikasi dengan ejen anggota-anggota Parlimen yang ingin lompat parti, membantu Ibrahim Yaakub iaitu pembantu khas Anwar bagi mengatur jadual Anwar, membuat filing dokumen sulit Anwar seperti penyata bank dan mengawal selia telefon bimbit peribadi Anwar pada setiap pagi seperti memeriksa khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon itu.Mohd Saiful berkata beliau dibayar gaji secara rasmi sebanyak RM1,000 sebulan dan diberikan elaun USD$1,000 dan HKD$10,000, bergantung pada lawatan yang diikutinya.Ketika ditanya Mohamed Yusof mengenai tahap pendidikannya, Mohd Saiful berkata pada tahun 2003 beliau telah mengikuti kursus Landasan Kejuruteraan Kuasa Elektrik di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), kemudiannya ditawarkan mengikuti kursus yang sama pada peringkat ijazah.Bagaimanapun beliau tidak menamatkan pengajiannya kerana gagal dalam peperiksaan.“Keputusan saya sangat teruk. Saya malu dan tertekan dan bertindak tamatkan pengajian,” katanya.Mohd Saiful juga diminta Mohamed Yusof membaca dalam hatinya laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2006, dua hari selepas kejadian, mengenai kes liwat itu.Ketika Mohamed Yusof mengemukakan soalan, siapa yang membawa beliau ke balai polis Jalan Travers untuk membuat laporan, Karpal Singh memohon mahkamah untuk membatalkan perkataan “kejadian kali terakhir” di barisan tiga dalam laporan polis itu. Karpal berkata perkataan-perkataan “kejadian kali terakhir” memberi maksud adanya kejadian-kejadian lain sebelum 26 Jun 2008.Mohamed Yusof berkata laporan polis itu ditulis berdasarkan apa yang diberitahu oleh pengadu dan pihak pendakwaan tidak boleh menghalang laporan tersebut dibuat.Mohamed Yusof berkata walaupun ayat itu ada tertera dalam laporan polis tersebut, pihak pendakwaan akan hanya menjuruskan kes berkenaan mengikut kertas pertuduhan. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Karpal Singh untuk membatalkan perkataan itu kerana ia akan membawa maksud adanya kejadian lain sebelum itu.Dalam ucapan pembukaannya, Mohd Yusof berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia, milik Anwar.Mohamed Yusof dibantu oleh tujuh timbalan pendakwa raya yang terdiri daripada Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latiff, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azmad.Selain Karpal Singh, Anwar juga diwakili peguam Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabakharan, Ram Karpal Singh Deo, S. N. Nair, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando. – BERNAMA
Cadangan pinda Perlembagaan Pas:Tuan Ibrahim Tuan Man
Oh! Krai Utara
SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan pindaan Perlembagaan Parti perlu dilakukan supaya jawatan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin tidak diambil dalam kalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat.
Menurutnya, perkara itu perlu diberi perhatian kerana ia akan dilihat tidak adil terutama apabila Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang juga AJK Pusat membicarakan AJK Pusat sendiri yang turut memegang jawatan.
“Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya.
“Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyakkarenah dalaman,” katanya dalam blognya.
Beliau turut melahirkan kekecewaan dengan tindakan pemimpin Pas yang menggunakan saluran media bagi melahirkan ketidakpuashatian terhadap keputusan penghakiman jawatankuasa itu terhadap dua pemimpin Pas Selangor iaitu Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad.
Katanya, andaiannya ternyata meleset apabila UMNO yang dijangka akan memainkan isu tersebut bagi melemahkan pengaruh Pas khususnya di Selangor tidak berbuat demikian, sebaliknya beliau diserang dan dikritik hebat oleh ahli Pas.
“Kenapa mereka tidak berjumpa dan berbincang terlebih dahulu, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang Jawatankuasa Disiplin yang mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti?.
“Apakah keuntungannya bagi parti dengan tindakan tersebut? Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli Pas atau penyokong Pas yang berkemungkinan simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hasan Ali,” katanya.
Jumaat lalu, Jawatankuasa Disiplin Pas memutuskan Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam digantung daripada jawatannya selama enam bulan manakala Dr Hasan hanya diberi amaran.
Exco Pemuda Pas, Abdullah Karim berpendapat keputusan tersebut adalah berat sebelah, tidak boleh diterima dan menghantar isyarat yang salah terhadap rakyat Malaysia.
Abdullah yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pahang berkata, Khalid yang sepatutnya dianggap hero mempertahankan Pakatan Rakyat telah diheret dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti Pakatan dalam Pas
Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden Pas turut menyifatkan kenyataan dari Abdullah itu gai melampau kerana sempat mengkritik Jawatankuasa Disiplin Parti sebelum melepaskan kesemua jawatannya termasuk di peringkat negeri Pahang.
“Apa yang mendukacitakan ialah beliau mempertikai prosedur laporan disiplin parti yang telah diamalkan sejak awal penubuhan Pas lagi sedangkan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu, tetapi mengapa sanggup mengeluarkan kenyataan menyerang prosedur tersebut.
“Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta, hasil soal siasat dan penghujahan untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikuti kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan,” katanya. sumber www.sinarharian.com
ISA kan Pegawai Khas Perdana Menteri
Oh! Krai Utara

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Kemarahan pelbagai pihak terhadap Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar (GAMBAR) tidak berhenti walaupun beliau telah diminta meletakkan jawatan oleh bosnya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat berkata, kerosakan telah dibuat oleh Nasir dan diambil tindakan disiplin termasuk menggunakan Akta Hasutan.
"Apa yang sangat dikesalkan lagi adalah kenyataan ini dibuat dalam majlis anjuran JASA tentang konsep 1Malaysia," kata Ong Tee Kiat.
Pengerusi Biro Perhubungan MCA, Datuk Ti Lian Ker juga mendesak agar Nasir disiasat di bawah Akta Hasutan dan diambil tindakan sebagaimana rakyat biasa yang lain.
Ini kerana kenyataan beliau itu sangat sensitif dan merupakan satu kenyuataan provokasi kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Kenyataan Nasir nampaknya membayangkan sikap sebenar Umno dan pentadbiran negara terhadap konsep 1Malaysia yang dikemukakan Perdana Menteri itu.
"Kalau sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyidin Yassin) juga dilihat berbeza dengan pendirian Najib, kini Pegawai Khas Najib sendiri sudah jelas tidak bersama konsep 1Malaysia beliau," kata seorang pemerhati politik ketika mengulas kejadian ini.
Dalam kejadian di Melaka semalam, Nasir telah menyifatkan orang Cina dan India di negara ini sebagai pendatang dan kerajaan (Umno) boleh menarik taraf kerakyatan mereka bila-bila masa-masa.
Nasir juga didakwa berkata, orang Cina khasnya wanitanya datang ke Malaysia untuk menjual tubuh.
Ekoran kenyataan beliau itu, ramai peserta program anjuran JASA itu meninggalkan majlis.
Sekurang-kurang 12 laporan polis dibuat ke atas Nasir berhubung kenyataannya itu.
Menurut Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Zinin, semua 12 laporan itu dibuat di seluruh negara dan beliau memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan.
Ditanya sama ada Nasir akan ditahan atau diheret ke mahkamah berhubung kenyataannya itu, Mohd Bakri berkata adalah terlalu awal untuk mengulas sementara siasatan dijalankan.
Di JERANTUT, pemimpin Pakatan Rakyat Jerantut membuat laporan polis berhubung kenyataan Nasir itu.
Yang Dipertua PAS kawasan, Dr Hamzah Jaafar yang selesai membuat laporan di Balai Polis di sini, mahu kerajaan mengambil tindakan serius dengan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada bagi mencegah mana-mana pihak daripada mengeluarkan kenyataan berbau perkauman yang boleh membahayakan keselamatan dan ketenteraman awam.
“Kami memohon suatu langkah yang pro aktif dibuat bagi membendung sebarang unsur berbau hasutan dan perkauman dicegah dan diambil tindakan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam.
"Kami menuntut pihak polis melakukan penyiasatan dan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan atau mana-mana peruntukan undang-undang supaya perbuatan sedemikian tidak lagi berulang,” katanya.
Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India Pahang Balasubramaniam a/l Nachippan kesal dengan kenyataan itu dan mahu tindakan keras diambil.
“Kenyataan yang datang dari Pegawai Khas Perdana Menteri itu tidak boleh diterima. Tak cukup dengan minta maaf atau letak jawatan. Itu tak berkesan. Dia boleh diberi jawatan lain, kita mahu pengajaran yang keras terhadap penghasut perkauman,” katanya.
Turut hadir dalam membuat laporan polis itu ialah pimpinan PAS kawasan, ahli kelab penyokong PAS dan pimpinan DAP Jerantut.
Tahun 2010 saksikan perubahan besar di pejabat MB Kelantan
Oh! Krai Utara
Tahun 2010 menyaksikan perubahan agak besar di pejabat Menteri Besar Kelantan apabila dua pegawai kanan baru dilantik membantu tugas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pada awal Januari lalu bekas Pengarah Pusat Kajian Strategik, Wan Nik Wan Yussof dilantik sebagai Setiausaha Politik menggantikan Anual Bakri Harun.
Manakala awal bulan ini bekas pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ahmad Fadhli Shaari, 30 pula menggantikan Mohd Saiba Yaakub sebagai setiausaha akhbar. Beliau sebelum ini tidak pernah bertugas dengan mana-mana media atau akhbar.
Sebelum ini isu pertukaran pegawai terbabit mendapat liputan meluas media ekoran tercetus isu membabitkan menantu Menteri Besar, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Mohd Saiba hari ini mulai bertugas sebagai pensyarah di Kias.
Katanya, beliau kembali kepada tugas asalnya sebagai pensyarah sebelum berkhidmat di pejabat Menteri Besar pada 2002.
Sebelum itu pernah bertugas sebagai pembantu pensyarah di Universiti Malaya selama empat tahun sehingga 2000, kemudian mengajar di Kolej Darul Quran di Terengganu akhir 2000 hingga Januari 2002.
Beliau dilantik Setiausaha Akhbar Menteri Besar pada 3 Febuari 2002 dan berakhir semalam.
Beliau merupakan Setiausaha Akhbar yang keempat dan paling lama berkhidmat iaitu selama lapan tahun.
Fadhli yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan berasal dari Tendong, Pasir Mas merupakan pelajar Maahad Tahfiz al Quran Pulai Chondong.
Mendapat diploma Tahfiz Al Quran Jakim pada 2000. Kemudian menyambung pelajaran ke Kias dalam bidang dakwah.
Muncul sebagai pelajar terbaik Kias pada 2003. Beliau mendapat biasiswa Yayasan Kelantan Darulnaim bagi melanjut pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir dalam bidang dakwah pada 2003.
Mulai bertugas sebagai pensyarah di Kias pada November 2004. Sekarang sedang menyiapkan tesis sarjana dalam bidang dakwah dan kepimpinan di UKM.
Isterinya, Nuryani Mohd Salleh juga seorang pendidik. Mereka kini mempunyai dua cahaya mata.
Fadhli akan memulakan tugas barunya di pejabat Menteri Besar pada Ahad ini.
Ketika dihubungi katanya beliau akan berusaha sebaik mungkin membantu Menteri Besar bagi membina hubungan lebih mesra dengan petugas-petugas media.
“Biar pun tidak mempunyai pengalaman dalam tugas baru, namun saya akan berusaha mendapat tunjuk ajar daripada Setiausaha Akhbar sebelum ini dan rakan-rakan media,” katanya.
| < Prev | Next > |
|---|





