Pertemuan dengan Pemimpin Pelajar Universiti: Blogger UMNO sifatkan Pemuda Lemah

Oh! Krai Utara

Share



Khairy Adakan Pertemuan
dengan Pemimpin Pelajar Universiti


Saya dihubungi oleh salah seorang pemimpin pelajar IPTA sebentar tadi - menurut pemimpin pelajar itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia - saudara Khairy Jamaluddin sedang giat menjemput para pemimpin pelajar universitri tempat untuk bertemu dengan beliau dalam waktu terdekat ini. Majlis pertemuan itu, masih belum diketahui tarikh dan lokasinya, malah, saya juga tidak tahu tujuannya - namun demikian, saya menyeru semua pemimpin pelajar yang pro-Mukhriz agar menghadiri perjumpaan tersebut. Saya melihat langkah Khairy ini dari sudut positif, bahkan inilah masanya yang paling sesuai agar para pimpinan pelajar universiti dapat berdialog secara one to one kepada saudara Khairy. Saya yakin banyak perkara yang perlu ditimbulkan dalam pertemuan tersebut antaranya :

1. Mengapa Pemuda UMNO kelihatan sangat lemah ketika ini?

2. Mengapa masih terdapat perpecahan yang sangat ketara antara penyokong KJ dengan Dato' Mukhriz?

3. Mengapa Pemuda UMNO tidak mempunyai program yang jelas dalam menarik minat generasi muda kepada UMNO.

4. Mengapa Ketua Pemuda UMNO seolah-olah tidak mampu menangani isu-isu utama negara yang sedang menjadi perdebat hangat ketika ini?

5. Mengapa wartawan media arus perdana seakan-akan tidak mengambil peduli apa-apa isu atau perkara yang melibatkan Khairy Jamaluddin?

6. Mengapa Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan barisan Exconya tidak mempunyai idealisme perjuangan yang jelas dalam mengharungi isu-isu nasional pada ketika ini?

7. Jika keadaan begini berterus - Pemuda UMNO akan menjadi lemah. Dan apakah saudara Khairy Jamaluddin masih mahu mengekalkan jawatan Ketua Pemuda? Atau lebih baik berundur sahaja?

8. Mengapa Pemuda UMNO Malaysia kelihatan begitu ketinggalan jika dibandingkan dengan Pemuda PAS dari segi programnya? Wallahualam. Dan banyak lagi...
Read More - Pertemuan dengan Pemimpin Pelajar Universiti: Blogger UMNO sifatkan Pemuda Lemah

Penipukah Ku Li?

Oh! Krai Utara

Share
Kerajaan Barisan Nasional (BN) digesa membuktikan dakwaan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM32 bilion dalam urusan matawang asing dalam tempuh enam bulan lepas adalah tidak
benar.

Menurut Ahli Parlimen DAP – Taiping, Nga Kor Ming, (gambar) dalam wawancara bersama akhbar New Straits Times, Singapura, Tengku Razaleigh mendedahkan bahawa Bank Negara telah mengalami kerugian parah sebanyak RM32 bilion ekoran dari aktiviti spekulasi matawang asing.

“Seandainya dakwaan tersebut benar, jumlah kerugian adalah lebih kurang sama dengan belanjawan 100 tahun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan impaknya kepada pembangunan ekonomi negara amat besar,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Wisma DAP Perak, di sini pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis berkata, “atas kemungkaran dan kegiatan rasuah yang serius, kini Malaysia terpaksa menanggung ledakan hutang negara mencecah RM363 billion.


“Ini bermakna setiap warganegara terpaksa menanggung hutang sebanyak RM13,446 seorang,” terang beliau.

Menurutnya, sehingga tahun 2009 negara mengalami defisit belanjawan 13 tahun berturut-turut dan jumlah defisit RM51.1 bilion adalah jumlah paling besar sejak tahun 1984.

Katanya, sekiranya dakwaan Tengku Razaleigh kepada media luar negara tidak dijelaskan, ia akan menjatuhkan imej negara dan menakutkan pelabur-pelabur asing, yang kini jumlahnya semakin merosot.

“Berdasarkan laporan The Financial Times yang bertapak di London dan kajian Bank UBS dari Switzerland menunjukkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami penarikan pelaburan asing langsung yang paling serius di antara semua negara di benua Asia pada tahun 2009.”

“Dakwaan Tengku Razaleigh adalah satu lagi tamparan hebat kepada pentadbiran kerajaan BN dan merupakan petanda keruntuhan kuasa pemerintahan yang kian lemah,” tegasnya lagi.sumber
Read More - Penipukah Ku Li?

UMNO JUARA RAKYAT ATAU JUARA SALAHGUNA WANG RAKYAT - Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Oh! Krai Utara

Share

Saya berasa terpanggil untuk membuat kenyataan tentang program Umno Juara Rakyat. Ada perkara yang perlu Umno jelaskan kepada rakyat tentang pelaksanaan program itu yang saa yakin rakyat mahu mengetahuinya.
Antaranya program tersebut sudah tentu menelan belanja yang besar dan penggunaan kakitangan yang ramai. Oleh itu Umno mesti menjelaskan kepada rakyat bahawa semua projek dan program yang dilaksanakan dalam siri kempen Umno Juara Rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera Umno sendiri.

KIta tidak mahu Umno mendabik dada bermegah dengan slogan Umno Juara Rakyat tetapi pada masa yang sama menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik Umno dan mendakwa ianya adalah program Umno untuk rakyat. Adalah menjadi sesuatu yang sangat malang jika wang rakyat digunakan oleh Umno tanpa segan silu demi untuk kepentingan politik mereka.
Jika wang itu bukan wang Umno dan kakitangan kerajaan digunakan untuk melaksanakan program itu maka wajarlah Umno digelar Juara Menyalahgunakan Wang Rakyat bukannya Juara Rakyat.
Saya sedih kerana sejak dari dahulu Umno kerap kali menggunakan wang rakyat dan kemudahan awam untuk program Umno. Sebagai contoh pada musim kempen pilihanraya kita lihat jentera kerajaan kerapkali digunakan untuk membantu kempen BN malah Balai Raya dan bangunan KEMAS dan sebagainya digunakan sebagai pusat operasi kempen Umno.

Sudah sampai masanya Umno berubah dan membuat anjakan paradigma supaya mereka dapat membezakan harta Umno dan harta rakyat. Jangan mereka samakan Umno itu kerajaan dan kerajaan itu Umno.
Zaman sekarang zaman IT dan moden, rakyat sudah celik dan cerdik untuk memahami semua ini. Kita tidak mahu nanti rakyat menuntut setiap sen hak mereka dan Umno tidak dapat menjelaskan semua itu. Allah akan mengira semua pekerjaan dan kelakuan kita di dunia.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka
Read More - UMNO JUARA RAKYAT ATAU JUARA SALAHGUNA WANG RAKYAT - Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Hukum isteri beronani elak dari zina

Oh! Krai Utara

Share

BERDOSAKAH seorang isteri beronani sehingga klimaks tanpa kehadiran suami? Berdosakah isteri melakukan perbuatan itu disebabkan suami tidak mampu melakukan persetubuhan (suami ED).
Saya mempunyai keinginan seks yang kuat kerana masih muda (umur 33 tahun dan suami 51 tahun). Saya melakukan onani itu demi mengelak daripada terfikir untuk bermesra dengan teman lama.

Bagaimana hendak menghadapi hidup seharian tanpa belaian dan seks daripada suami yang menghadapi ED? Saya amat menyayangi suami dan ingin terus berada di sisinya.

TAKUT ZINA
Selangor


HUKUM onani adalah haram dan berdosa. Dalam keadaan tertentu pula, ulama mengharuskannya apabila takut terjerumus dengan zina. Dalam keadaan itu, hukumnya tidak haram dan tak berdosa seperti dalam kes anda. Bagaimanapun, melakukan onani bukan pilihan terbaik dalam menghadapi masalah yang dihadapi. Ia hanya jalan singkat dan sementara saja.

Puan dan pasangan dinasihatkan supaya mencari ubat bagi menyembuhkan penyakit suami puan. Dalam dunia perubatan sekarang terdapat banyak ubatan di pasaran yang mampu mengembalikan kekuatan seksual. Puan dan suami dinasihatkan berjumpa doktor bagi menyelesaikan masalah itu. sumber 
Read More - Hukum isteri beronani elak dari zina

Info Kesihatan: Kenali Seks Lelaki Yang Sempurna

Oh! Krai Utara

Share
best1of4.wordpress.com



Ada zakar yang normal, ada testes (telur) yang normal.
Fungsi zakar, testes dan mengaliran air mani-normal.
Lelaki Peringkat Bayi
1 hari hingga 1 tahun.
Jantina bayi dapat dikenal pasti selepas bayi dilahirkan. Jika keadaan zakar dan telurnya kelihatan sempurna, Allhamdulillah. Tetapi jika ada kelainan, sila bawa jumpa doktor segera untuk dirawat sebaik mungkin.
Lelaki Peringkat Kanak-Kanak
1 hingga 10 tahun
Zakar dan telurnya akan berkembang selaras dengan pembentukan kanak-kanak. Zakar akan berkembang dari 3-5 cm dan buah zakar akan mula berkembang pada umur 6 tahun hingga 9 10 tahun, secara sederhana.
Jika anak-anak ada hernia atau uluran, sila berubat segera.
Jika didapati ada masalah pada zakar atau telur zakar tidak sempurna, waktu usia ini doktor boleh membantu merawat alat kelamin tersebut sehingga sempurna.
Ingat kecacatan pada zakar atau telurnya boleh mengakibatkan mati pucuk atau mandul pada lelaki.
Elok dirawat diwantu kanak-kanak sebelum terlambat.
Pada usia seawal 5 tahun, 6 tahun atau 7 tahun kanak-kanak lelaki sudah tahu seks dan akan mencuba melakukan seks secara tidak sedar, sama ada geseran atau main-main alat kelamin kawan-kawan.
8 hingga 10 tahun sudah pandai melakukan onani. Jangan sekali-kali marah pada anak-anak yang melakukan onani. Nasihatkan mereka secara baik, katakan perbuatan itu tidak baik.
Lelaki Peringkat Remaja
10 hingga 19 tahun.
Diperingkat ini anak lelaki sudah pandai dan tahu seks dan ingin mencuba, jika ada peluang. Mereka akan membaca buku-buku lucah dan menonton CD blue bersama kawan-kawan. Mereka kerap melakukan onani. Waktu ini zakar cepat tegang bila dirangsang dan airmani menjadi bertambah banyak.
Pagi-pagi zakar akan menjadi tegang sendiri, menandakan anda sihat walafiat.
Diwaktu ini berikan banyak nasihat kepada anak-anak tentang kebaikan dan keburukan seks. Cakap kepada mereka tentang keburukan penyakit gonorrhoea, siflis, herpes kelamin dan HIV.
Mereka akan takut dijangkiti penyakit ini, kerana penyakit ini boleh membawa maut.
Peringkat Dewasa 20
Peringat ini lelaki sudah bersedia untuk berkahwin. Bagi yang nakal mereka mungkin akan mencuba seks dengan teman wanita atau sesiapa saja yang rapat dengan mereka. Pada awal perkahwinan mereka akan cuba dengan berbagai ragam atau posisi seks yang mereka tenguk dalam CD atau buku-buku, mereka akan cuba.
Kebiasaannya alam rumah tangga mereka tidak begitu matang begitu juga hubungan seks lelaki muda akan cepat pancut, berbanding dengan lelaki dewasa.
Peringkat Umur 30 – 40 lelaki yang berumah tangga sudah mula matang dan mula mengintai wanita-wanita lain selain dari isteri. Nafsu memuncak.
Peringkat 40 tahun keatas bila lelaki sudah kaya dan establish, mereka menjadi miang dan mencari wanita lebih muda. Bagi yang baik dan berjurus ( civic minded) mereka akan kekal dengan isteri pertama.
Bagi yang nakal dan kuat nafsu seks akan mula berusaha untuk mendapatkan isteri kedua, seterusnya isteri ke3 dan ke4.
Wanita-wanita muda 16 hingga 25 tahun sentiasa mengoda lelaki yang kaya. Trend gadis masakini, lebih suka lelaki dewasa yang kaya kerana mereka sudah memiliki segala kemewahan hidup. Mereka yakin hidup dan masa depan mereka lebih terjamin.
Peringkat 50 hingga 55 tahun
Seks lelaki bertahan dan mampu melayari seks isteri dalam lingkungan 3 kali seminggu bagi lelaki normal dan sekali seminggu bagi lelaki lemah.
Lelaki yang mempunyai isteri muda, akan bertambah tenaga lelakinya dan kekuatan nafsu seksnya akan bertambah. Ini berikutan dengan percantuman hormon dewasa dan hormon muda, maka zakar akan bertambah tegang dan kuat.
Bagi lelaki yang ada penyakit, zakar akan bertambah tenat dan jantung juga turut menderita.
Benih lelaki pada peringkat usia 55 tahun keatas akan berkurangan tetapi masih mampu menghasilkan zuriat sehingga ke umur 70 tahun.
Wanita hanya mampu hamil selagi haid masih ada, sekitar usia 48 -52 tahun. ~ TL ~
Read More - Info Kesihatan: Kenali Seks Lelaki Yang Sempurna

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...