DUN Dabong Kosong ?
Oh! Krai Utara
Andai kata lah DUN Dabong kosong, pasti selepas ini Ambulan Pusat Kesihatan Dabong tidak berhenti di tengah perjalanan, semata2 kerana saat kelahiran, bagi ibu yang sarat mengandung telah tiba, insiden sebigini sudah acap kali berlaku cerita pemandu2 ambulan ini.
Bayangkan perjalanan sejauh 80km ke Hospital Besar Kuala mengambil masa hampir 3 jam, dengan jalan yang BEGITU TERUK SEKALI DALAM 1MSIA, iaitu antara persimpangan Sg.Sam dan Ke Dabong, sudah banyak kali juga jalan ini di perbaiki, tapi hanya melepas batuk di tangga saja, aku nak tegaskan JALAN INI ADALAH JALAN PERSEKUTUAN, sejauh 40 km memakan masa 2 jam, macam mana tak terberanak tengah jalan.
Kepada Stopa dan Adek Adek jangan cakap besar, jangan penting lebih pada JELI dan BACHOK jah, wang ehsan ke apekejadah nya lagi tu, Dabong nuh !, JPP aku tak berapa harap sangat…………………..niamakahai …gak.
Jalan ni dulu pun di buat dan selenggara olih OKU gak……………………Kepada Pelancung yang ingin ke Gunong Stong di nasihat tidak menggunakan jalan SG SAM-DABONG, guna JELI, G MUSANG atau tidak pun KTMB. - sumber
Krisis Be End: Majlis Murugiah kecoh diganggu 50 penyokong Kayveas
Oh! Krai Utara
PETALING JAYA - Majlis Perhimpunan Penerangan Ketua-Ketua Cawangan Parti Progresif Penduduk (PPP) bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah di sini semalam kecoh seketika apabila ‘diganggu’ kira-kira 50 orang yang mendakwa penyokong Presiden PPP Datuk M Kayveas.
Kekecohan yang tercetus di luar dewan perhimpunan itu berlaku kira-kira 2.30 petang ketika Murugiah sedang berucap di hadapan 2,100 ketua cawangan parti dari seluruh negara.
Kumpulan penyokong Kayveas itu mendakwa majlis perhimpunan yang diadakan di Wisma Peladang itu tidak sah dan tidak mempunyai permit.
Insiden itu memaksa Murugiah yang baru berucap menghentikan ucapannya dan mengarahkan pegawainya ‘berbincang’ secara damai dengan kumpulan berkenaan untuk beredar dari perkarangan Wisma Peladang itu.
Bagaimanapun, kumpulan penyokong berkenaan enggan mematuhi arahan dan terus bertikam lidah dengan pegawai Murugiah dan bertindak menghampiri pihak media yang berada di situ bagi menyuarakan bantahan mereka.
Kekecohan itu berjaya dileraikan anggota polis serta pegawai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) setengah jam kemudian tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan A Chandrakumanan, antara yang terlibat dalam kumpulan membantah itu, berkata, satu laporan polis akan dibuat di balai polis berhampiran sebagai susulan kepada laporan yang telah dibuat kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed kerana perhimpunan itu tidak sah dan menggunakan rakyat atas tiket Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN).
“Murugiah tidak sepatutnya mengadakan perhimpunan itu kerana akan mengelirukan orang ramai dan mencalarkan imej BN terutama di kaca mata pembangkang,” katanya.
Murugiah ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis perhimpunan itu pula berkata beliau tidak gentar dengan cubaan untuk menjatuhkannya yang dibuat oleh penyokong Kayveas.
“Saya tidak takut sekiranya ada di kalangan mereka mahu membuat laporan polis. Buatlah seberapa banyak laporan polis, saya tidak kisah kerana keputusan Tribunal Timbangtara (Tribunal Mate) berpihak kepada saya dan mengatakan saya adalah Presiden PPP yang sah,” katanya.
Katanya, perhimpunan itu bertujuan untuk menerangkan kepada anggota PPP tentang keputusan Tribunal yang bersidang pada 10 Disember lepas serta membincangkan strategi bagi menambah keanggotaan parti daripada 210,000 kepada 420,000 orang menjelang pilihan raya umum akan datang. - Bernama
Semoga Di Berkati Allah dan Selamat Hari Lahir Tuk Guru
Oh! Krai Utara

Hari ini, 10 Januari 2010, bermakna genap umur 79, umur Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Mudah-mudahan, dengan umur yang diberikan tuhan ini, dipenuhi dengan amalan-amalan ketaqwaan kepada Allah. Juga, menjadi contoh dan tauladan bagi umat Islam di Malaysia dan di dunia Amnya. sekian Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
Ya Allah panjangkanlah Umur Tuan guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan berikanlah kesihatan yang baik untuknya agar kami dapat menumpang ilmu darinya,Murahkanlah rezekinya dan berkatilah hidup kami semua ya Allah.
Amin..Sumber
Al-Bakistani
Ya Allah panjangkanlah Umur Tuan guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan berikanlah kesihatan yang baik untuknya agar kami dapat menumpang ilmu darinya,Murahkanlah rezekinya dan berkatilah hidup kami semua ya Allah.
Amin..Sumber
Protes isu "Allah"? UMNO kah dalang nya?
Oh! Krai Utara
MPerdana Menteri Najib Razak telah silap apabila beliau mengatakan bahawa UMNO tidak terlibat dalam protes berkenaan dengan penggunaan perkataan "Allah" kerana memang orang UMNO terlibat dalam protes-protes ini.Saya merujuk kepada sebuah laporan media oleh Malaysiakini yang melaporkan seperti berikut:
"Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan 'Deklarasi Masjid Negara' menuntut:
* Penganut Katholik menggunakan perkataan tuhan bagi menggantikan kalimah Allah dalam penerbitannya.
* Perkara berkaitan Islam mesti dibawa ke Mahkamah Syariah, bukan mahkamah sivil.
* Majlis Raja-raja Melayu perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk mempertahankan agama dan umat Islam.
Bacaan deklarasi itu disambut teriakan takbir bertalu-talu daripada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama satu bendera merah bertulis 'Melayu' dalam warna hitam, dikibarkan bersama bendera berjalur tiga - merah, kuning dan hijau - mewakili Pekida."
Arman Azha Abu Hanifah, 35 tahun merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Beliau juga merupakan pentadbir kumpulan (group) Facebook Pemuda UMNO PJU yang diberi tajuk "@MB Pemuda Umno PJU"
Beliau mempunyai akaun facebook dan blogspotnya sendiri di http://www.facebook.com/armandpju dan http://armandpju.blogspot.com/, dan bekerja sebagai seorang pengurus cawangan Naza Motor yang juga merupakan seorang pencinta kereta mewah.
Sama ada beliau seorang yang betul-betul memperjuangkan hak orang Islam dan Melayu, saya serah kepada kebijaksanaan semua untuk menilai daripada tulisan dan gambar-gambar foto beliau.
Ini hanya salah seorang daripada ketua-ketua yang terlibat dalam protes-protes ini dan saya percaya bahawa sebahagian besar daripada mereka merupakan pemimpin-pemimpin UMNO di pelbagai peringkat dan sayap parti itu, sama ada di Pemuda, Wanita, Puteri UMNO di peringkat cawangan, bahagian ataupun negeri.
Justeru itu, adalah silap bahawa UMNO tidak harus dipersalahkan dalam isu ini. Sebenarnya, jika UMNO tidak terlibat dalam isu ini, hakikatnya ialah ahli-ahlinya dan pemimpin-pemimpinnya selama ini telah diketahui terlibat dalam menganjurkan protes-protes yang mengugat ketenteraman dan keharmonian agama di Malaysia.
Jika UMNO tidak harus dipersalahkan, maka UMNO dan Presidennya harus mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin mereka seperti Arman Azha bin Hj Abu Hanafiah yang terlibat secara langsung dalam protes ini.
Soalannya ialah, adakah Najib sedia berbuat demikian atau tidak?
*Kenyataan media oleh Lau Weng San selaku ADUN Kampung Tunku- DAP, Selangor.
DS Haji Nizar selamat pulang ke rumahnya
Oh! Krai Utara
DS. Nizar dan Isteri bertanyakan sesuatu kepada pelawat sebelum meninggalkan Hospital Raja Pemaisuri Bainun.24 Muharram 1431
http://alhusseyn51.blogspot.com
Alhamdulillah, hari ini pada jam 12.30 tengahari tadi,DS Haji Nizar telah keluar dari hospital besar Ipoh dengan diiringi oleh isteri beliau.Ramai yang datang dan mengerumuni beliau untuk mengucapkan 'selamat'.
http://alhusseyn51.blogspot.com
Alhamdulillah, hari ini pada jam 12.30 tengahari tadi,DS Haji Nizar telah keluar dari hospital besar Ipoh dengan diiringi oleh isteri beliau.Ramai yang datang dan mengerumuni beliau untuk mengucapkan 'selamat'.

Beliau terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada pukul di Jalan Raja Nazrin Shah, Ipoh pada khamis, 7 Januari lalu. Beliau hanya mengalami kecederaan ringan dan luka kecil di siku kanannya dengan hanya satu jahitan
Beliau telah dimasukan ke Ward 8 hingga hari ini untuk rawatan dan pemerhatian pakar perubatan kerana dikhuari mengalami cedera dalaman.
Walau bagaimana pun, beliau sempat mengimami solat fardhu Jumaat di masjid bersebelahan pada Jumaat yang lepas setelah diminta sendiri oleh imam yang bertugas sebagai menghormatinya./ end




