Khianat: 20 motosikal dan sebuah kereta kena bakar

Oh! Krai Utara

Share

Sebanyak 20 motosikal dan sebuah kereta terbakar dalam satu kebakaran di tepi bangunan letak kenderaan bertingkat di flat Taman Sri Pinang di Pulau Pinang awal pagi ini, dipercayai perbuatan khianat.
Pegawai Operasi Kebakaran Balai Bomba Jalan Perak Hamdan Harun berkata kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu disedari salah seorang penduduk di kawasan berkenaan dan kemudiannya memaklumkan kepada bomba.
“Pihaknya yang menerima panggilan telefon daripada penduduk di situ bergegas ke tempat kejadian dan mendapati api sedang marak, 20 buah motosikal dan sebuah kereta yang di letak di kawasan berkenaan hangus terbakar,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata bomba berjaya mengawal kebakaran dalam masa tiga minit dan pihaknya turut menyelamatkan kenderaan lain yang berada berhampiran kawasan kejadian daripada terbakar.
“Kita masih menyiasat punca kejadian dan jumlah keseluruhan kerugian akibat kebakaran berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Taman Seri Pinang Mohd Ishak Baba yang ditemui mendakwa kawasan perumahan berkenaan merupakan kawasan hitam yang menjadi tumpuan remaja liar melepak dan berkumpul.
“Kawasan perumahan ini sering kali berlaku kecurian dan merosakkan harta awam walaupun JKKK menempatkan beberapa pengawal keselamatan di setiap blok di kawasan flat ini,” katanya yang kecewa dengan kejadian berkenaan.
Katanya JKKK juga mendapat kerjasama daripada polis bagi memantau dan membuat rondaan keselamatan penduduk di kawasan itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku.
Dalam pada itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata pihaknya telah menubuhkan satu pasukan bagi menyiasat dan mengenalpasti punca sebenar kejadian berkenaan.
“Kita tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada khianat, bagaimanapun siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu,” katanya.
Read More - Khianat: 20 motosikal dan sebuah kereta kena bakar

Menulis Tentang Ilmu Agama - Hak Semua ?

Oh! Krai Utara

Share
Memang hak semua...tapi 'semua' itu mestilah menyedari dan menyedarkan diri agar dirinya benar-benar bersedia. Tak mungkin saya yang bukan ahli dalam bidang falsafah ingin menulis seolah saya faham dan tahu...begitulah dikiaskan dengan bidang lain.

Saya ulang lagi..memang hak semua...tapi mari kita fikirkan dulu...

adakah kita rela 100 orang menulis beratus muka surat tentang agama dengan kesalahan demi kesilapan...atau kita dapat 10 orang yang menulis beberapa helaian tetapi tepat dan bermanfaat?

Bagi mereka yang berfikiran positif (mungkin terlalu +ve), mereka mungkin akan menyokong ramainya yang menulis tentang agama...biar lagi ramai, lagi banyak, lagi bagus. Tapi adakah semestinya begitu sifirnya?

Saya memilih pendapat yang mungkin dilihat (-ve) iaitu hanya yang benar-benar bersedia menulis beberapa helaian yang berkualiti. Supaya dapat kita minimumkan kesilapan...supaya ilmu itu tinggi kedudukannya untuk kita berusaha mencapainya dengan kesungguhan.

(idea yang diolah daripada pemikiran salah seorang tokoh hadith masa kini - yang mungkin tidak popular - Dr.Ibrahim al-Laahim, buku: al-Jarh wa al-Ta'dil.
Read More - Menulis Tentang Ilmu Agama - Hak Semua ?

Kelantan Tiada Nasib Di Kuala Terengganu

Oh! Krai Utara

Share
Beraksi dilaman sendiri nyata bukanlah kelebihan buat pasukan tuan rumah, apabila dipaksa bertahan oleh pasukan pelawat.Kelantan yang memburu tiga mata berharga bagi mencari kedudukan selesa mempamerkan rentak bertenaga apabila menlancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan sebaik sahaja wisel dibunyikan, namun gagal menemui penyudah.

Peluang terbaik Kelantan membuka tirai jaringan hadir pada minit ke- 11 menerusi kapten pasukan Indra Putra Mahyudin namun gagal membuahkan hasil.

Tersentak dengan aksi bertenaga pasukan pelawat, tuan murah mula memperkemaskan jentera serangan. Mereka hampir berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke 17, namun sepak percuma Zairol berjaya di selamatkan oleh pertahanan kelantan.

Kelantan sekali lagi berpeluang berada dihadapan namun hantaran Akamal Rizal di minit ke 21 gagal di sambut oleh rakan sepasukan. Separuh masa pertama menyaksikan Kelantan mengusai hampir keseluruhan permainan, namun di gagalkan oleh penyudahaan yang tumpul.

Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan tampil lebih bertenaga apabila melancarkan gerak-gerak menarik untuk terus memburu gol pembukaan. Hasilnya diminit ke 46 kelantan hampir- hampir Berjaya memecahkan kebuntuan namun sepakan percuma dari indra terus kedakapan pengaja gol Terengganu Mohd Sarbinee Alawi. Selang seminit kemudian pasukan tuan rumah pula mengamcam kubu pelawat menerusi sepakan kencang dari Zairol namun berjaya ditepis keluar oleh pengaja gol kelantan Syed Adney.

Menyedari ketumpulan di bahagian serangan, Ketua Jurulatih Kelantan B. Sathianathan membuat percaturan berani apabila membawa masuk tonggak utama kebangsaan Nor Sharul Idlan untuk menambah sengat dibahagian depan. Kemasukan Shahrul ternyata berjaya mengubah corak serangan kelantan. Serangan bertali arus kelantan hampir membuahkan hasil dimini-minit akhir perlawanan, namun berjaya digagalkan oleh kekebalan Mohd Sarbinee Alawi untuk menafikan hak kelantan membawa 3 mata pulang ke kota bharu.
Read More - Kelantan Tiada Nasib Di Kuala Terengganu

Isu Bakar gereja: Masyarakat hilang sensitiviti dosa pahala - Mursyidul Am PAS

Oh! Krai Utara

Share




SHAH ALAM, 9 Jan:Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kejadian serangan membakar gereja kelmarin berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri.


Kesan hilangnya sensitiviti itu, katanya telah menyebabkan masyarakat melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak menghormati agama lain sehingga membakar gereja dan mengarak kepala lembu seperti berlaku di Shah Alam baru-baru ini.

"Tiap-tiap orang nak bakar gereja kena reti (tahu) gereja ini harta kawan kita orang Kristian, bila kita bakar kita lukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak.

"Sama juga arak kepala lembu, melukakan hati orang India (Hindu), ini berdosa. Tapi perasaan dosa pahala tidak ada dalam orang Melayu sekarang kerana telah dibuang oleh Umno, ini kita dukacita," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penutup program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) petang tadi.

Selain itu, hilangnya sensitiviti tersebut juga, jelasnya telah mengakibatkan banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya, berlaku dalam negara kita.

Umno, jelasnya telah menghilangkan sensitiviti tersebut dari hati orang Melayu apabila membezakan ajaran agama Islam dengan politik dengan berpendirian agama lain, politik lain.

"Sebab itu lah menteri rasuah, orang kampung rasuah, parti-parti rasuah hatta enjin kapal pun boleh dijual senang-senang sahaja, mana boleh jual kalau tidak ada rasuah," jelasnya lagi.

Di dalam ucapan penutupnya sebelum itu, beliau mengingatkan seluruh pimpinan dan jentera PAS meneruskan usaha memberi penerangan kepada masyarakat selaras dengan tugas yang dipikul oleh Nabi-nabi.

Beliau mengakui ianya bukan sesuatu yang mudah kerana perlu berdepan bermacam halangan.

Apatah lagi, ianya sesuatu yang boleh dianggap baru dan bertentangan dengan apa yang dibawa zaman penjajahan Inggeris.

"Kerja PAS hari ni memang buat kerja baru, yang (zaman) Inggeris dulu tidak buat, Umno dia (hanya) sambung kerja buat Inggeris," katanya.
Read More - Isu Bakar gereja: Masyarakat hilang sensitiviti dosa pahala - Mursyidul Am PAS

Pelajar pondok dilatih berdikari

Oh! Krai Utara

Share

SUNGAI DURIAN – Selain menimba ilmu keagamaan di Pondok Sungai Durian, remaja yang belajar di situ juga diterapkan dengan nilai-nilai murni untuk saling bekerjasama di antara satu sama lain. 



Penyelaras pondok itu, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, walaupun aktiviti pelajar dipenuhi jadual seharian, tetapi ia tidak menghalang untuk pihak pengurusan meluangkan masa sehari bagi menjayakan program membuat bubur Asyura tahun ini.:

Menurutnya, ia adalah acara tahunan yang diadakan untuk semua pelajar dan penghuni pondok berkenaan untuk sama-sama menjayakan aktiviti itu sebagai salah satu aktiviti meraikan Maal Hijrah tahun ini.

“Walaupun aktiviti ini kelihatan remeh bagi sesetengah orang tetapi kami di sini mengadakannya untuk memupuk semangat kerjasama di antara semua pelajar dan penghuni pondok.:

“Setiap tahun kami mengadakan program bubur asyura ini yang melibatkan semua kaum lelaki dan wanita pula membantu membuat persiapan awal iaitu bahan untuk memasaknya,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian :semalam.

Katanya, program itu akan melatih diri pelajar untuk sama-sama berganding bahu mengerjakan sesuatu tugasan dalam apa juga keadaan dan menghayati erti kerjasama di antara mereka.

Beliau berkata, tahun ini mereka menyediakan 13 kawah bubur Asyura yang dikendalikan sendiri oleh semua pelajar dan warga pondok termasuk golongan warga tua yang belajar di situ.

“Tahun ini kami sediakan 13 kawah bubur Asyura yang dikendalikan sendiri oleh pelajar sejak awal pagi. Kami harapkan nilai murni dan unsur kerjasama dalam menjayakan program ini dapat dihayati mereka.

“Kerjasama begini perlu diperkukuhkan dalam diri mereka supaya nilai itu tidak luntur untuk dipraktikkan pada masa depan walau di mana sahaja mereka berada,” katanya.

Sinar Harian: difahamkan, seramai 200 pelajar termasuk warga tua menjayakan program itu yang bermula sejak awal pagi sehingga petang dan keseluruhan pelajar serta penghuni pondok ini berjumlah 500 orang.

Pondok Sungai Durian atau nama lengkapnya Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian juga dikenali sebagai Pondok Haji Abdul Rahman oleh penduduk setempat diasaskan Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Sulaiman (1923M-1988M) secara rasminya pada 4 Jun 1958 di Kam-pung Sungai Durian, Kuala Krai. - www.sinarharian.com.my
Read More - Pelajar pondok dilatih berdikari

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...