Oh! Artis: Penghinaan Uji Rashid, Zed Zaidi tuntut TV3 mohon maaf
Oh! Krai Utara
WARTAWAN SINAR HARIAN
Zed Zaidi Laman mikro, Twitter Zed ZaidiKata orang, rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi. Begitulah yang berlaku kepada penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27), yang berlangsung pada 6 Januari lagu.Pertukaran penyanyi Terukir Di Bintang di saat akhir melibatkan penyanyi veteran, Uji Rashid dan Aizat menimbulkan kontroversi.Apatah lagi, Uji dikatakan sudah membuat banyak persiapan dan masih menjalani latihan, biarpun ketika itu, Aizat sudah mendapat mandat untuk membawakan lagu berkenaan.Kontroversi yang masih belum senyap biarpun sudah hampir dua minggu malam kemuncak berlalu, menarik perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menuntut pihak TV3 memohon maaf kepada Uji."Saya membuat kenyataan setelah melihat kronologi dan kenyataan-kenyataan daripada mereka yang terlibat dengan isu ini. Mula-mula, Aizat mengakui tidak tahu menahu dengan sebab pertukaran dan hanya menjalankan tugas apabila diminta oleh Yuna."Kemudian pihak TV3 sebaik majlis berakhir memaklumkan tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, manakala Datuk Ramli M.S juga mengakui tidak ada kuasa untuk menyingkirkan mana-mana penyanyi."Pada pendapat saya pula, Aizat hanyalah mangsa keadaan dan yang perlu bertanggungjawab di sini adalah pihak penganjur. Mereka sepatutnya mengeluarkan surat rasmi atau memaklumkan lebih awal kepada kak Uji mengenai pertukaran ini dan tidak menganiayai dia kerana apabila pertukaran sudah di buat, dia masih tidak dimaklumkan mengenai perkara itu," katanya kepada Zass.Menurut Zed, dia bukan sengaja untuk masuk campur dengan kontroversi ini, namun hanya memperjuangkan hak artis termasuk artis veteran apabila diperlakukan sedemikian."Bagi saya, ini adalah penganiayaan stesen televisyen kepada artis veteran kita, apatah lagi, seperti yang kita ketahui, kak Uji sudah membuat baju dan membuat persediaan yang lainnya. Ke semua itu melibatkan kos dan bukannya dilakukan secara percuma."Saya bersuara kerana tidak mahu perkara ini terus berulang kerana ia secara tidak langsung membunuh artis veteran," katanya.Bawa kepada SuhakamZed berkata, dia juga merasakan tidak mustahil kemenangan Terukir Di Bintang pada AJL27 yang lalu, hanyalah untuk menutup aib.Katanya, dia berharap TV3 bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka kepada Uji dalam masa terdekat. Jika tiada perkembangan, dia akan menasihati Uji untuk membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)."Saya harap TV3 bersikap profesional dan ini juga melibatkan hak seorang artis. Jika masih tiada perkembangan, kita akan bawa perkara ini kepada Suhakam.