PANAS! PAS Perak "ARAH" SPRM siasat 'Tanah 606 hektar'

Oh! Krai Utara

Share

Harakahdaily
Muhammad Faeez Azahar,
IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kelulusan sebanyak 606 hektar tanah kerajaan kepada tiga syarikat milik seorang individu.Laporan ini berikutan pendedahan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di persidangan Dun baru-baru ini.Koordinatornya, Salman Saleh berkata, lokasi tanah tersebut adalah di Mukim Belukar Semang Daerah Hutan Hulu Perak dan kelulusan dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak pada 30 November 2012.“Kami menggesa siasatan yang menyeluruh dan kemungkinan ada unsur-unsur salah guna kuasa dan berharap ianya berjalan dengan adil.“Kami juga akan dedahkan berkaitan kelulusan pada 1 Oktober 2012 di bekas hutan simpan bikam, Mukim Changkat Jering, Sungkai Perak Selatan kepada tiga syarikat yang berkaitan," katanya ketika di sidang media selepas membuat laporan di Pejabat SPRM di sini.Sementara itu, Salman turut ditanya tentang maklum balas Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Kadir semalam yang berang dengan tindakan PAS Perak membuat laporan SPRM berhubung Isu Rumah Perak kelmarin sehinggakan beliau berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.Beliau menjelaskan, Dr Zambry cuba mengalih isu dan tidak menjawab persoalan sebenar tentang pemberian projek hotel yang akan dimajukan di tapak Rumah Perak itu kepada pegawai khasnya.“Kami menggesa agar Dr Zambry menumpukan isu sebenar iaitu pemberian projek kepada pegawai khasnya.“Kami hairan kenapa beliau tidak menafikan dakwaan tersebut dan kami serahkan kepada SPRM membersihkan nama menteri besar itu,” tegasnya lagi.

Read More - PANAS! PAS Perak "ARAH" SPRM siasat 'Tanah 606 hektar'

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...