Oh !:: GPS Papago! pertama dengan HD

Oh! Krai Utara

Share
M3Asia Sdn. Bhd. (M3Asia) kini memperkenalkan alat penentu kedudukan global (GPS) Papago! terbaru, H5600, yang dilengkapi dengan paparan skrin berdefinisi tinggi (HD).

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan M3Asia, Lester Neil Francis, H5600 merupakan model GPS Papago!, yang dihasilkan oleh Maction Technologies Inc., yang paling nipis dan yang pertama mempunyai paparan HD.

M3Asia, yang merupakan subsidiari M3 Technologies Bhd., merupakan pengedar tunggal sah peranti GPS Papago! di Malaysia.

"Dikuasai dengan perisian navigasi terbaru Papago! - Reality 7, peranti ini menawarkan paparan yang realistik dan jelas, di samping paparan tiga dimensi (3D) bangunan dan tugu yang ada di kawasan bandar utama.

"Selain itu, ia dimuatkan dengan peta di lima buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia," katanya ketika ditemui di Ekspo Gaya Hidup Digital 2010 di sini baru-baru ini.
Read More - Oh !:: GPS Papago! pertama dengan HD

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...